Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 10 Ogos 2014

PUGAI MADU PUSAKA


Pugai Madu.Khas untuk mendamaikan dan merukunkan isteri-isteri yang dimadu, sama ada madu 2,madu 3 atau full madu 4.

Jika terkena semua isteri boleh tidur sebelah menyebelah, tidak bertumbuk berabut laki dan tidak berani main pisau walaupun marah. Madu-madu tidak betarik rambut dan bagogol gulik-gulik di tanah macam dalam Filem Madu Tiga P.Ramlee. Mustajab dan mujarab sampai mati.

Isteri-isteri akan semakin sayang menyayangi.Anak-anak dijaga bersama, si No.1 jaga anak si No.2 dan si No.2 jaga anak si No.1. Kalau sakit saling kasi minum ubat bukan kasi minum racun.Kalau jauh saling berkirim salam,berfacebook dan bersms.Kalau dekat saling jalan beriringan dan dukung mendukung anak,Laki lenggang-lenggang kangkung jalan sambil siul-siul walaupun banyak utang dan tanggungan, tidak stress dan gerigitan.

PASAK RAJA KAYU

Pasak Raja Kayu Sabah. Dari teras Raja Kayu. Kebiasaannya Raja Kayu tidak berteras tetapi keganjilan berlaku mungkin satu dalam sejuta apabila dalam Raja Kayu ditemui Pasak Raja Kayu yang mengalir seperti air tapi mengeras seperti batu.

Pasak Raja Kayu berwarna putih adalah keras seperti batu sewaktu cuaca sejuk, lembut seperti tepung roti martabak ketika cuaca panas, boleh menempel seakan gam jika diletakkan pada benda mistik tapi tidak tumpah seperti air dan tidak melekat di tangan.Memang ganjil dan mistik.

Boleh dibuat permata cincin jika dicanai. Pendinding angkara jahat manusia dan makhluk jahat, ditakuti jembalang dan jin hutan, bakar sikit di rumah maka hantu syaitan akan menyingkir.

Boleh mengubati orang kerasukan, sihir,keracunan,kena pelalau, kena pembenci, kena pugai,kena sawan,gila babi,gatal-gatal.

Boleh mengubati orang kena Semai (sejenis racun diperbuat dari bermacam benda gatal,bisa binatang dan air mayat, jika terkena kulit akan mengelupas macam berkurap,gatal,bersisik dan mengerutu).

Boleh mengubati orang kena Lontong (sihir buncit perut seperti orang mengandung yang diperbuat dari air mayat dan beberapa ramuan jahat,jika termakan perut akan membesar boroi dan akhirnya meletup atau mangsa maut).

Boleh jadi penunduk dan penyejuk hati orang marah dan garang.

KERIS PASAK HARIMAU



Keris Pasak Harimau. Keris lama yang unik dan mistik. Keris yang tiada belalai gajah atau gereneng,diperbuat dari besi padu, tajam tanpa perlu diasah. Tiga Lok, tanpa sarung dan ulu, mata bilah kehitaman tapi bukan karat.

Ditarik dari makam lama. Gaya buatan lama ala Sabah menampakkan keaslian Keris Sabah yang tidak sama dengan buatan lain-lain tempat.Khas untuk keris tempur, libas dan tikam.

Khamis, 7 Ogos 2014

PERMATA BATU PANCA WARNA


Permata Cincin Batu Panca Warna. Permata yang dipotong dan dicanai cantik. Pola warna awan larat dan warna merah hati menjadi daya tarik sesiapa saja yang memandangnya.

Sesuai dipakai oleh semua peringkat umur.Permata saiz M atau sederhana besar, belum pernah diikat.

CINCIN DELIMA MERAH






Tiba masanya untuk dilepaskan kepada yang berminat menyimpannya. Asli batu Delima. Batu ini telah diuji oleh seorang Tukang Cincin ( Pakar Batu ) di Tuaran Sabah, dapat menggerakkan batu geliga badar yang diletakkan dalam gelas berisi air.

Video tidak ada, ajukan saja cincin di jari ke arah batu geliga dalam air di gelas, batu geliga bergerak dan berputar macam gasing dalam air, turun naik, pusing kiri kanan ikut arah cincin ini diunjukkan.

Jika dibawa tidur, Insya Allah kiriman sihir dan jin syaitan macam bunyi ranting patah saja, tidak memberi kesan cuma seakan ada letupan kecil di telinga sebagai tanda kiriman ilmu jahat musnah sendirinya.

Jika dipakai, hati akan tenang, stress akan hilang dan ada kedamaian di hati, lebih-lebih lagi jika diiringi zikir Qalbi oleh si pemakai. Banyak lagi kelebihannya yang tidak dapat diceritakan di sini.

Batu ini jika diteteskan sedikit air di permukaannya, air akan melekat tidak jatuh mengalir.Warna Batu Delima ini adakalanya berubah-ubah kadang kala merah sirap, kadang kala merah jernih bercahaya, kadang kala merah warna delima mengikut masa dan bulan tertentu.

Saiz 8.5, ikat dari logam syiling lama yang padu.


GELIGA MANI GAJAH

Geliga Mani Gajah Asli yang telah keras menjadi batu. Koleksi peribadi yang telah lama disimpan. Berasal dari daerah Kinabatangan, Sabah bukan import punya.Batu masih seakan berminyak tetapi keras.

Banyak dicari orang. Koleksi Mani Gajah yang besar dan sukar dicari, bukan sebongkah tapi cuma seketul.

Khasiat pelaris dan pengasih yang ampuh, penakluk hati orang. Jika ada orang mau menumbuk atau mau cari gaduh, bawa saja Mani Gajah ni, Insya Allah hati marah jadi kasih, hati keras menjadi cair dan lembut malahan musuh atau lawan yang dihadapi akan bertekuk kecut dan tidak berani bertentang mata dengan kita. Mani Gajah ini telah teruji keampuhannya. Mau dilepaskan pada yang ada rezeki menyimpannya.

Hanya ada 1 dalam sejuta, tiada yang sepertinya lagi kecuali ada 2 sebelum ini yang telah dimaharkan pada orang jauh.

Awas.... kalau memilikinya kerana akan ramai amoi sumandak tergila-gila, bos-bos dan orang atasan tidak berani sama kita malahan sayang dan hormat kita. Insya Allah, telah terbukti khasiatnya.

Selasa, 5 Ogos 2014

KELEWANG CINTAMANI LAUT


Kelewang Mini dari besi timbul. Ulu Kelewang diperbuat dari Kayu Cintamani Laut, sarung Kelewang dibuat dari Kayu Sawari Gading Laut.

Kegunaannya sebagai Pendinding diri, pengasihan, tarik rezeki,wibawa diri. Berguna juga untuk perubatan tradisional seperti melawan gangguan jin, sihir, kerasukan dan histeria, memasung dan menangkap jin.

Mudah dibawa, saiznya cuma sebesar jari telunjuk dewasa.Senang digunakan, perlihatkan saja kepada mangsa histeria, jin akan kepanasan dan teriak ketakutan.Jika diselit di jari orang terkena sihir, gangguan jin atau seumpamanya, Insya Allah gangguan akan luntur, sihir akan tawar.

PERMATA BATU HATI AYAM


Permata Batu Hati Ayam. Last stok, tiada lagi selepas ini. Batu cantik dan belum diikat.

MINYAK KUKU TRADISIONAL


Minyak Kuku. Khas untuk mengubati kuku yang buruk,pecah,berlapis. Sapu saja di kapas dan lekatkan di kuku yang rosak, tunggu lima minit. Kuku yang rosak, hitam, pecah akan tanggal dan kuku menjadi putih bersih seperti tiada buruk atau sakit.Kuku yang berbau akan tanggal dan kuku akan menjadi sihat berkilat.

Boleh juga digunakan untuk mengubati kutil kulit, panau di badan yang berbelang dan penyakit kulit.

Jumaat, 1 Ogos 2014

PERMATA KULAT RAJA


Permata Kulat Raja. Khas untuk pakaian ke hutan, ditakuti golongan halus, perubatan keracunan dan penawar bisa.

GELIGA IKAN TAMANONG


Geliga Ikan Tamanong. Diperolehi dari perut ikan Tamanong besar ketika menyiang ikan pada 8.1.2013. Koleksi peribadi. Khas untuk kaki pancing.Aura kuat walaupun kecil.

PERMATA CINCIN BATU BIRU...?

Permata Cincin Batu Biru.

PERMATA MANI GAJAH



Permata Mani Gajah Putih. Dalam permata masih kelihatan gumpalan Mani Gajah yang telah membatu tetapi mengekalkan bentuk asal air mani gajah.

Asbab pengasihan, penunduk, pelarisan,disenangi dalam pergaulan harian, diminati dan disukai wanita.

KELONGSONG LAMA



Kelongsong Lama Perang Dunia Ke-dua. Sesuai dijadikan koleksi antik atau Koleksi Bahan Sejarah. Dari segi mistik, Tembaga Kelongsong Lama ini berguna untuk campuran bahan membuat besi kebal atau pelias peluru atau campuran membuat senjata tikam sumpama keris, golok, parang yang mengandungi unsur mistik.