Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 12 Mei 2012

CINCIN KAYU MENANG MERAH



Cincin ini ikatannya adalah dari perak asli gaya moden. Mata cincin adalah dari kayu menang atau Kayu Manang Merah bilang orang Sabah. Kayu Menang ini adalah dari jenis kayu menang melawan arus dan hanya boleh diperolehi ketika musim banjir naik terutamanya antara bulan 12 hingga Januari. Kayu jenis ini sifatnya akan bertahan dan melawan arus jika berada di atas air berarus atau air mengalir.

Kayu Manang jenis ini berguna untuk menaikkan status dan tuah seseorang. Apa sahaja yang dilakukan si empunya kayu ini, Insya Allah akan sentiasa menang dan berjaya. Jika berniagaa perniagaannya akan laris dan manang dari saingan, jika bertanding dalam sesuatu peraduan, Insya Allah menang. Jika berpolitik Insya Allah akan sentiasa dihormat, menang dan kata-kata didengar orang. Jika dibawa pertandingan nyanyian, macam Pertandingan lagu Kaamatan, manang ba... tapi mau juga urang yang pandai balagu dan merdu suaranya. Kalau suara macam suara kambing, nda buleh juga manang cuma manang paminat la bah...

Satu lagi, kayu manang ini buleh dibawa lawan bicara di Mahkamah, kalau ada bicara rabut-rabut tanah, ba.. pakai ini cincin. Tapi kan..ada satu kawan tu jajal juga ba, dia bawa kayu manang pigi main jakpot. Kamu tau kah...?, dia manang 3 kali main jakpot, yang las tu satu numbur lagi lurus sudah jakpotnya, tapi Tuhan nda mau ba.. bagitu, haram ba judi tu. Jadi lama-lama kayu manangnya tu hilang sandirinya sebab waktu itu belum dibuat cincin. Sakarang taubat sudah kawan tu, nda jajal lagi. Syukurlah nak...

Kalau kamu mau cincin ini, buking capat-capat dan kalau mau diisi ilmu, kasi tau ilmu apa, ilmu suara ?.. ada ilmu suara Nabi Daud, ilmu pengasih..? ada ilmu pengasih Nabi Yusuf, ilmu politik dan kepimpinan..? ada ilmu Mahkota Nabi Sulaiman. Nda ada kurang, tapi mesti yakin....manang.

Tapi kan... kalau urang tu dua dua pakai kayu manang dan kemudian balawan, alamat nda ada pamanang, draw saja atau bilang urang kita seri atau kalau manang, manang nasib saja.

5 ulasan: