Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 24 Mei 2012

BUNTAT HALIA



Buntat Halia ni berkhadam dan alami. Halia asli bukan simen buatan dan ada dua biji saja. Asalnya dari halia biasa yang telah menjadi kayu/batu dan sangat keras. Khasiatnya lebih kepada perubatan dan sebagai ibu duit serta pelaris niaga.Dapat digunakan sebagai ubat penyakit berkaitan angin dan masalah urat saraf.

Jika dibuat pelaris atau ibu duit, sangat baik untuk digabungkan dengan kunyit hitam dan disimpan dalam kotak simpanan wang.Aroma halia masih ada pada buntat ini.Jika direndam dalam air mineral keadaan air akan berubah warna kekuningan seakan air halia dan ada rasa halia tetapi buntat tetap dalam keadaan asal keras dan asli. Awas...jangan digigit kerana gigi boleh patah dan rongak.

GELIGA BUAYA



Geliga Buaya agak jarang diperolehi tetapi dipercayai memiliki tuah kekuatan tenaga zahir dan batin. Geliga Buaya jika dipadukan dengan Ilmu Lempar Buaya ( sejenis ilmu kekuatan tenaga fizikal ) maka seseorang pengamal itu akan memiliki kekuatan tenaga yang luar biasa, kuat dan mampu mengangkat benda berat atau menewaskan musuh yang ramai jika dikeroyok.

 Jika air rendaman Geliga Buaya selalu diminum, maka tenaga kelelakian akan berlipat ganda terutamanya jika diamalkan bersama Amalan Ilmu Tangkur Buaya ( ilmu kekuatan tenaga batin berasaskan jampi dan zakar buaya ). Geliga Buaya juga boleh direndam dalam minyak zakar buaya untuk dibuat minyak urut kasi karas tahan lama barang laki-laki. Ada seorang kawan yang mengamalkan amalan ini dan daya tahan tarungnya menjadi luar biasa. Perempuan nda manahan, mana tidak kalau dia main ranjang dari pukul 1 pagi sakali baranti budak sekolah mau pigi sekolah sudah ( jam 7 pagi ) sampai bininya kasi suruh dia kawin lagi sabarapa banyak saja. Tapi bikin susah juga, sebab kawan tu dah kawin 2 kali selain bini pokoknya kedua-dua bini muda tu lari dari rumah nda manahan padahal usia bininya yang paling muda baru 17 tahun. Kasian juga aku sama dia, mau main bini tua sudah nda manahan ada ampus pula tu, kawin lagi sampai dua nda dikasi main talampau lama dan nda pandai kapuasan. Akhirnya dia pigi naik otel, parampuan otel pula halau dia nda manahan, nda pandai kaluar karas saja noget-noget barangnya. Bikin susah juga kan...

Jadi kalau gunakan Geliga Buaya ni biarlah sederhana, agak-agak dah cukup power kasi barantilah ba, jangan sampai balabih power nanti marana badan bini bini lari apa guna power tu nda juga dapat diguna.

Kahhhh.kah.kah.....( ketawa aku cikit-cikit dalam ati ), jangan kasi tau urang ah geliga ni sudah ku kasi tapa dalam minyak disampur dengan tangkur buaya mati budar ( Zakar buaya mati beragan ) balik-balik aku minta cuti ama bos mau balik kampung saja. Ini kalilah....

ULU KERIS ANTIK PATUNG SILUMAN JADIAN



Ulu keris ini buatan lama tapi masih nampak cantik dan antik. Ulu keris ini bermotif dua Patung Siluman Jadian. Satu imej patung ini seakan rupa seekor tanggiling dan satu lagi imej menyerupai orang atau kera yang duduk mencangkung. Patung Siluman Tanggiling berpaut dan memeluk Patung Kera Silmuan.

Ulu keris ini anggaran usianya melebihi 500 tahun dan berdasarkan motif buatannya kemungkinan ulu keris ini dulu pernah dimiliki oleh golongan kesatria atau raja.

PUGAI BINATANG


Pugai Binatang ini dirumus khas untuk kegunaan memburu dan menjinakkan binatang yang liar. Jika untuk memburu, pugai ini titiskan pada tanah bekas tapak kaki binatang buruan dan tancapkan sebatang kayu di tanah bekas tapak kaki binatang tadi, lepas itu siram dengan air dan tunggu di kawasan itu seketika. Binatang akan terpanggil untuk datang ke tempat itu, apa lagi tembaklah. Kalau pasang jerat atau perangkap pula, carilah daun kayu yang telah dipijak atau dimakan oleh binatang titiskan pugai binatang dan letakkan daun tersebut dalam perangkap, binatang akan datang menyerah diri masuk dalam perangkap.

Kalau mau kasi jinak binatang piaraan yang liar dan gila-gila, ambil sedikit garam dan titiskan pugai binatang pada garam tersebut, kasi makanlah sama sapi, kambing, kerbau, ayam kah, anjing kah yang liar mesti jadi jinak.

Tapi...buleh juga pugai ni bikin kasi pugai urang, urang yang kana macam binatang juga jadi jinak, nda liar, nda ganas dan do know saja bila tamakan pugai ini.

SARANG BURUNG TEMPUA BORNEO




Sarang Burung Tempua Borneo ini masih baru lagi, yang satu tu masih hijau lagi baru abis kontrak burung tempua tu buat rumahnya sudah kana kebas. Sarang burung ini diperolehi dari kawasan pendalaman Borneo. Pelik bin ajaib kawanan burung tempua ini hanya bersarang pada sepohon pokok Acacia Mangium ( bilang urang Sabah kayu Safoda ) jadi kalau ada yang mahu sarang burung tempua ini, stok masih ada, rakyat tempua tu masih sibuk buat sarang mereka.

Kononnya, di kawasan burung tempua bersarang akan ada ular menjaga pohon kayu tersebut dan kebetulan perkara ini memang benar. Pokok Acacia tersebut memang terdapat ular di bawah pokoknya, mangkali jadi Pengawal Keselamatan rakyat tempua. Salah satu sarang tempua ini di dalamnya ada beberapa ketul batu ( Batu Geliga ba itu....) berwarna kehitaman tapi lain kali aku upload juga dalam blog.


Sarang Burung Tempua dipercayai mempunyai khasiat mistik bagi yang mengetahui. Ia menjadi media tuah pelaris niaga bagi pemiliknya, sebab itu ada premis niaga yang menjadikan sarang burung tempua sebagai hiasan kedai. Selain dari itu, sarang tempua juga boleh digunakan sebagai media untuk  memanggil semangat urang yang lari dari rumah atau memanggil semangat kekasih yang jauh agar kembali kepada kita. Sarang ini jika tahu caranya, khadamnya akan mampu memanggil khadam angin untuk menyampaikan rasa hati dan membuatkan orang yang jauh teringat dan terpanggil rasa rindunya. Kasi masuk saja gambar dia dalam sarang burung tempua dan kasi baca baca lah Doa Panggil Sumangat banyak-banyak. Akibatnya, nangislah ba kau...ingat mau pulang nda katahanan, semua ini gara-gara sarang tempua.

Kalau kamu mau piara batu geliga, macam geliga lipan, geliga delima, geliga kala jengking atau geliga burung, sarang burung tempua ini sangat berguna. Caranya simpan saja geliga kamu dalam sarang ini berserta sejenis minyak ( aku saja tau... ) dan ritualkan selalu, Insya Allah power geliga akan mantap, khadamya akan menempel dan khasiat geliga akan dapat dipulihkan kembali.Pelik kan...tapi benar...

Kamu tau kah..? sarang burung tempua ni kalau dipadukan dengan Pugai Balabak Angin bikin panggil dan kasi pugai anak urang, bahaya....ni..., lautan Balabak kan ku renangi bukit Banggi kan ku daki boleh talanjang lari memanggil nama kita, kasian juga kannnn....Jadi kamu anak-anak perawan tu jangan kamu sumbung sikit-sikit ludah urang. Kalau bikin kasi tapa Pugai Balabak Ampopituk ngam betul ni.

AKAR BAHAR ADA GELIGA




Akar Bahar adalah sejenis tumbuhan di dasar lautan yang tumbuh di atas batu karang atau terumbu karang. Ganjilnya akar bahar ni ialah keadaannya seakan-akan kayu akar tetapi seakan-akan batu tetapi bukan kayu dan bukan batu, jadi apalah kono...?.Akar Bahar ada yang ada batu geliga jika telah cukup matang. Batu Geliga Akar Bahar ini boleh terdapat di akar pokok, di tengah atau bergayut di pucuknya mana-mana dia suka. Urang ingat ini batu biasa, luar biasa ini mana ada tumbuhan yang tumbuh atas batu kecuali cenuai batu dan buluh perindu pulau. Jadi kalau kamu mau tau, akar bahar ini boleh buat minyak pugai macam cenuai juga, kalau dicampur kayu balabak ba.....karas macam batu pun hati si anu, jadi lembut juga dan cintanya jadi seteguh karang di laut ( ada lagu dangdut seni katanya macam ini ).

Asal-usul akar bahar ini kononnya adalah dari sejenis akar dari cemeti sulaiman yang digunakan oleh Nabi Sulaiman untuk membelenggu dan mengikat jin yang dihukum kerana membuat jenayah. Jin atu dicampak dan dipenjarakan di dasar laut dan belenggunya adalah akar bahar. Justeru itu, jin-jin akan fobia bila saja nampak akar bahar ini. Khasiat akar bahar antaranya ialah ditakuti jin penjenayah dan syaitan, anti ilmu hitam dan sihir, bikin ramuan pugai,bikin gagah dan kuat tenaga ( sebab itu ada urang-urang andalan silat terutamanya urang Bugis suka pakai akar bahar bikin gelang, maknanya handal sudah dia itu jangan kamu main-main ).

Satu lagi kan saya kasi tau kamu ini ilmu semua dari tuhan juga. Kalau ada urang histeria degil jin yang merasuk tu tubal dan nda mau kaluar,kamu bakar ini akar bahar kasi hidu atau buleh juga kamu kasi injik akar bahar di tapak kaki atau di punggungnya ( bilang urang Sabah di pantatnya ) macam Doktor kasi injik pesakitnya, kamu tarailah dan lihat sandiri, ndalah aku mau sakap di sini tariak takancing-kancing jin tu minta ampun.

Panjang carita...Geliga Akar Bahar tu juga banyak khasiat, kalau bikin tumbuk urang boleh kancing darah dan buleh lumpuh lemas lawan atu, anti sihir dan sukang racun ditakut jin macam akar bahar juga. Kalau Akar Bahar Nimang pula, kalau disimpan di rumah dan diasmakan dengan Ayat Pasung Pencuri iaitu, Summun Bukmun..... dan seterusnya atau dibacakan apa-apa ayat, nda bacapun ok juga pancuri akan mundar-mandir nda dapat kaluar setelah dia mancuri, kalau diritualkan dengan Ilmu Tembok Sulaiman pula pancuri atu akan baranang di darat lepas mancuri seolah-olah dia dalam lautan dalam, baranang kesiangan nda kau lamas siapa suruh mencuri, kamu tarailah...

TONGKAT ALI HITAM BUNIAN KINABALU




Tongkat Ali Hitam ini sangat ganjil, mistik dan ajaib. Selalunya Tongkat Ali akarnya berwarna putih kekuningan, tetapi yang ini macam arang kuali. Maklumlah ba kalau barang bunian ni selalunya yang hitam hitam yang diorang mahu.Ini digelar Raja Tongkat Ali macam Kunyit Hitam dan Sirih Hitam juga semuanyaa milik orang-orang bunian. Mangkali Tongkat Ali jenis ini selalu diminum oleh laki-laki bunian sebab itu diorang nda parnah lemah tenaga batin atau mati pucuk sentiasa ada power saja, ampun-ampun jangan katulahan.

Tongkat Ali jenis ini satu dalam sejuta, inipun ada 2 batang saja laki bini. Tongkat Ali ini sangat berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat lelaki, barang tunduk malu dan bengkok nda katantuan, barang memendek kecut mengecil, ba..inilah ubatnya. Kalau ada laki-laki yang nda mau idup barangnya mangkali kana Ilmu Keladi Mati ( ilmu bikin mati barang laki-laki ) sanang saja, pakai ini Raja Tongkat Ali, kasi minum dia, Insya Allah ilmu Keladi Mati itu akan luntur dan barang atu manjadi kancang manandang-nandang dari dalam saluar.

Tongkat Ali Hitam Bunian ini juga berkhasiat untuk menjadi penawar racun, penawar lemah-lemah badan, lemah urat saraf, lumpuh angin ahmar, batuk darah, darah nyeri kabas-kabas badan, sakit lutut, sakit pinggang dan keracunan. Tongkat Ali Hitam ini juga penawar ilmu hitam berkaitan kelelakian dan kalau diikat dipinggang sama sisik tanggiling budar, wui... kancang dan nda sakit pinggang, tujuh bukit tujuh lembah boleh badayung di darat nda pandai panat macam tanggiling.

Kepada yang mau dan minat ilmu proses.... ba tanya guru kamu atu, suruh dia scan jarak jauh mangkali ngam sama dia buat proses, tapi jangan kamu tarik powernya nanti Raja Bunian pemilik Tongkat Ali Hitam ini marah ama kamu.

Jumaat, 18 Mei 2012

CINCIN GELIGA RATU ULAR CINTAMANI



Geliga Ratu Ular Cintamani ini sangat berkhasiat untuk pelaris dan pengasihan. Ular Cintamani adalah binatang yang paling dikasihi oleh segala binatang hinggakan ia tidak perlu mencari makan dan hanya diberi makan oleh binatang-binatang lain seperti burung dan haiwan-haiwan kecil lain. Walau bagainanapun geliga yang dipaparkan ini adalah jenis Ular Cintamani Berkepala Dua yang amat jarang dijumpai tetapi wujud dalam dua alam iaitu alam ghaib dan alam nyata.

Geliga Ular cintamani ini masih ada imej ular Cintamani Berkepala Dua dalam geliga yang telah dijadikan permata cincin ini. Kononnya ular Cintamani Berkepala Dua jika kita menumpainya dan kita menekan dengan lengan kita dibadannya, maka ia akan menjadi gelang emas melingkar di lengan kita. Barani kamu buat kalau jumpa ular begini...?, sebaliknya jika kita menekannya dengan kayu, ular Cintamani Berkepala Dua akan menjadi tembaga kuning. Dipercayai orang yang memiliki ular cintamani mistik ini akan menjadi seorang yang kaya raya, senang lenang dan bertuah dalam hidupnya, tidak akan susah selama-lamanya dan akan menjadi pemimpin atau raja dalam hidupnya.Wallahu ahlam.

Khamis, 17 Mei 2012

TERAS KAYU TAS




Teras Kayu Tas atau bilang orang Sabah Lugu Kayu Limpanas ini agak ganjil dan mistik. Selalunya kayu tas tidak berteras dan jika ada ia satu dalam sejuta atau agak mustahil untuk diperolehi. Kayu Limpanas ini berguna untuk perlindungan diri dari binatang buas seperti ular, harimau, gajah liar dan lain-lain binatang liar. Kayu Limpanas juga berguna untuk pendinding diri dari anasir sihir dan ilmu hitam yang menggunakan jin, syaitan, polong, balan-balan, hantu kokok dan sebangsa dengannya.

Lugu Kayu Limpanas ini berasal dari kawasan pergunungan Kinabalu, Sabah dan hanya ada satu sahaja. Kayu ini bersifat panas, maksudnya jika digunakan untuk memukul orang, efeknya boleh melumpuhkan badan dan mematikan urat syaraf. Ular jika dipukul dengan kayu tas akan mati walaupun hanya tersentuh oleh kayu tas. Jadi jika ada kayu tas di rumah, Insya Allah ular tidak akan masuk dalam rumah, jika di bawah masuk hutan binatang buas akan menyingkir, jika dibuat mata cincin sihir dan ilmu hitam akan terhindar. Macam-macam lagi kegunaannya.

Sabtu, 12 Mei 2012

PERMATA CINCIN BATU JADE KINABALU DAN BATU AIR KINABALU



Permata cincin Batu Jade Kinabalu dan Batu Air ini adalah asli dari kawasan gunung Kinabalu. Ia telah dicanai sebagai permata cincin atau buah loket. Batu jade ni kalau urang Cina bikin fengshui keselamatan kono dan menjadi lambang status seseorang. Batu Air pula bersifat sejuk dan boleh membawa ketenangan fikiran kepada si pemakai. Kedua-dua jenis batu ini ada aura tersendiri dan ada daya penarik kerezekian serta berguna untuk menstabilkan aliran darah dalam tubuh badan seseorang.Wallahu Ahlam Bissawab.

CINCIN BATU FIRUZ HIJAU




Cincin Batu Firuz Hijau ini nampak bergaya dengan ikatan perak tulen. Kalau kamu minat pakai cincin batu firuz, bilang urang tuah kerezekian akan selalu ada, sentiasa mendapat perhatian dan pertolongan orang. Batu firuz juga banyak khasiatnya kepada si pemakai antaranya dipercayai, si pemakai dengan izin Allah boleh terselamat dari lemas di air. Jadi kalau kamu nda pandai baranang tapi minat mamancing ikan atau pigi laut, pakailah cincin batu Firuz.Kalau perahu karam pun kamu lantung-lantung saja nda lamas dan selamat sampai ke rumah.

Batu Firuz juga kalau dipakai sangat berguna untuk kesihatan sistem dalaman badan dan menenangkan fikiran. Kalau yang selalu stress tu akibat banyak utang atau nda mangana numbur atau selalu kana tarumpit bini-bini, pakailah cincin firuz, mesti fikiran tenang, senyum-senyum saja isap rokok kirai sambil tengok-tengok permata cincin walaupun banyak utang dan do know saja walaupun bini nombor satu kasi tariak dan kasi tarumpit maut.

CINCIN GELIGA ULAR




Cincin Geliga Ular ini barang lama dan antik. Maklum lah ba urang dulu-dulu bukan paduli cantik kah atau tidak ikat cincinnya, yang penting dapat jadi cincin. Walaupun ikatannya nda cantik, tapi geliganya berharga dan ori, nampak antik dan mistik. Cincin Geliga ular ini dulunya milik seorang pengamal perubatan tradisional. Dia memperolehi geliga ini dari muntahan ular sawa yang besar macam paha. Ular tu  mencuri ayam dalam reban ayamnya, tapi sebelum makan ayam ular tu telah memuntahkan sebiji batu geliga. Urang tu nda jadi membunuh ular sawa tu apa bila ular itu berkelakuan agak ganjil dan misteri, dibiarkannya saja ular sawa itu makan ayamnya dan berlalu pergi menghilang. Selepas mengambil geliga ular, malamnya urang tu bermimpi seorang lelaki menemuinya dan menerangkan mengenai geliga ular yang diperolehinya.

Batu geliga ini sebahagian dari batu geliga yang dimuntahkan si ular sawa.Banyak gunanya geliga ini, antaranya mengubat bisa gigitan ular, penawar sakit-sakit badan  dan urang kerasukan hantu syaitan. Penawar dan pendinding diri dari ilmu hitam dan sihir.Bikin membawa tuah kepada si pemakai, bikin tahan badan ( penimbul ) dan kuat tenaga kalau bawa bapukul sama urang yang main karoyok.

Aku kira mau tukar ikatnya, tapi kalau ditukar macam hilang pula antiknya, jadi aku biar sajalah. Walaupun nda cantik tapi mistik dan antik.

GELIGA HELANG


Geliga burung Helang ini diperolehi dari sarang burung helang yang telah ditinggalkan oleh si burung helang anak beranak. Nda basar, saiznya sebesar dua jari orang dewasa dan panjangnya macam separuh tu mouse komputer, lupa ba aku ambil gambar bandingan, jadi main agak-agak saja.


Geliga Helang ini kununnya berguna untuk merabut paluang dalam kehidupan, apa urusan kita selalunya manyangkut, macam kuku helang juga. Kalau ada anak-anak yang sawan, sanang saja tangas batu ini dengan asap kamanyan dan kasi asap budak tu, sawannya akan hilang. tapi janganlah ba talampau banyak asap, nanti talabih sudah bilang si Stacy  AF, lamas pula budak tu, aku pula kamu salahkan.

Satu lagi kan... ( amaran...: jangan kamu ikut ajaran ini, nda ku tanggung dusa kamu, tanggung sandiri ) kata urang kono batu helang ini kalau bikin kasi mandi ayam sabung tiap-tiap pagi sebelum ayam tu dijamur, bikin barani ayam, nda pandai rega ayam tu, basabung sampai mati dan lagi ayam lawan jadi takut, kanampakannya helang yang dilawannya.lucu juga ayam tu... kana silap matanya maklumlah ba ayam sama helang kan musuh katat.

CINCIN KAYU MENANG MERAH



Cincin ini ikatannya adalah dari perak asli gaya moden. Mata cincin adalah dari kayu menang atau Kayu Manang Merah bilang orang Sabah. Kayu Menang ini adalah dari jenis kayu menang melawan arus dan hanya boleh diperolehi ketika musim banjir naik terutamanya antara bulan 12 hingga Januari. Kayu jenis ini sifatnya akan bertahan dan melawan arus jika berada di atas air berarus atau air mengalir.

Kayu Manang jenis ini berguna untuk menaikkan status dan tuah seseorang. Apa sahaja yang dilakukan si empunya kayu ini, Insya Allah akan sentiasa menang dan berjaya. Jika berniagaa perniagaannya akan laris dan manang dari saingan, jika bertanding dalam sesuatu peraduan, Insya Allah menang. Jika berpolitik Insya Allah akan sentiasa dihormat, menang dan kata-kata didengar orang. Jika dibawa pertandingan nyanyian, macam Pertandingan lagu Kaamatan, manang ba... tapi mau juga urang yang pandai balagu dan merdu suaranya. Kalau suara macam suara kambing, nda buleh juga manang cuma manang paminat la bah...

Satu lagi, kayu manang ini buleh dibawa lawan bicara di Mahkamah, kalau ada bicara rabut-rabut tanah, ba.. pakai ini cincin. Tapi kan..ada satu kawan tu jajal juga ba, dia bawa kayu manang pigi main jakpot. Kamu tau kah...?, dia manang 3 kali main jakpot, yang las tu satu numbur lagi lurus sudah jakpotnya, tapi Tuhan nda mau ba.. bagitu, haram ba judi tu. Jadi lama-lama kayu manangnya tu hilang sandirinya sebab waktu itu belum dibuat cincin. Sakarang taubat sudah kawan tu, nda jajal lagi. Syukurlah nak...

Kalau kamu mau cincin ini, buking capat-capat dan kalau mau diisi ilmu, kasi tau ilmu apa, ilmu suara ?.. ada ilmu suara Nabi Daud, ilmu pengasih..? ada ilmu pengasih Nabi Yusuf, ilmu politik dan kepimpinan..? ada ilmu Mahkota Nabi Sulaiman. Nda ada kurang, tapi mesti yakin....manang.

Tapi kan... kalau urang tu dua dua pakai kayu manang dan kemudian balawan, alamat nda ada pamanang, draw saja atau bilang urang kita seri atau kalau manang, manang nasib saja.