Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 6 Jun 2016

BARUNG SHANDIGAN ALIPULLAH




Barung Shandigan Alipullah. Barung asli buatan Sulu. Jenis besi lama dan kuno yang keras tetapi ringan, ketajamannya boleh memutuskan paku dengan sekali libas. Barung jenis pendek selalunya digunakan untuk pertempuran jarak dekat dalam kecamuk perang dan Barung Shandigan menjadi pilihan orang-orang Suluk dan Bajau untuk digunakan dalam Mag Tigad atau bertempur senjata. Barung Shandigan mampu digunakan untuk melibas, memotong, menetak, menikam sepantas kilat ketika di medan perang.

Barung Shandigan Alipullah sudah pernah makan darah dan pernah dibawa dalam medan perang sehingga bilahnya menjadi hitam kerana darah mangsanya.Sarung dan ulunya adalah versi kedua yang masih mengekalkan identiti ukiran halus gaya Sulu.

Pada bahagian Ulu Bilahnya ada Cop Mohor Perang yang dikenali sebagai Sap Tunggal Alipullah sebagai tanda dan identiti Barung Perang yang dibuat khas dari adunan dan tempaan beberapa besi terpilih sehingga Barung Alipullah dipercayai mistiknya boleh bergetar disarung jika disimpan di rumah dan ketika ada musuh atau musibah yang mendatang, boleh bergetar disarungnya jika dipakai dipinggang dan bersedia untuk Makan Darah di medan tempur sekaligus mampu mengalahkan musuh yang dilawan tempur.

Boleh berdiri dengan sendirinya di tepi sarungnya. Jarang ada parang atau Barung yang boleh berdiri di tepi sarungnya kecuali Keris, tetapi Barung Shandigan Alipullah mampu berdiri setimbang dan sehebat Keris.

Koleksi peribadi tapi jika ada yang minat boleh dirundingkan.

1 ulasan: