Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 31 Ogos 2017

MEDIA PELIAS DAN SENJATA TIDAK MELETUP


Media Pelias dan senjata tidak meletup mengikut petua orang lama yang pernah terlibat dalam pertempuran bersenjata. Apapun, semua dengan izin tuhan jua.

1. Tombong Kayu
2. Raja Kayu
3. Puting Parang Patah
4. Bambu Tumpat
5. Rotan 1000

KERIS KECILBESI KUNING



Keris Kecil Besi Kuning. Siap ada kotak simpanan yang berwafak.

CINCIN AKIK KALIMAH ALLAH



Cincin Akik Kalimah Allah. Permata akik Kalimah, rambut tidak putus dibakar, telah diikat dengan ikatan besi berukir. Sesuai dipakai oleh paranormal, ahli ibadat dan zikrullah, pengamal perubatan tradisional dan para perukyah ketika mengubat pesakit atau melawan jin kafir.

Sangat tajam dan berbisa bagi makluk halus jika digunakan untuk membakar pandangan makhluk halus atau ditekapkan di jari-jari tangan dan kaki pesakit yang histeria.Serangan sihir dan jin jahat akan terpantul kembali dan menjadi lemah, musnah dan binasa akibat aura pemusnah Akik Kalimah Allah.

GELIGA BESI


Geliga Besi. Ditemui dari dalam seketul batu. Bongkahan batu yang berkoclak apabila dipecahkan ternyata mengandungi dua ketul ibu besi.Berguna untuk bahan campuran membuat senjata mistik seperti keris, pisau, badik dan sebagainya supaya beraura kuat, berkhadam dan mempunyai khasiat kebal dan kuat daya mistiknya.

Sebagai pelias tembak, senjata tidak meletup dengan izin Tuhan jua. Sesuai dipasangkan dengan Bambu Tumpat, Puting Parang Patah, Tombong Kayu dan Kayu Manang untuk bekalan diri dalam pertempuran bersenjata.

GELIGA KELAPA ( TOMBONG KELAPA )


Geliga Kelapa. Pusaka orang lama. Telah diuji menggunakan wang kertas satu ringgit dan lulus ujian memindahkan warna biru wang kertas ke permukaan geliga.

Pusaka lama yang tergolong dalam asbab anti basi, anti racun dan penawar racun, pelaris niaga, pelias.

Selasa, 29 Ogos 2017

CINCIN PERMATA CAT EYES


Cincin Permata batu Cat eyes atau Batu Mata Kucing. Penunduk, disayangi orang, kerezekian, kelancaran berurusan. Pendinding gangguan manusia, jin, binatang dan sihir. Memperbaiki aliran darah dalam badan, membuka aura putih dan meneutralkan aura negatif.

KULIT KIJANG PUTIH

Kulit Kijang Putih.

KULINTANGAN GONG



Kulintangan atau gong kecil. Asli tembaga buatan lama dan bukan dibuat dari zink atau lempengan. Usia sudah ratusan tahun.

GUSI DAN GADUR TEMBAGA



Gusi dan Gadur Tembaga Hitam. Pusaka orang lama. Sesuai disimpan sebagai barang pusaka bagi tujuan koleksi dan kerezekian atau ibu rezeki.

MINYAK GEMUNGGAL JERANGAU MERAH



Minyak Gemunggal Kelor dan Jerangau Merah. Khas untuk memulihkan gangguan jin syaitan, urat saraf terkena gangguan sihir, jin dan gangguan saka, badan lemah dan ngilu seakan dicucuk jarum, mati badan, terkena angin ahmar dan strok. Urut dan sapu, Insya Allah pulih dan gangguan keluar dari badan melalui jari-jari tangan dan kaki.

BATU PETIR BINTANG


Batu Petir Bintang. Jantan dan betina sepasang. Ditakuti jin jahat, memulihkan orang histeria, pemberani diri dan pemakai tidak merasa takut atau gentar berhadapan dengan lawan atau musuh, bawa bicara di mahkamah, pelias dan pendinding. Izin Allah jua.

BULU PERINDU CINTA MANI LAUT


Bulu Perindu Cinta Mani Laut hanya tumbuh di dasar lautan yang dalam. Segala hidupan laut suka mengerumuni dan seakan terpanggil berkumpul di pokok Bulu Perindu Cintamani Laut ini.

Kegunaan sebagai pengasihan dan pemanggil langganan kedai, pelaris jualan dagangan, disenangi dan disukai orang ramai, dikagumi kawan-kawan dan lawan, orang marah jadi sayang, orang benci jadi suka, bos sayang dan suka kita. Wallahu ahlam, hanya dengan izin Tuhan jua.


GELIGA MANI GAJAH DUA ALAM


Geliga Mani Gajah 2 Alam. Ibu Pengasih dan penunduk umum.

KAPUR MAKAN SALAMPITUK BALABAK


Kapur sirih makan pusaka dari Salampituk pengasas Pugai Balabak. Diwarisi melalui keturunan Salampituk dari Pulau Balabak.

Kegunaan sebagai pugai pengasih,pelaris niaga, ibu duit dan tarik duit.

GELIGA KAYU MANANG


Geliga Kayu Manang. Pendinding sihir, pemanis diri, keunggulan diri, kemenangan dalam bidang yang ditandingi dan terpandang tinggi oleh khalayak umum.

CINCIN BATU BUNTAT TERAS KELOR


Cincin Buntat Teras Kelor. Koleksi simpanan untuk ditukar milik kepada yang berkenaan. Ikat perak asli.

BATU TERAS KELOR

Teras Kelor yang menjadi batu. Raja segala pendinding dari sihir, santet, pelias, racun dan serangan ghaib. Mengubati gangguan jin, sihir dan memusnahkan gangguan saka serta ilmu hitam.