Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 5 Januari 2012

CINCIN BATU YELLOW SAPHIRE ( NILAM KUNING )


Cincin Yellow Saphire asli berikat perak. Cincin ini agak istimewa kerana selain batunya asli dan cantik, ianya juga ada mistiknya. Cincin ini berkhasiat untuk ketenangan jiwa pemakai, memperbaiki aliran darah, menghilangkan stress dan ada tuahnya. Jika ada kiriman sihir atau gangguan jin ketika kita tidur, tangan kita akan bergerak secara automatik, macam menumbuk orang dan kita akan terbangun.Maknanya cincin ini pelindung diri ketika kita tidur dari anasir-anasir jahat.


Kalau kita pakai, awek akan selalu manja-manja, senyum-senyum  dan jeling-jeling ama kita. Macam ada bikin perasan saja. Kita uratpun dia nda marah.Entahlah ba labu.....

GELIGA NASI

Geliga Nasi ni dijumpai ketika makan nasi. Yang besar tu jumpa ketika makan nasi di rumah di Kota Marudu. Yang kecil tu jumpa beberapa bulan kemudian ketika makan makan nasi di rumah di Kota Kinabalu. Jadi dikumpulkan dalam satu simpanan. Selepas beberapa minggu disimpan bersama, aku mimpi Geliga Nasi diuji tembak bersama-sama Tanduk Pelanduk ( Malam kemarin aku mimpi ) dan tidak kena ditembak. Lulus ujian tembak. Mungkin geliga ni berpasang atau becinta kali, jadi kata orang pandai-pandai kalau begini kono maknanya geliga ni laki bini.Geliga pun pandai belaki dan bebini. Mungkin lepas ni pandai beranak pinak kali...Tapi kira-kira kalau ada uji cuba aku mau uji tembak geliga ni pakai senapang.

Maknanya, Geliga Nasi ni berguna untuk Pelias atau tidak kena ditembak atau disihir. Ia juga berguna untuk penarik rezeki.KOLEKSI.

Rabu, 4 Januari 2012

BATU FIRUZ HARIMAU


Batu Firuz Harimau ni ditarik di satu lokasi kawasan Makam Syariff di negeri Sabah. Batu ini agak mistik kerana ada belang hijau seakan tulisan jawi di sekelilingnya, ada campuran besi hitam dan besi merah. Aku kira mau kasi canai bikin cincin, tapi entahlah fikir-fikir dulu, macam cantik pula dalam keadaan asal semulajadi. Batu ini berguna untuk bikin garatak orang, macam harimau kita bila orang nampak. Kalau diisi ilmu Sergah Harimau Ali boleh takancing-kancing orang kalau kita sergah atau kasi tariak.

Berguna juga untuk penunduk, wibawa karisma seperti Macan, bikin berani dan ditakut/disegan orang. Tapi nda baik untuk budak-budak, kalau kita marah boleh sakit dia.Sama batu ni kalau dipakai bikin pamanas, jadi mau orang penyabar baru ngam.

ROTAN PETHUK


Rotan Pethuk. Gunanya sama juga dengan Bambu Pethuk atau Bambu Bertemu Ruas. Dipercayai berguna sebagai pelancar urusan, penarik hati orang ramai dan ada yang menggunakan rotan atau bambu jenis ini untuk menarik Burung Walit masuk ke Rumah Walit.

Selasa, 3 Januari 2012

PUGAI BIRAHI PUTERI 7

Minyak Pugai Birahi Puteri 7 ini khusus untuk menawan lawan jenis. Maksudnya kalau kita pakai minyak ni si kawan akan naik birahi melihat kita. Jadi bahaya pugai ni..nda ku berapa suka, bikin geteh...Jadi kalau kau kasi kena si anu.. dia pandang mata kau, baaa.. takawin terus dia naik birahinya. Ehhhh...geli pula aku kalau tapandang mak enon abis kita.

Tapi pugai ini sangat berkesan dan kalau kau mau kirim di angin kau pakai dan kau niat MIMPI BASAH saja. Baaa apa lagi banjir ba dia...mesti meleleh punya.

DUIT DIPONEGORO


Duit Diponegoro 100 rupiah tahun 1952. Diponegoro kenalkah..? Dia Putera Raja pahlawan terbilang Jawa zaman Perang Jawa di era penjajahan Belanda. Gambar depan duit ini adalah gambar Diponegoro dan gambar Singo Barong. Bahagian belakang duit ini ada gambar Burung Merak Kembar. Koleksi seperti ini very rare bro...

Duit ini kerkhadam dan sesuai dijadikan sebagai Ibu Duit.

BATU KECUBUNG DWI WARNA

Batu Kecubung Dwi Warna ini diperolehi kewaktu kerja-kerja mengorek lubang di tapak kedai di rumah ibu mertuaku. Warnanya seakan ungu gelap, seakan coklat kehitaman, macam ada ungu biru gelap dan ada juga warna putih coklat kelabu entah apa warna lagi. Lokasi tempat batu ni dikorek, dulu pernah selalu kedengaran bunyi seakan mengangis waktu malam di bulan ramadan. Ditemui bulan ramadan 2011 yang lalu. Saiznya lebih kurang tiga jari. Esok aku mahu hantar ke tempat kawan untuk dicanai jadi batu cincin. Kalau sudah siap aku upload lain kali. KOLEKSI.

KERIS PUNNAL


Keris Punnal ini untuk dijual. Keris jenis ini adalah buatan orang Yakan/Suluk. Usianya lebih kurang 100 tahun dan sesuai sebagai koleksi. Berminat ...? RM 150 saja.

GELIGA IKAN KERAPU


Geliga Ikan Kerapu ni aku tukar milik dari seorang kawan, orang Sabah juga ba. Mula-mula aku ambil, powernya nda berapa lagi, macam nyawa-nyawa ikan saja. Tapi sekarang sudah aku pulihkan dan Alhamdullah macam menggigit sudah. Kalau bawa memancing ni, gerentee ikan KOHATONG  ( Kerapu Gergasi ) yang mamatuk, nanti ada masa lapang aku trai juga ni bawa memancing di sungai saja. Kalau di laut takut pula aku ikan Kuhatong boleh karam perahu. Siapa mau joint memancing kasi tau saja.

KEMUNING HITAM BERKHADAM ( SUKANG SARIBU )


Kemuning Hitam ini didapati dari satu kawasan bekas sungai mati yang telahpun menjadi dataran. Terdapat cerita mistik berkenaan Kemuning Hitam ini. Ceritanya begini, seorang kawan baik saya telah diminta untuk menumbang pokok kelapa di kebun sepupunya di Kota Marudu. Sehari selepas melakukan kerja-kerja penumbangan kelapa untuk dijadikan papan dan brutee, malamnya si kawan telah bermimpi satu lembaga berjubah putih berdiri berdekatan dengan pokok kelapa yang ditumbangnya dan menunjukkan sesuatu seakan harta berharga di kawasan tersebut.

Si kawan pun berjumpa dengan aku dan meminta aku meninjau kawasan tersebut untuk mengscan lokasi sebenar yang ditunjukkan oleh lembaga berjubah itu. Dengan kebolehan yang ada padaku, akupun mendetek main point sebenar letaknya harta tersebut. Aku menjelaskan kepada kawan tu bahawa di situ kelihatannya seakan ada sebatang kayu melintang. Si kawan pun menggali point tersebut dan aku membantunya. Aku meminta dia menggali sedalam 8 kaki dan ternyata tepat kedalaman lubang tersebut 8 kaki, sebatang kayu hitam ditemui. Aku meminta kayu tersebut dinaikkan. Sikawan kemudian menyucuk sebatang besi sepanjang 10 kaki ke dalam lubang itu, manalah tau ada peti besi, tapi tiada apa-apa tanda kewujudan benda keras. Kamipun pulang bersama hanya sebongkah kemuning hitam.

Kemuning hitam ini berguna untuk perubatan keracunan, sihir dan buatan orang, sakit dan luka dalaman, pendinding ilmu hitam, sukang racun, pembisa pukulan ( kalau bikin tumbuk terus orang muntah darah dan boleh lumpuh , bahaya ba kayu ni ),ditakuti jin jahat dan seribu macam lagi gunanya. Kayu ini agak istimewa kerana selain seribu guna, ia juga berkhadam alami.

Orang Sabah panggil kayu kemuning hitam ni SUKANG SARIBU jadi taulah ba kamu gunanya. Kayu ni sudah ku trai kasi ubat orang kena ilmu hitam dan orang kena racun kelulut pakai ini, macam silap mata saja ba. Semuanya dengan izin Tuhan juga. Kalau berminat boleh ba bagi-bagi bikin permata cincin. Mahar harganya RM 200 saja untuk 2 inci. Mahal kah..? sebab ianya Sukang Saribu berkhadam pula tu, susah cari dan telah terpendam dalam bumi mungkin beratus-ratus atau beribu tahun, nda ancur ba kayu jenis ni dalam tanah.

TELUR AYAM JANTAN BERGELIGA KOCLAK

Telur Ayam Jantan ini diperolehi sendiri dari Raja Ayam. Raja Ayam ini digelar Black Area kerana ia telah menjadi Juara sebanyak 12 kali di 12 gelanggang sabung ayam di beberapa daerah di Sabah ( Kawan yang kasi sabung, bukan aku ). Sebelum mati, ayam ini sempat meninggalkan 4 biji telur ayam jantan tapi semuanya telur angin tiada embrio di dalamnya. Salah satu dari telur ini aku simpan yang lain-lain tempat kawan. Telur ini disimpan kerana di dalamnya ada benda berbunyi jika digoncang. Telur Koclak ( bukan batu koclak ) seakan ada batu geliga di dalamnya. Sewaktu diperolehi pada tahun 2006, geliga dalam telur ini agak kecil kerana bunyi koclakannya agak kuat seakan ada benda kecil dan telur ini agak ringan.

Baru sebentar tadi telur ini dilihat dan bila digoncang, agak lama baru ada bunyi koclakan. Batu di dalamnya seakan membesar dan memenuhi ruang telur. Telur ini juga bertambah berat dan agak membesar sedikit dari saiz sewaktu ianya mula-mula diperolehi. Mistik dan ajaib.Jika pegang telur ini, bulu lengan akan meremang, maknanya adalah ba itu yang mengintai. Kadam Raja Ayam....

CINCIN BATU AMBAR ALAM GHAIB


Cincin Ambar Alam Ghaib. Ditarik di satu kawasan tepi anak sungai mati di Kota Marudu. Kawasan sungai ini dahulu adalah kawasan aliran Sungai Besar di mana berlakunya peperangan antara Syariff Osman ( Raja  Marudu ) dengan Rajah James Brooke ( Raja Sarawak ) bersama Raja Muda Hashim ( Raja Muda Brunei ) suatu masa dahulu ( tahun 1846M ). Sungai ini telahpun menjadi kawasan datar dan banyak ditemui pecahan pinggan mangkuk lama dan ada juga ditemui Lantaka ( Meriam ) lama di kawasan ini.

Penarikan dilakukan siang hari dan cincin ambar ini keluar dari dalam tanah berlopak di bawah rimbunan pisang Sabah. Bekas tanah masih menyaluti cincin ini. Penarikan dilakukan bulan oktober 2011 yang lalu. Anehnya cincin ini adalah bermata ambar dan terdapat seakan tetes delima merah di tengah permata cincin ini.Bahagian tepi permata ada sedikit retakan ( mungkin akibat terantuk ke suatu benda keras sewaktu peperangan terbuka zaman dahulu ). Cincin ini siap diikat dengan tembaga merah buatan lama.

Batu ambar ini berkhasiat untuk penarik ikan, pelaris diri dan pendinding diri.Cincin ini beraura kuat dan berkhadam Rijalul Ghaib dari alam ghaib.

KUCING ALAM GHAIB BERBELANG KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD

Kucing ni adalah satu-satunya haiwan yang paling aku dan isteriku sayangi di dunia ini. Kucing ini kami perolehi 15 tahun yang lalu sewaktu kami dan rombongan memburu payau ( rusa ) di Pulau Banggi. Kami memburu pada malam jumaat 19 haribulan, bulan ramadan. Malam itu, cuaca sangat baik seakan-akan alam maya cukup bahagia. Malangnya, malam itu seekor binatang buruan pun tidak kami perolehi wal hal malam-malam sebelumnya beberapa rombongan lain berjaya memburu hingga 3 ekor payau, pelanduk waktu itu nda ditengok langsung.

Sewaktu dalam perjalanan balik kami melalui kawasan hutan dan....tiba-tiba... aku ternapak seekor binatang seakan-akan harimau. Anehnya binatang ini kecil dan ternyata seekor kucing. Aku mengarahkan semua kakitangan ku untuk menangkap kucing ini. Malangnya semuanya nda berani sebab bila saja mau turun kereta abis bulu meremang seluruh badan. Apa lagi terpaksalah bos turun menangkap sendiri kucing harimau ni dengan hati yang nekad apapun berlaku, aku mesti ambil binatang ni. Ternyata kucing harimau ni nda melawan aku dan diam saja.

Sampai di rumah barulah kucing berkerabatan mau lari, tapi dikurung dalam rumah. Waktu tu tiga hari tiga malam Pulau Banggi dilanda angin ribut hingga tingkappun besiul, nda dapat ke kudat. Hari ketiga kasi barani saja naik feri bawa kucing harimau ke Kudat. mau karam feri tu dipukul ribut hinggakan taukeh feri pucat ketakutan.

Dipendekkan cerita, setelah seminggu dipelihara kucing ni sangat jinak. Tidur atas katil, mau tidur dalam aircond, berak kencing sendiri pigi tandas walupun tengah malam, makan mesti ikan goreng kalau berdarah nda mau makan, puasa dia. Makumlah dijumpa di bulan puasa. Pada suatu malam, aku terbangun dan...kucingku nda ada di katil.Tau-tau dia keluar dari bilik ke ruang tamu, waktu tu malam jumaat dan samar-samar aku nampak di belakang kucing tu ada lembaga lelaki berpakaian hitam. Tapi aku nda takut dan malam tu barulah aku sedar rupanya kucing ni ada Khadam ikutan. Waktu tu aku nda berapa praktis ilmu ghaib ni, sibuk karaja saja.

Siangnya, aku membelek-belek bulu kucing tu. Masya Allah...ada kalimah Allah di badannya. Sejak tu kami menganggap kucing ini seolah-olah anak kami. Maklumlah waktu tu baru kawin, belum ada anak. Gila betul...orang nda ada anak ni sayang sangat sama haiwan.

Dipendekkan cerita, aku berhijrah ke Kota Marudu dan kucing ni akhirnya ku bawa ke kota Marudu setelah 3 tahun aku bela. Malangnya...hanya seminggu di situ bayangan hitam tmenjelma berdiri di luar tingkap bilik. Aku ingat ganguan luar, akupun marahle.. Sekali aku tengok, kucingku ampai-ampai di bawah tingkap tu.Waktu tu malam jumaat juga bulan puasa. Dan...siangnya kucing ku naik gila mau lari dari rumah. Aku tugaskan 4 orang untuk menjadi bodyguard kucing tu khas untuk menjaga jangan sampai lari. Rumah kunci abis walaupun dinding abis dicakar-cakarnya. Malangnya kucing tu ghaib sendirinya dalam rumah walaupun rumah dikunci. Kucing tu ghaib hari jumaat sebelum waktu solat jumaat. Satu bulan aku dan biniku macam orang gila malam-malam meronda di seluruh pekan hinggakan polis peronda tanya, kenapa tiap-tiap malam meronda?,kami kata cari kucing.

Polis pun kepelikan, ada juga orang macam ni di dunia. Aku tak lalu makan hingga badanku kurus slim abis, abis ba ilmu pamandaiku dibaca cari kucing tu, macam-macam paranormal dijumpa. Semua bilang, kucingmu dah kembali ke alamnya. Diorang kata kucing tu bukan saja manusia biasa mahu, orang haluspun mahu kucing tu.Sampai sekarang nda jumpa.....Pernah juga ku ke lokasi di mana kucing tu kutemui abis buluku meremang di situ. Sekarang nipun bulu-bulu badan ku naik sudah seluruh badan. Jadi sampai sini sajalah perkongsian keajaiban dunia dan makluk ciptaan Allah ni. Kucing ni namanya TABBY dan Kalimah ALLAH dalam gambar tu nda kenampakan sebab di sebelah badan lagi satu.Dalam gambar tu hanya kalimah MUHAMMAD saja yang nampak sedikit.Kalau ada yang pandai scan aku izinkan. scanlah keajaiban Tuhan ini.. Allahu Akbar.

GELIGA BAMBU BETUNG


Geliga Bambu Betung ni diserahkan oleh kawan beberapa bulan yang lalu. Kawan tu tak tau apa benda ni, aku pun tak tahu tapi nampak cantik dan hati berdetik terus je ambil, betul atau tak belakang cerita, tapi aku tau benda ni memang geliga. Sampai rumah, terus je scan ...fulamak.... Geliga Bambu...apa lagi simpanlah elok-elok dalam bekas simpanan khas yang direka sendiri dari hati tanah busut anai-anai. Seminggu di simpan...tiba-tiba.......

Malam jumaat tu, hadir sesosok tubuh, badannya ada bambu berceracak di belakang..wah berani sungguh khadam ni siap duduk bersila lagi. Kita pun dialong dengan dia..... tapi semuanya hanya dalam mimpi belaka. Siangnya, akupun apa lagi, ambil jarum...terus test power....mak oiii Kebal kulit brooo. Rezeki.... syukurlah ba.

Lain kali kalau dapat mimpi lagi aku test pakai samuraiiii....atau test berdiri dalam api. Bukan apa, dulu ada keluarga kami ada benda macam ni pusaka keturunan datuk nenek zaman main barung dan budjak lagi, dia kata dia pernah buat main-main benda macam ni. Dia nyalakan LAPUGAN ( timbunan api ) kemudian dia masuk dalam tu.., dia kata sejuk je dalam api tu macam ada aircond dan angin meniup dari bawah. Apa lagi dia hiris-hiris badannya sama barung pun nda luka.

Bapanya pernah bawa balawan sama satu perahu mundu,  abis ba mundu diradak-radaknya main satu dua tiga saja masing-masing manatak musuh siapa yang mati, matilah ba. Bapanya kasi free lagi mundu-mundu tu manatak duluan, baru lah dia cabut barung pusakanya. Tapi, malangnya geliga bambu miliknya tu jatuh di lautan Pulau Banggi sewaktu dia bawa memancing ikan. Jadi tinggal kenagan sajalah... KOLEKSI disayangi untuk kegunaan sendiri.Mana tau.. ada Parang Sabil atau ada mundu dari Somalia, palis-palis...mudah-mudahan aman saja Malaysia ni sampai hari kiamat.

Isnin, 2 Januari 2012

DUIT SUKARNO




Duit Sukarno. Banyak orang mencari untuk berbagai tujuan, malahan ada yang kononnya sanggup menebus duit jenis ini berjuta-juta RM, betulkah.....?.Kononnya letak digelas air nda bergulung, letak di tangan bergulung, no siri ibu duitlah, kepala no. siri SUK lah,tanda tanagn mau hitam ori lah, mau ada gadis menari lah, mau ada Kun Payakun lah, mau ada Kalimah ALLAH di 5 tempat lah dan macam-macam lagi. Jadi...? apa lagi kalau betul, bayarlah RM 1 juta je.....Ini syarat-syarat dah cukup pun nak bayar ribu-ribu pun tak sanggup. Jadi simpan sajalah ba.. buat KOLEKSI atau Ibu Duit, manalah tau....tuah Presiden Sukarno tu melekat sama saya sikit-sikit pun jadi lah.

DUIT KERBAU BAJAK SATU RINGGIT


Duit Kerbau Bajak Satu Ringgit. Tidak terdapat dalam senarai Bank Negara dan kata orang duit jenis ini adalah duit alam ghaib, duit palsu, duit siam, duit bergulung, duit Mat Salleh dan bermacam lagi namanya. Dulu selalu dicari orang untuk tujuan proses tarik duit, tapi bila duit dah jumpa macam-macam alasan tukangnya. Duit tak cukup kuatlah, kadam tidak ikutlah, kadam mahu darahlah, nombor siri tidak ngamlah, hati owner tidak jujurlah, ada ahli tidak betul niatlah, duit palsulah dan macam-macam alasan lagi.

Tahun lepas ada orang yang tergila-gila mahu tukar milik duit jenis ini RM3,000.00 dan ada yang offer sehingga RM 10,000.00 konon ada guru campion pandai tarik guna duit ini. Last-last bila duit dah ada, guru kata nombor siri tak betul atau alasan lain duitnya tidak ngam. Kita kata duit ni bergulung sendiri, dia kata ada simpan ubat dalam kertasnya. Sebenarnya tukangnya yang tak betul sebab duit jenis ini walau apapun alasannya pandai melentik kah, tak pandai bergulung kah, duit tak betul kah, jika kita pandai dan tahu mengusul dan menyerunya 100% ada kadam punya sama macam duit Sukarno tu. Bagi yang tak tahu.., jadi macam  kertas biasa je dan tak ada maknanya.Ntahlah ba.....macam-macam dunia ni.Yang penting aku ada KOLEKSI aku punya suka lah.

JENIS-JENIS PUGAI BALABAK

Terdapat paranormal yang mengkelaskan Pugai Balabak kepada beberapa jenis, iaitu Pugai Balabak Api, Pugai Balabak Air, Pugai Balabak Angin dan Pugai Balabak Tanah. Sebenarnya, pengkelasan ini adalah satu pembaharuan dalam meramu dan mencipta Pugai Balabak. Berdasarkan kajian saya pengkelasan Pugai Balabak adalah seperti berikut :

1. Pugai Balabak Asli SiLampituk
Pugai Balabak ini adalah Pugai Balabak terkuat dan yang paling asli. Sebenarnya Silampituk tidak pernah mencipta Pugai Balabak berjenis-jenis sama ada air, angin, tanah atau api. Ini disebabkan Pugai Balabak Asli Silampituk telahpun menggabungkan unsur air, angin, tanah dan api. Justeru itu, Pugai Balabak inilah yang kekuatannya melebihi 7 kali ganda kekuatan Kebal Umum dari segi hirarki kadam.

Pugai Balabak Asli tidak dapat dibawa melintas lautan dari Pulau Balabak atau Pulau Banggi  ke Tanah Besar Sabah disebabkan jika ianya dibawa melintas lautan maka ombak besar akan menyerang pembawa pugai ini. Apa sebabnya? sebab pugai ini ada penjaga atau Kadam Air bersamanya. Kenapa pula Pugai Balabak akan dikejar angin ribut taupan jika dibawa melintas lautan?, sebab Kadam Angin ada bersamanya. Kenapa pula Pugai Balabak Amat berat untuk dibawa sehingga kapal yang membawanya boleh karam atau kereta yang membawa orang yang membawa Pugai Balabak tidak dapat bergerak, enjin rosak atau tayar pamcit?, sebab Pugai Balabak dijaga oleh Kadam Tanah yang tentunya berat. Kenapa pula kenderaan atau bot yang membawa Pugai Balabak akan cepat panas enjinnya sehingga boleh rosak, terbakar atau meletup? sebab Kadam Api ada bersamanya.Terdapat lagi Kadam-kadam lain yang turut menjaga Pugai Balabak Asli termasuklah Kadam Pokok Balabak ( bukan seorang....) dan terdapat beberapa Ramuan Rahsia Pugai Balabak Asli ini yang agak sukar untuk ditemui.

Tujuan Ramuan Rahsia ini untuk menyatukan 4 Kadam 4 anasir dalam satu ramuan sahaja.Cara mengambil dan mengenal bahan-bahan yang dijaga atau menjadi ikutan kadam 4 anasir ini ada petua, masa mengambilnya dan bacaannya. Setelah semua ramuan ini diperolehi barulah Pugai Balabak diproses dengan dibacakan jampi seruan Pembangkit Pugai Balabak. Jampi ini dalam bahasa Balabak Kuno dan tidak semua waris balabak mempunyai jampi ini. Justeru itulah ramai yang mencari Pugai Balabak Asli yang power kononnya untuk Proses Menarik Wang tetapi gagal menemuinya walaupun sampai ke Pulau Balabak.

2. Pugai Balabak Api
Warnanya merah. Dibuat dari campuran getah Kayu Balabak.Dijaga oleh Kadam Api dan lain-lain Kadam Pengiring.

3. Pugai Balabak Tanah
Diramu dari campuran Tanah tempat rahsia di Pulau Balabak dan akar Kayu Balabak ( Jenis akarnya juga adalah yang terpilih dan bukan sebarang akar ) . Dijaga oleh Kadam Tanah dan lain-lain Kadam terpilih.Warnanya seakan-akan tanah kecoklatan tergantung jenis campuran ramuannya.

4. Pugai Balabak Air
Diramu dari Air Embun bersama Bunga Pokok Balabak. Amat sukar dicari dan hanya terdapat pada waris asli Silampituk sahaja. Selalunya tidak akan ditukar milik atau diberikan kepada sebarang orang, kecuali orang-orang yang bernasib baik dan Ketua pemimpin politik. Dicampur dengan air mata terpilih...Dijaga oleh Kadam Air dan beberapa Kadam terpilih.

5. Pugai Balabak Angin
Berupa jampi seruan Kadam Angin Pugai Balabak. Jampi ini dalam bahasa Balabak Kuno dan ada nama-nama angin dan nama kadamnya dalam bahasa Balabak Kuno. Jampi inilah yang amat mujarab dan jika diseru di angin, si mangsa akan mabuk kepayang walaupun di tanah seberang sanggup dia berenang, biarpun ditelan ikan jaws....kah-kah...kah.Kau rasalah, biar kau baranang.

6. Pugai Balabak Kayu
Kayu Balabak sahaja. Ada caranya menjinakkan si mangsa cuma dengan menggunakan kayu Balabak sahaja tanpa apa-apa bacaan atau ramuan lain. Si mangsa akan sanggup sehidup semati, tidur berbantalkan lengan kita, bagai belangkas sepasang atau bagai romeo dan juliet. Jagalah kau nda mau beranggang dari kita, jalanpun susah si dia membuntut. Eh... ntahlah Ba.. Jangan kasi abis dulu rahsia, lain kalilah.

Ahad, 1 Januari 2012

SIRIH HITAM

Sirih Hitam ini pemberian dari seorang waris Allahyarham Tun Datu Mustapha ( Bapa Kemerdekaan Sabah ). Diberikan kepada saya beberapa tahun lalu. Sirih Hitam ini diperolehi dari salah seorang Kiai tua dari Indonesia yang menjadi sahabat baik Allahyarham Tun Datu Mustapha dan Allahyarham Presiden Sukarno. Kiai tersebut juga telahpun meninggal dunia dan amanah ini adalah buah tangan yang amat bermakna kepada saya sebagai kenangan dari seorang Kiai yang menjadi orang kepercayaan dua orang tokoh politik ternama dunia yang amat saya sanjungi dan menjadi idola saya.

Sirih Hitam ini dipercayai boleh menjadi media untuk menarik khazanah alam ghaib dan kekayaan. Wallahu Ahlam.

BATU COMBONG MUSTIKA CACING

Batu Combong ini mempunyai fosil cacing yang telah mengeras menjadi mustika. Mustika Cacing yang berbentuk panjang berwarna putih terbentuk di dalam seketul Batu Combong. Batu ini diperolehi hasil tarikan di satu kawasan bekas Ladang Estet Tembakau di Kota Marudu bulan syawal yang lalu. Mistik dan ajaib kerana batu ini gabungan dua barang mistik iaitu Batu Combong dan Mustika Cacing.

Mustika Cacing berguna untuk tuah perkebunan dan tanam-tanaman, pagar ghaib kebun juga untuk memancing ikan/udang/ketam. Batu Combong ini pula berguna untuk tuah berdagang, pelaris jualan sayur-sayuran dan murah rezeki. Semuanya dengan izin Allah jua dan batu mustika ini hanyalah sarana ghaib.Sesungguhnya segala ciptaan Allah itu mempunyai fungsi dan tuah masing-masing yang telah ditentukannya.Tuhan yang berkuasa dan bukannya batu....

BESI KAPAL NAKHODA RAGAM DI PULAU BALABAK

Besi Kapal Nakhoda Ragam. Besi ini diperolehi dari Pulau Balabak pemberian seorang berbangsa Molbog ( Balabak Asli ) keturunan Silampituk pencipta Pugai Balabak. Menurut legendanya, sewaktu Nakhoda Ragam atau Sultan Bolkiah Brunei meluaskan empayar Brunei ke Kepulauan Sulu dan Balabak, baginda telah menakluk beberapa negeri dan pulau sehinggalah baginda sampai di perairan Pulau Balabak. Baginda menghantar utusan ke Raja Balabak dan meminta pulau itu mengakui pertuanan Brunei. Silampituk yang merupakan Puteri yang menguasai Pulau Balabak telah enggan mengakui pertuanan Raja Naragam dan mencabar Raja Naragam jika baginda cuba mendekati Pulau Balabak, kapalnya akan terkandas di laut dan tidak akan mampu mendekati Pulau Balabak atau berpatah balik. Nakhoda Ragam menyahut cabaran Silampituk dan ternyata sumpahan Silampituk benar.  Kapal Nakhoda Ragam  benar-benar terkandas dan tidak dapat bergerak mendekati Pulau Balabak atau berpatah balik. Oleh kerana itu, baginda telah meninggalkan kapalnya tersadai di Perairan Pulau Balabak. Demikianlah kisahnya...

Besi ini dipotong dari bangkai kapal Nakhoda Ragam di Pulau Balabak dan dihadiahkan kepada saya bersama-sama Kayu Balabak dari Makam Silampituk. Ternyata apabila digenggam besi ini sangat sejuk, beraura kuat, dan ada penjaganya. Anehnya, besi ini berat berbanding saiznya yang kecil dan seakan ada campuran bintik berkilat iaitu ciri-ciri besi kursani putih, sentiasa basah seakan-akan berpeluh atau barangkali ....menangis...Wallahu Ahlam.