Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 26 Januari 2015

MINYAK ZAFARON SUSU


Minyak Zafaron Susu. Putih dan melekit seperti susu. Banyak kegunaannya bagi yang mengerti dan faham.

Boleh digunakan untuk menaikkan aura barang mistik berkhadam alami, untuk upacara mistik seperti tarik dana, tarik harta karun, pemanggil khadam.

Boleh digunakan juga untuk penawar histeria dan menghalau gangguan jin kafir.

Berguna juga untuk memulihkan anggota badan yang pegal, linu, ngilu, lemah dan lumpuh akibat gangguan makhluk halus atau perbuatan sihir.

CINCIN TERAS KELOR KUNING


Cincin Teras Kelor Kuning. Ikat ring Perak Bali,saiz 18/19.

Pendinding sihir, racun, santet, pugai, guna-guna,,pukau, racun terbang, santau. Ditakuti makhluk jahat seperti jin ifrit, jin kafir, gondorowo. toyol, puntianak, balan-balan, hantu laut, hantu jembalang hutan, penunggu dan sebangsa dengannya.

Pembuka amalan kebal berkhadam, penghilang saka dalam badan, pengubat sihir dan gangguan halus, penawar histeria, pembisa jin, penangkap jin, pembuka susuk berkhadam dan seumpamanya.

KELADI HITAM WULUNG


Keladi Hitam Wulung. Hitam hampir menyamai arang kuali atau kain hitam.Satu lagi item mistik yang sukar dicari dan diperolehi, masih hidup dan berdaun segar.

Koleksi peribadi simpanan keluarga, tapi jika kena gaya mungkin rezeki anda.

Keladi Hitam Wulung banyak kegunaanya. Antaranya adalah sebagai media menolak gangguan sihir, gangguan jin jahat dan ilmu hitam, pendinding rumah daripada pencuri dan ilmu pukau.

Ada juga guru-guru tarik yang mencari keladi jenis ini untuk tujuan pertukaran harta karun di alam ghaib dan untuk tujuan membuka pintu gerbang alam bunian.

Keladi Hitam Wulung ini akan mengeluarkan air dengan sendirinya pada malam-malam tertentu terutamanya ketika bulan mengambang penuh 15 atau diistilahkan akan "Menangis". Jangan hairan apabila kadang kala ada kedengaran seakan suara gadis kecil seakan menangis manja jika anda menyimpan Keladi Hitam Wulung di rumah anda.

Air Keladi Hitam Wulung ini ada yang diritualkan untuk dijadikan Minyak Pengasih Keladi Hitam. Wallahu ahlam.

BOTOL TEMBAGA KUNINGAN



Botol Tembaga Kuningan. Antik dan mistik. Tembaga jenis tebal dan berat, mulut ngam-ngam saiz duit syiling RM50 sen.

Item jenis ini dicari orang untuk tujuan proses tarik dana dan bukannya senang untuk ditemui, jarang ada di pasaran. Mengikut guru-guru yang arif dalam proses, item jenis ini paling mudah digunakan dalam upacara tarik dana berbanding dengan item mistik jenis batu atau barang alami.

Hanya ada satu saja, siapa cepat dia punya dan bukan senang mau dapat ni terpaksa pujuk orang bunian yang menjaga harta ini.

BUAH KALUNG BATU GUNUNG BERAPI PINATUBO


Batu Gunung Berapi yang telah dicanai dijadikan Buah Kalung.Masih belum diikat, hanya Buah Kalung sahaja.

Kegunaannya adalah sama dengan Tasbih Batu Gunung Berapi Pinatubo, cuma bezanya buah kalung ini jika dipakai akan sentiasa menyatu dengan tubuh si pemakai dan auranya akan lebih cepat menyatu dengan diri.

Sesuai untuk pendinding diri dari gangguan jin syaitan,sihir dan niat jahat musuh, memulihkan sakit badan, menambahkan dan mengaktifkan kekuatan tenaga dalaman dan luaran.

Si pemakai tidak akan mudah merasa penat walaupun berjalan jauh atau naik Gunung Kinabalu, boleh bawa jika ada ekspedisi mendaki gunung dan rasakan kesannya sendiri. Jika ada sakit-sakit badan, lutut, pingang, tulang dan seumpamanya, Insya Allah akan sembuh.

Sesuai untuk semua peringkat usia dari kanak-kanak, orang dewasa, orang tua mahupun golongan nenek-nenek. Tiada pantang larang.

KALUNG BOBOHIZAN



Kalung Lama Bobohizan. Warisan orang lama suku  Momogun di Sabah. Manik buatan lama yang tiada lagi dipasaran sekarang.

Kalung dipasangkan dengan  Tulang Surui iaitu sejenis Burung Puaka yang dianggap mistik dan berpuaka,Kulit Harimau mati buragan dan Loceng tembaga lama.

Kalung ini digunakan oleh orang zaman dahulu untuk berhubung dengan alam halus dan alam jin, upacara perubatan tradisional, pemujaan, pendinding diri dari anasiar jahat, penggerun musuh, digunakan dalam peperangan dan lawan adu ilmu batin.

Sesuai dibuat koleksi mistik bagi yang berminat.

Khamis, 15 Januari 2015

GELIGA BAMBU TUMPAT


Geliga Bambu Tumpat atau Bambu Buntet. Bambu Tumpat yang menjadi batu,dicanai menjadi permata.

Sesuai untuk pakaian diri. Khasiat Bambu Tumpat,Insya Allah terkandung dalam geliga ini dengan aura yang berlipat ganda melebihi Bambu Tumpat biasa.Satu dalam seribu, jarang diperolehi item sebegini.

CINCIN NAGA MERAH


Cincin Naga Merah. Permata Cincin ada imej Naga Merah yang melingkar.Imej lengkap dengan kepala,ekor,kaki dan badan naga. Asli dan alami.

Naga menjadi lambang keagungan dan kekuasaan, wibawa diri,keberanian,kegagahan dan penakluk hati orang. Silat Gayung misalnya menjadikan lambang naga sebagai rahsia perguruan mereka. Masyarakat Tionghua pula menjadikan naga lambang keagungan dan kekayaan.

Sesuai untuk koleksi mistik kepada yang berminat atau dipakai dijari sebagai wibawa diri.Nilai mistiknya tetap ada bagi yang meminati Naga.

Selasa, 6 Januari 2015

GELIGA RATU BUNIAN


Geliga Ratu Bunian. Jika disenter dengan lampu, akan tembus cahaya pelbagai warna.Koleksi simpanan, tapi jika ada yang berminat mungkin dilepaskan.Jika dicanai boleh dapat 4 permata.

CINCIN GELIGA LABI-LABI


Cincin Geliga Labi-Labi. Asli alami tanpa dicanai. Untuk penawar segala jenis racun,gangguan sihir dan gangguan halus. Menawarkan ilmu jahat,menakluk hati orang,meraih simpati awam dan kasih sayang orang.

Menghilangkan rasa gentar,takut,resah gelisah dan jika digertak orang sekalipun tidak akan merasa gentar atau kecut hati.

Geliga ini boleh bertukar warna,kadang-kadang coklat,kadang-kadang puple,kadang-kadang kelabu kehitaman.Wallahu ahlam.

GELIGA BINTANG


Geliga Bintang. Untuk kekuatan tenaga,pendinding diri dari sihir.Jika dibawa bersukan atau berlawan tenaga si pemakai akan memiliki kekuatan berlipat ganda, tidak merasa penat,terhindar dari sakit badan, sakit tulang sendi,kuat tenaga batin dan menjadi kekal aktif cergas sepanjang ia memakai geliga ini,Insya Allah.

GELIGA TERAS KELAPA


Geliga Teras Pokok Kelapa. Pasangan paling baik untuk Geliga Tombong Kelapa atau Geliga Buah Kelapa.

TERAS STIGI LAUT MENJADI BATU


Akar Teras Kayu Stigi Laut yang telah menjadi batu atau membuntat. Buntat Teras Stigi Laut ini masih asli dan alami.Jika dicanai menjadi bijian Tasbeh atau Permata Cincin boleh dapat lebih 12 biji permata.

Segala khasiat dan kegunaan Kayu Stigi,Insya Allah terkandung dalam Buntat Teras Stigi Laut ini, malahan powernya lebih kuat dan berlipat ganda melebihi Kayu Stigi. Berkhadam alami dan barangan alam ghaib.

MINYAK BUNGA ASLI


Minyak Bunga Asli. Diproses dari pati bunga asli seperti bunga jasmin dan bunga ros.Kemudian dimasukkan doa khas untuk pelbagai tujuan khususnya untuk membuka aura daya tarik diri,mengekalkan aura barangan mistik dan berkhadam,pelaris diri dan kedai,mendamaikan suasana rumah,menarik minat khadam dan makhluk dari alam ghaib untuk mendekat dan menempati barang mistik.

Digunakan juga sebagai syarat menjaga dan mengekalkan power geliga ular,geliga lipan,geliga semut,geliga kala dan sewaktu dengannya.

GELIGA GEMUNGGAL KALIMAH ALLAH


Geliga Gemunggal Kalimah Allah. Mana nak cari barang mistik serupa ini...?, Berkalimah Allah dan ada cop mohor alam ghaib.

Insya Allah kebal asid, pendinding diri dari segala macam angkara jahat seperti sihir,ilmu hitam, gangguan jin,serangan racun dan niat jahat manusia.

KEMENYAN APEL JIN DAUN 11


Kemenyan Apel Jin Daun 11. Jarang diperolehi Kemenyan Apel Jin Daun Sebelas.

Persyaratan untuk upacara alam ghaib seperti panggil khadam barang mistik, tarik dana, tarik pusaka ghaib,tarik harta karun, perundingan dengan penjaga alam ghaib, membuka pintu alam ghaib dan sebagai upah makhluk ghaib bagi melakukan kerja-kerja mistik di alam mereka.

Boleh digunakan untuk memulihkan barangan mistik yang telah rosak,memanggil kembali  khadam barang mistik yang  lari,menguatkan aura dan power barangan mistik dan berkhadam.