Besi Kapal Nakhoda Ragam. Besi ini diperolehi dari Pulau Balabak pemberian seorang berbangsa Molbog ( Balabak Asli ) keturunan Silampituk pencipta Pugai Balabak. Menurut legendanya, sewaktu Nakhoda Ragam atau Sultan Bolkiah Brunei meluaskan empayar Brunei ke Kepulauan Sulu dan Balabak, baginda telah menakluk beberapa negeri dan pulau sehinggalah baginda sampai di perairan Pulau Balabak. Baginda menghantar utusan ke Raja Balabak dan meminta pulau itu mengakui pertuanan Brunei. Silampituk yang merupakan Puteri yang menguasai Pulau Balabak telah enggan mengakui pertuanan Raja Naragam dan mencabar Raja Naragam jika baginda cuba mendekati Pulau Balabak, kapalnya akan terkandas di laut dan tidak akan mampu mendekati Pulau Balabak atau berpatah balik. Nakhoda Ragam menyahut cabaran Silampituk dan ternyata sumpahan Silampituk benar. Kapal Nakhoda Ragam benar-benar terkandas dan tidak dapat bergerak mendekati Pulau Balabak atau berpatah balik. Oleh kerana itu, baginda telah meninggalkan kapalnya tersadai di Perairan Pulau Balabak. Demikianlah kisahnya...
Besi ini dipotong dari bangkai kapal Nakhoda Ragam di Pulau Balabak dan dihadiahkan kepada saya bersama-sama Kayu Balabak dari Makam Silampituk. Ternyata apabila digenggam besi ini sangat sejuk, beraura kuat, dan ada penjaganya. Anehnya, besi ini berat berbanding saiznya yang kecil dan seakan ada campuran bintik berkilat iaitu ciri-ciri besi kursani putih, sentiasa basah seakan-akan berpeluh atau barangkali ....menangis...Wallahu Ahlam.
Blog ini memaparkan mengenai barangan mistik, antik dan ajaib yang ada di Negeri Sabah seperti geliga, buntat, kayuan, harta karun, barangan mistik dan antik.
Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah
Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 1 Januari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan