Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 26 Januari 2015

KELADI HITAM WULUNG


Keladi Hitam Wulung. Hitam hampir menyamai arang kuali atau kain hitam.Satu lagi item mistik yang sukar dicari dan diperolehi, masih hidup dan berdaun segar.

Koleksi peribadi simpanan keluarga, tapi jika kena gaya mungkin rezeki anda.

Keladi Hitam Wulung banyak kegunaanya. Antaranya adalah sebagai media menolak gangguan sihir, gangguan jin jahat dan ilmu hitam, pendinding rumah daripada pencuri dan ilmu pukau.

Ada juga guru-guru tarik yang mencari keladi jenis ini untuk tujuan pertukaran harta karun di alam ghaib dan untuk tujuan membuka pintu gerbang alam bunian.

Keladi Hitam Wulung ini akan mengeluarkan air dengan sendirinya pada malam-malam tertentu terutamanya ketika bulan mengambang penuh 15 atau diistilahkan akan "Menangis". Jangan hairan apabila kadang kala ada kedengaran seakan suara gadis kecil seakan menangis manja jika anda menyimpan Keladi Hitam Wulung di rumah anda.

Air Keladi Hitam Wulung ini ada yang diritualkan untuk dijadikan Minyak Pengasih Keladi Hitam. Wallahu ahlam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan