Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Jumaat, 30 September 2016

PERMATA AKIK SULAIMAN COMBONG ALAM


Akik Sulaiman Combong Alam. Goggle saja, pasti anda menyukai kemistikan dan kegunaanya. sangat rare dan sangat digilai serta diminati di Indonesia.

PERMATA MANI GAJAH COMBONG



Permata Mani Gajah Combong. Goggle saja kegunaanya.

AMBERGRIS MANI GAJAH MINA

Ambergris Mani Gajah Mina. Mempunyai daya mistik sebagai media pengasih yang melebihi kekuatan mistik Mani Gajah. Penarik kekayaan sehingga dianggap sebagai Harta Karun Laut. Ambergris yang sangat langka dan dipercayai tidak semua Ikan Nun yang ada di lautan akan mengeluarkan Amber. Hanya Ikan Nun jantan dan raja ikan sahaja yang akan mengeluarkan Ambergris.

Ikan Nun atau Gajah Mina adalah ikan yang menyelamatkan Nabi Yunus A.S. ketika baginda jatuh ke dalam laut dan ditelan oleh ikan Nun. Ketika di dalam perut ikan Nun, Nabi Yunus berzikir dan akhirnya dimuntahkan oleh ikan Nun dalam keadaan masih hidup. Oleh itu, ikan Nun dianggap sebagai Raja Lautan dan Raja Segala Hidupan Laut. Amber juga kadang kala dikenali sebagai Muntah Ikan Nun.

Amber yang dihasilkan oleh Ikan Nun akan dihurung oleh segenap hidupan laut sama ada ikan, udang, sotong, burung dan akan mengundang mistik lautan untuk mendekati Ambergris. Justeru itu, ia berguna sebagai media :
1. Pengasih ampuh
2. Pelaris ampuh
3. Kekayaan dan kerezekian
4. Pemikat hati orang
5. Penunduk makhluk hidup
6. Pemanggil orang agar meminati dan menyukai kita
7.  Pengundang peluang hidup
8. Perangsang seksual
9. Perubatan penyakit dalaman seperti asma, lemah tenaga batin, gangguan saraf, kusut fikiran atau stress, gangguan halus, lemah jantung dan melancarkan aliran darah. 

BATU SARANG HELANG DAN BULU PERINDU SARANG HELANG




Batu Sarang Helang dan Bulu Perindu Sarang Helang. Berasal dari sarang burung helang. Mengikut petua orang lama, dalam setiap sarang burung helang yang beranak terdapat tiga benda mistik iaitu Batu Helang, Bulu Perindu Sarang Helang dan Kayu Manang Sarang Helang.

Batu Helang digunakan untuk mengasah paruh helang dan juga sebagai media penggerun untuk menakutkan musuh serta digunakan sebagai pelimun musuh yang menjadi pelindung musuh daripada mengganggu anak burung helang . Mengambil asbab ini, maka orang dahulu kala memenafaatkan mistik Batu Helang berdasarkan fungsi tersebut.

Bulu Perindu Sarang Helang pula berfungsi untuk memanggil helang atau anak helang yang terbang dari sarangnya untuk kembali semula ke sarang. Justeru itu, sejauh manapun helang terbang menjauh dari sarangnya ia akan kembali apabila anaknya memanggil ibunya. Ia juga menjadi media mendamaikan dan merukunkan anak-anak helang daripada bergaduh sesama sendiri ketika berada dalam sarangnya.Anak-anak helang akan saling mengasihi dan merindui satu sama lain. Asab ini menjadikan Bulu Perindu Sarang Helang berguna sebagai media Pemanggil semangat orang, pengasih, perindu orang, kerukunan keluarga dan pasangan hidup, penunduk, kedamaian dan pelaris perniagaan.

Pelanggan akan terpanggil untuk kembali semula, terindu-rindu dan suka pada premis yang menyimpan Bulu Perindu sarang Helang.Orang akan kasih, sayang, suka dan cinta pada penyimpan Bulu Perindu sarang Helang. Wallahu ahlam.







Isnin, 6 Jun 2016

GELIGA KATILAYU LAUT


Geliga Katilayu Laut. Untuk pemancing dan pemikat orang. Goggle saja kegunaannya.

GELIGA DELIMA MERAH


Geliga Delima Merah. Koleksi peribadi untuk dilepaskan kepada yang berminat.Ada mistiknya sehingga Delima Merah digelar sebagai Raja Batu Mistik.


PARANG BESI HITAM ULU TANDUK


Parang Besi Hitam. Parang yang mistik dan unik kerana bilah matanya tajam sehingga boleh digunakan untuk mencukur janggut. Besinya hitam seakan besi berani, jika diketuk dengan jari tiada deringan besi tetapi hanya bunyi seakan mengetuk kepingan plastik tebal.

Besinya jenis keras dan sedikit berat. Sesuai digunakan untuk menyembelih haiwan dan memotong tulang belulang. Tidak perlu diasah kerana matanya sentiasa tajam.Besinya seakan ada kandungan Minyak Bumi Beku. Parang ini ada isi ghaibnya dan boleh menjadi pendinding ghaib rumah dan si empunya.



Ulunya diperbuat dari Tanduk Kerbau. Sarungnya buatan gaya lama dari jenis kayu keras.

BARUNG SHANDIGAN ALIPULLAH




Barung Shandigan Alipullah. Barung asli buatan Sulu. Jenis besi lama dan kuno yang keras tetapi ringan, ketajamannya boleh memutuskan paku dengan sekali libas. Barung jenis pendek selalunya digunakan untuk pertempuran jarak dekat dalam kecamuk perang dan Barung Shandigan menjadi pilihan orang-orang Suluk dan Bajau untuk digunakan dalam Mag Tigad atau bertempur senjata. Barung Shandigan mampu digunakan untuk melibas, memotong, menetak, menikam sepantas kilat ketika di medan perang.

Barung Shandigan Alipullah sudah pernah makan darah dan pernah dibawa dalam medan perang sehingga bilahnya menjadi hitam kerana darah mangsanya.Sarung dan ulunya adalah versi kedua yang masih mengekalkan identiti ukiran halus gaya Sulu.

Pada bahagian Ulu Bilahnya ada Cop Mohor Perang yang dikenali sebagai Sap Tunggal Alipullah sebagai tanda dan identiti Barung Perang yang dibuat khas dari adunan dan tempaan beberapa besi terpilih sehingga Barung Alipullah dipercayai mistiknya boleh bergetar disarung jika disimpan di rumah dan ketika ada musuh atau musibah yang mendatang, boleh bergetar disarungnya jika dipakai dipinggang dan bersedia untuk Makan Darah di medan tempur sekaligus mampu mengalahkan musuh yang dilawan tempur.

Boleh berdiri dengan sendirinya di tepi sarungnya. Jarang ada parang atau Barung yang boleh berdiri di tepi sarungnya kecuali Keris, tetapi Barung Shandigan Alipullah mampu berdiri setimbang dan sehebat Keris.

Koleksi peribadi tapi jika ada yang minat boleh dirundingkan.

KERIS NAGA TUNGGAL




Keris Naga Tunggal. Pusaka orang dahulu kala warisan turun temurun.Koleksi peribadi.

Pamor Ular Naga. Pada bilahnya ada corak Ular Naga dan jaluran pamor yang membentuk kalimah Allah pada bilah secara alami. Keris Lurus tanpa Lok dan boleh berdiri di tepi sarungnya.

Keris ini ada isinya dan Insya Allah boleh menyerang musuh secara ghaib. Jika ada serangan sihir atau lawan ilmu batin, Keris ini akan hadir dalam mimpi si empunya dan terbang bertarung dengan gangguan atau penyerang sihir atau ilmu tuju yang hendak mencelakakan si empunya keris. Keesokannya, Keris ini akan kelihatan terkeluar dari sarungnya sesuai dengan kadar kekuatan serangan yang dilawannya.

Bilah Keris sentiasa berbau harum mewangi tanpa perlu diperasapkan atau dimandikan.

KAYU MANANG JADI BATU


Kayu Manang Jadi Batu. Kayu Manang menjadi Batu termasuk kulit, isi dan terasnya. Asbab kemenangan dan keunggulan dalam sesuatu hal yang diceburi atau diikuti. Pendinding diri dari sihir dan racun.

Boleh dibawa dalam peraduan atau pertandingan dan Jika serasi Insya Allah akan terasa aura dan khasiatnya sehingga menang Pertandingan yang diikuti seumpama Pertandingan Nyanyian, Pertandingan Memancing, Pertandingan Sukan dan terpilih dalam pemilihan yang diikuti.

Boleh dibawa sewaktu menghadiri Temuduga Kerja atau Berpidato atau sebarang acara pentas yang ramai audian untuk menghilangkan gemuruh, menambah keyakinan diri, menambah wibawa dan penampilan diri, menambah keunggulan perwatakan sehingga dikagumi orang.

Masih alami. Jika dicanai boleh dapat 3 hingga 4 permata cincin.

LUGU KAYU KELOR GEMUNGGAL



Teras Inti atau dikenali sebagai Lugu Kayu Kelor Gemunggal. Dijamin asli dan kuat powernya. Berasal dari Kayu Kelor Gemunggal yang mati beragan dan tua. Kayu mereput setelah sekian lama menjadi abuk tetapi yang tinggal adalah Teras Inti atau dikenali sebagai Lugu Kayu. Alami berlubang dan masih dalam keadaan asal.

Insya Allah pendinding sihir yang ampuh, digeruni jin jahat. Jika dibawa bersama maka pukau, santet, sihir, racun ghaib, racun, kelulut, semai, pugai akan jadi tawar atau Libas bilang orang Sabah. Syaitan, Saka, Jin Penunggu, Jin Laut dan Jembalang akan menyingkir dan lari menjauh dari si pemakai Lugu Kelor Gemunggal.

Ditakuti haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala. Mengubati dan menawarkan bisa gigitan dan sengatan haiwan berbisa.Jika tersengat atau tergigit haiwan berbisa, rendam dan minumkan pada si mangsa. Jika kanak-kanak atau orang dewasa terkena gangguan jin dan sihir, minumkan air rendaman,Insya Allah pulih.

Melindungi rumah dan penghuninya dari serangan dan gangguan jin, syaitan, toyol, jembalang, polong, pukau dan sebangsa dengannya.Rumah dan penghuninya terdinding dari serangan guna-guna dan sihir hitam.

PERMATA ANGKAT SERIBU


Batu Angkat 1000. Baru sampai dan stok terhad. Insya Allah, rokok dihisap jadi tawar, jika digenggam tenaga dalaman boleh berlipat ganda dan boleh mengangkat benda yang berat, jika dibawa berlari atau mendaki gunung dan bersukan tidak akan merasa cepat penat dan kekuatan tenaga bertambah macam ada Turbo Power.

Mengubati salah urat, lesu lemah anggota dan strok, angin ahmar dan rheumatik. Mengubati dan memulihkan gangguan jin dan saka dalam badan. Pendinding diri dari serangan sihir, pemukau pandangan orang sehingga dikagumi dan dihormati orang yang memandang.

Jika dipakai berterusan, Insya Allah mampu mengubati lemah tenaga batin dan mati pucuk. Menambah kekuatan zakar dan tenaga kelelakian.

TULANG JARI GAJAH MINA LAUT






Tulang Jari Gajah Mina. Pusaka orang lama dari Kepulauan Sulu. Gajah Mina adalah Raja segala haiwan di lautan dan menjadi legenda mistik lautan. Keberadaannya saling dikaitkan dengan Nabi Yunus A.S. dan Ikan Nun dalam Qisasul Anbia.

Auranya memang kuat. Asbab penunduk terutamanya untuk menundukkan haiwan di lautan.Gigunakan juga untuk dibawa memancing, menjala ikan dan memukat, Insya Allah beroleh tangkapan ikan dan haiwan laut.

Ditakuti oleh bangsa Siluman Laut seperti hantu dan Jin Air. Boleh digunakan untuk merawat rasukan dan histeria.

Rabu, 18 Mei 2016

PERMATA TERATAI


Permata Teratai Kemerahan. Goggle saja khasiatnya, anda akan faham.

CINCIN GELIGA GEMUNGGAL HITAM


Cincin Permata Geliga Gemunggal. Koleksi peribadi untuk dimaharkan kepada yang berminat.Lihat kalimah yang muncul di permukaan geliga, anda nampak dan baca sendiri. Mistik, unik dan hanya ada satu sahaja.

YASSIN SATU BINTANG LAPAN



Duit Yassin Satu Bintang Lapan. Ada kalimah Allah Muhamad, Bintang Lapan, Bintang Kecil Empat Baris.

Logam lama dan antik jenis besi kuning. Pusaka orang lama.

BAMBU TUMPAT TEMU RUAS KEMBAR JALU


Bambu Temu Ruas Kembar Jalu. Bambu jenis tumpat dan dua ruas jalunya bertemu.

Jumaat, 25 Mac 2016

GAMBAR "MR FRANCIS, DR.CONYNGHAM AND NATIVE"


Gambar ini berasal dari Rekod Jabatan Arkib dengan tajuk Mr Francis, Dr.Conyngham and Native. Menurut Arkib " sehingga kini Arkib Negeri Sabah belum dapat gambar sebenar foto Datu Paduka Mat Salleh".

Gambar ini diambil pada bulan Disember tahun 1899. Mr.Francis adalah Pegawai Daerah Jesselton ketika itu sementara Dr.Conyngham pula adalah Pengarah Hospital Sandakan dan seorang Doktor Perubatan yang banyak membuat kajian berkaitan serangga di North Borneo.

Pada pertengahan bulan Disember 1899, Mr Francis Atkinson dan Dr Coningham telah menyertai Kapten C.H. Harrington dalam satu ekspedisi angkatan perang untuk menyerang Mat Salleh di Tambunan. Ekspedisi ini disertai oleh seramai 900 orang termasuk sekumpulan lebih kurang 680 orang Natives atau penduduk tempatan dari Tuaran dan Putatan yang diketuai oleh Native Chief atau Ketua Anak Negeri masing-masing.

Ekspedisi Harrington menjadikan Putatan markas pertama untuk berkumpul bagi menggerakkan angkatan perang. Tindakan ini bagi menyekat kemaraan pengikut Mat Salleh yang sedang menyerang Putatan.

Sebelum itu, para pengikut Mat Salleh telah menyerang Menggatal, Mengkabong, Papar dan yang terakhir mereka menyerang Putatan. Harrington telah dilantik sebagai Komander untuk menyerang balas Mat Salleh di Tambunan. Misi utama mereka adalah membunuh Paduka Mat Salleh dan memusnahkan Tambunan.

Kapten C.H. Harrington yang dilantik sebagai Komander Perang telah menjadikan Putatan markas pasukannya. Harrington dibantu oleh Mr Francis Atkinson yang mengetuai pasukan Polis dari Jesellton.

Ketika dalam perjalanan dari Putatan ke Tambunan, Dr.Conyngham sempat mengambil gambar  bersama-sama Native dari Putatan dan Tuaran. Beliau juga mengambil gambar serangga dan kutu binatang untuk melengkapkan kajiannya.

Pada tahun 1900 iaitu sewaktu menyerang Kubu Mat Salleh di Tambunan, Dr Coningham telah tercedera ketika melarikan diri dari serangan Pasukan Mat Salleh. Beliau satu-satunya Pegawai British yang tercedera dalam serangan tersebut.

Mr Francis pula telah diserang oleh penyakit Malaria atau Demam Borneo yang ketika itu tiada vaksin untuk mengubatinya dan meninggal dunia lebih kurang setahun kemudian. Satu menara Peringatan untuk mengenang jasa Mr Francis Atkinson sebagai Pegawai Daerah telah didirikan di Jesselton. Menara Jam tersebut dikenali sebagai Atkinson Clock Tower yang siap dibina pada tahun 1905.

Pada masa ini, Menara Jam Atkinson terletak disebuah bukit kecil berhampiran Balai Polis Kota Kinabalu di Jalan Gaya. Menara ini menjadi tarikan pelancong ke Kota Kinabalu terutama ketika mengunjungi Tamu Mingguan Gaya Street.

Jika dalam gambar ini ada Mat Salleh bersama Atkinson yang dalam misi menangkap dan membunuh Mat Salleh, sudah tentu Perang Tambunan tidak berlaku.

Selasa, 1 Mac 2016

IBU DUIT ASMAK


Ibu Duit yang telah diasmakan dengan ayat-ayat kerezekian dan doa mahsyur dari al quran. Insya Allah :

1. Memudahkan datangnya rezeki
2. Melariskan dagangan dan jualan
3. Melunturkan gangguan sihir yang boleh mengganggu kelancaran hidup dan pekerjaan harian
4. Menolak halangan yang mengakibatkan liatnya masuk rezeki
5. Memberi ketenangan dalam pekerjaan dan hidup seharian
6. Keberkahan dalam rezeki
7. Mengubati pelalau kedai
8. Pendinding premis niaga
9. pendinding diri dari sihir dan jin jahat

BATU ANGKAT 1000


Batu Sukang Angkat 1000. Mistik dan antik.

Permata cincin yang punya banyak khasiat :
1. Jika dipakai tenaga akan berlipat ganda, macam si Badang sehingga boleh angkat orang dengan mudah sahaja.
2. Anti Rasa. Rokok menjadi tawar, tiada rasa jika batu ini digenggam atau api rokok dicucuh pada batu kemudian isap tu rokok, segalanya jadi tawar dan hambar.
3. Pendinding diri dari jin syaitan dan sihir yang ampuh
4. Mengubati sakit-sakit badan, lenguh-lenguh, sakit otot dan lemah urat sendi.
5. Jika dibawa jogging atau lumba lari, tidak terasa cepat penat dan tenaga macam ada Turbo..
6. Menurunkan tekanan darah tinggi sehingga menjadi stabil dan sihat.
7. Menyeimbangkan toksik dalam badan
8. Anti racun.Jika dibawa menyembur racun rumput, racun jadi tawar

Isnin, 22 Februari 2016

GELIGA ULAR BERKALIMAH MUHAMMAD


Geliga Ular. Ada kalimah Allah Muhammad pada permukaan batu. Tenung baik-baik, renung hati-hati dan scan sendiri, kamu akan nampak kalimahnya.

Awas... jika nampak imej ular seakan naga dalam geliga ini cepat-cepat tebus maharnya, jangan tunggu sampai dapat gaji nanti orang lain kebas bawa lari tiada lagi jadi pengganti, hanya satu dalam dunia ini.

GELIGA KATILAYU


Geliga Katilayu. Masih alami dan dapat dari pokok Katilayu.

Digilai peminat mistik terutamanya di Indonesia yang maklum dan tahu kegunaan alami Getah Katilayu. Antaranya memudahkan urusan, menarik langganan, memikat orang, menarik cinta sayang, memudahkan dapat ikan dan buruan, memudahkan mencari dan menarik customer terutamanya dalam perniagaan Direct - Selling, pendinding diri dari kejahatan sihir dan gangguan penjahat jalanan.

Baik untuk dijadikan buah loket dan dibawa jalan-jalan cari makan.Sesuai untuk semua jantina baik lelaki, wanita ataupun pondan.

PERMATA CINCIN BATU KAWIN


Permata Cincin Batu Kawin. Batu ini gabungan dua jenis batu yang berlainan jenis menjadi melekat secara alami.

Antara kegunaannya menurut orang-orang lama adalah mendekatkan jodoh orang yang lambat kahwin, mengubati wanita atau lelaki yang kena Pelalau Jodoh sehingga tak kawin-kawin dan jadi bujang lapok. Menarik lawan jenis, maksudnya jika lelaki memakai maka mudah perempuan mendekat dan tertarik, begitu juga sebaliknya.

Menjadi ibu duit dan penarik duit sehingga tidak terbalik poket, ada saja jalan, ruang dan peluang untuk masuknya duit dan kerezekian. Tapi mestilah berusaha juga walaupun berniaga kecil-kecilan, jika diam-diam duitpun diam dan slow masuk kocek, sebaliknya jika rajin berusaha duit akan berganda-ganda masuk melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Apapun, batu hanya wasilah, Tuhan juga empunya kuasa.

MINYAK BUMI PASAK BUMI


Minyak Bumi. Minyak Bumi jenis ini dikenali dengan Minyak Pasak Bumi kerana jika diterbalikkan botolnya, minyaknya tidak akan tumpah meskipun botolnya tunggang terbalik. Minyaknya tidak beku, tetapi tidak pula tumpah walaupun muncung botol berada di bawah dan penutupnya terbuka.

Dicari orang kerana minyak ini banyak kegunaanya seperti pendinding segala macam angkara jahat manusia dan jin khianat, menjaga rumah daripada kemasukan sihir dan kecurian, mematikan niat jahat orang, menahan kemarahan orang, pendinding racun, mematikan sihir dan santau.

Berguna juga sebagai media penunduk dan pengasih ampuh. Ada pula mencarinya untuk tujuan menarik duit. Wallahu ahlam.

TANDUK ANAK KIJANG PUTIH



Tanduk Anak Kijang Putih. Berasal dari Pedalaman Pensiangan. Selalunya, anak kijang belum bertanduk sehingga usianya melebihi setahun. Berbeza dengan anak kijang putih ini yang sejak kecil telah tumbuh tanduknya. Anak kijang yang tidak beribu telah terjerat dan ternyata ia bertanduk meskipun masih anak lagi. Begitulah cerita asal mulanya Tanduk ini.

Penunduk dan menaikkan wibawa diri sehingga dikagumi dan dihormati orang. Kata-kata didengar, diikuti, disegani. Orang yang memandang baik lelaki atau wanita menjadi kagum dan takjub seolah-olah terpukau apabila si pemikai melintas dan terpandang oleh orang.

GELIGA KIMPOI AYAM


Geliga Kimpoi Ayam. Batu Geliga yang sukar diperolehi. Batu ini digigit oleh ayam jantan sambil memanggil ayam betina. Apabila ayam betina datang berlari-lari menuju ayam jantan, batu ini dilepaskan dan ayam betina dikimpoinya. Ayam jantan mengawan ayam betina berkali-kali.

Petua orang dahulu kala, batu atau kayu yang dipatuk dan digigit ayam jantan selepas itu ia mengawan ayam betina maka batu tersebut besar gunanya, iaitu :

1. Boleh menarik birahi wanita jika dipakai dan digentel-gentel. Wanita akan terangsang, naik berahi dan jatuh cinta
2. Boleh dijadikan pelaris diri sehingga sesiapa yang memandang menjadi suka berkawan dan berminat dengan kita
3. Boleh menjadi pelaris perniagaan
4. Boleh merangsang dan menambah nafsu kejantanan lelaki
5. Menguatkan tenaga batin lelaki mahupun wanita

Wallahu ahlam.

Isnin, 1 Februari 2016

GELIGA KELAPA


Geliga Kelapa.


GELIGA TELUR AYAM JANTAN


Geliga dalam Telur Ayam Jantan.

CINCIN GELIGA LAUT


PERMATA TAPAK ALAM YIN YANG


Permata Tapak Alam atau Batu Yin Yang.

KAYU PITUGI


Kayu Pitugi. Petua untuk dibawa memburu dan memancing bagi memudahkan dapat menangkap haiwan di hutan dan juga ikan di laut.

SIPUT GERGASI



Siput Gergasi. Siput terbesar di dunia dan menjadi Raja segala Siput.

Untuk hiasan di rumah atau pejabat yang boleh menjadi proteksi dan penolak gangguan makhluk jahat seperti gendorowo dan toyol yang suka mengganggu rumah, meneutralkan aura jahat dalam rumah sehingga rumah terasa santai dan bahagia didiami.