Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 5 Januari 2012

GELIGA NASI

Geliga Nasi ni dijumpai ketika makan nasi. Yang besar tu jumpa ketika makan nasi di rumah di Kota Marudu. Yang kecil tu jumpa beberapa bulan kemudian ketika makan makan nasi di rumah di Kota Kinabalu. Jadi dikumpulkan dalam satu simpanan. Selepas beberapa minggu disimpan bersama, aku mimpi Geliga Nasi diuji tembak bersama-sama Tanduk Pelanduk ( Malam kemarin aku mimpi ) dan tidak kena ditembak. Lulus ujian tembak. Mungkin geliga ni berpasang atau becinta kali, jadi kata orang pandai-pandai kalau begini kono maknanya geliga ni laki bini.Geliga pun pandai belaki dan bebini. Mungkin lepas ni pandai beranak pinak kali...Tapi kira-kira kalau ada uji cuba aku mau uji tembak geliga ni pakai senapang.

Maknanya, Geliga Nasi ni berguna untuk Pelias atau tidak kena ditembak atau disihir. Ia juga berguna untuk penarik rezeki.KOLEKSI.

6 ulasan:

  1. Cuba simpan geliga beras tu dlam air limau . klau batu tu berbuih itu tandanya geliga beras asli .. saya pun ada satu ..
    sya org sbah juga . .

    BalasPadam
  2. Syah ada minat mau mahar kah? saya berminat, untuk kaum kami sarawak sini tanam padi berguna

    BalasPadam
  3. bagaimana merawat atau pelihara geliga ini bos?

    BalasPadam
  4. Sia ingin tau apa beza geliga nasi dgn geliga beras. Orang tua bilang kalu kita ada geliga nasi atau geliga beras, seumor hidup ndak susuh mau cari makan bah, sentiasa ada makanan di rumah...

    BalasPadam
  5. Setiap benda yg dimiliki tergantung dri org yg punya,biar punya buntat atau geliga nasi maupun beras,klu fk mau krja gmna mau dpat makan,

    BalasPadam
  6. Semua tergantung pada yg punya benda,jika dirawat dgn baik pasti dapat keberkahannya,tpi jika dibiar begitu aja maka gak ada juga mamfaatnya,apalagi klu gak mau krja,mau makan apa.

    BalasPadam