Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Jumaat, 18 Mei 2012

CINCIN GELIGA RATU ULAR CINTAMANI



Geliga Ratu Ular Cintamani ini sangat berkhasiat untuk pelaris dan pengasihan. Ular Cintamani adalah binatang yang paling dikasihi oleh segala binatang hinggakan ia tidak perlu mencari makan dan hanya diberi makan oleh binatang-binatang lain seperti burung dan haiwan-haiwan kecil lain. Walau bagainanapun geliga yang dipaparkan ini adalah jenis Ular Cintamani Berkepala Dua yang amat jarang dijumpai tetapi wujud dalam dua alam iaitu alam ghaib dan alam nyata.

Geliga Ular cintamani ini masih ada imej ular Cintamani Berkepala Dua dalam geliga yang telah dijadikan permata cincin ini. Kononnya ular Cintamani Berkepala Dua jika kita menumpainya dan kita menekan dengan lengan kita dibadannya, maka ia akan menjadi gelang emas melingkar di lengan kita. Barani kamu buat kalau jumpa ular begini...?, sebaliknya jika kita menekannya dengan kayu, ular Cintamani Berkepala Dua akan menjadi tembaga kuning. Dipercayai orang yang memiliki ular cintamani mistik ini akan menjadi seorang yang kaya raya, senang lenang dan bertuah dalam hidupnya, tidak akan susah selama-lamanya dan akan menjadi pemimpin atau raja dalam hidupnya.Wallahu ahlam.

11 ulasan:

  1. Salam, brapa maharnya tuan?

    BalasPadam
  2. RM 1500 ( Free sebagai hadiah Minyak Pengasih Cintamani Bunian mahar RM 370 + Kayu Cintamani Bunian mahar tebus RM 250 + Kayu Cintamani Laut mahar tebus RM 150 )

    BalasPadam
  3. punya mahal...

    knp mahal betul ni....

    benda free tu x masuk akal la..

    myk zafron yg cair pun rm rm40 lbh ja..

    baca 3Qul and selawat sapu di permata/geliga/buntat...

    al-quran freee datu bacaan dia....

    tekejut betul sy bosss.....
    ni bkn harga mampu milik
    ni harga cekik ni...



    BalasPadam
  4. Memanglah mahal bro kalau barang mistik yg ori, malahan ratusan ribu pun ada. Apalah ko ni...mau barang baik baru ratusan ringgit dianggap mahal, lainlah kalau barang recircle dari bunian atau barang isian RM 40 pun ada.

    Kayu Cintamani Bunian tu dapat pun cara mistik sewaktu menebang balak, kayu tu menembusi batang balak. Diambil separuh saja, separuh lagi ghaib di depan mata dlm sekelip mata. Kayu ini digelar juga Manang Cintamani dan berkhadam bukan kayu main pungut je.Banyak khasiatnya bagi yang tahu.

    Cintamani Laut pula berasal dari dalam laut, kayu tu tumbuh di dasar laut dalam dan apabila tercabut ia timbul dan hanyut melawan arus, bukan macam akar bahar yang akan tenggelam bila tercabut. Jadi saya anggap berbaloi mahar sedemikian jika dibandingkan dengan kayu ni yang mungkin hanya ada satu di dunia. Ada ko dapat kayu begini dalam mana-mana blog?

    Geliga Cintamani yang berimej ular melingkar saya rasa tiada dalam mana-mana blog. Kalau orang arif dalam barang mistik dia hanya perlu scan di skrin komputer saja dan tentu dia tahu nilai mistiknya dan harga jadi persoalan kedua, lainlah kalau yang main hentam saja tentu dia tak tahu keaslian dan mistiknya. Kata orang hanya Jauhari Mengenal Maknikam.

    Geliga Ular ada orang jual hingga RM 25,000 dan ada juga yang jual batu fosfor RM100 - RM300 yang terang bercahaya dalam gelap, kononnya geliga ular. Main benda mistik bro, mesti boleh scan nilai mistiknya baru boleh dapat yang ori.Harga mahal barang ori berbaloi, harga murah barang tak ori rugi.

    Minyak Cintamani tu tak usah kau bandingkan dengan ayat al Quran. Ayat al Quran bukan untuk dijual beli. Ramuan minyak tu adalah pelbagai jenis ramuan bahan dan minyaknya pun diproses dan dibuat sendiri, jadi maharnya pun ratusan ringgit juga. Kalau kau tak mampu, mahar boleh runding sampai kau mampu, yang penting keikhlasan.

    Salam persahabatan dari saya. Wassalam.

    BalasPadam
  5. betul ..hanya Jauhari Mengenal Maknikam .. jika dinilai maharnya lebih dari 1500.00 ,

    Salam persahabatan dari saya .. orang kk

    BalasPadam
  6. cekiklah harga kau be'
    bgi diskaun sikitlah bha
    bru chantek mau urusan jualbeli

    BalasPadam
  7. Jangan lah dianggap barang seperti ini umpama mencari baju di rumbingan.
    Di mana nilai keindahan sesuatu barang mistik jika harganya mahu disamakan dengan batu plastik atau kayu buatan.

    Kalau mahal inda apa, cukup sekadar bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenali dan belajar tentang batu ini kan. Inda salah bah kan kalau dibuat macam tu.... alhamdulillah.. terima kasih tuan sangkula...

    BalasPadam
  8. sudah dmaharkan atau masih ada lagi?

    BalasPadam
  9. Cri sendri kalau mau murah.benda mistik ddpn mata 1500 harga berpatutan.kalau mncari tak akan trjumpa kalau tak prcaya cuba sendiri
    Salam perkenalan dari saya Mysteryman

    BalasPadam
  10. Masih Ada lg tk?kalo Ada SMS sy 0163094384

    BalasPadam
  11. Salam tuan,sudah di maharkan atau belum?

    BalasPadam