Terdapat paranormal yang mengkelaskan Pugai Balabak kepada beberapa jenis, iaitu Pugai Balabak Api, Pugai Balabak Air, Pugai Balabak Angin dan Pugai Balabak Tanah. Sebenarnya, pengkelasan ini adalah satu pembaharuan dalam meramu dan mencipta Pugai Balabak. Berdasarkan kajian saya pengkelasan Pugai Balabak adalah seperti berikut :
1. Pugai Balabak Asli SiLampituk
Pugai Balabak ini adalah Pugai Balabak terkuat dan yang paling asli. Sebenarnya Silampituk tidak pernah mencipta Pugai Balabak berjenis-jenis sama ada air, angin, tanah atau api. Ini disebabkan Pugai Balabak Asli Silampituk telahpun menggabungkan unsur air, angin, tanah dan api. Justeru itu, Pugai Balabak inilah yang kekuatannya melebihi 7 kali ganda kekuatan Kebal Umum dari segi hirarki kadam.
Pugai Balabak Asli tidak dapat dibawa melintas lautan dari Pulau Balabak atau Pulau Banggi ke Tanah Besar Sabah disebabkan jika ianya dibawa melintas lautan maka ombak besar akan menyerang pembawa pugai ini. Apa sebabnya? sebab pugai ini ada penjaga atau Kadam Air bersamanya. Kenapa pula Pugai Balabak akan dikejar angin ribut taupan jika dibawa melintas lautan?, sebab Kadam Angin ada bersamanya. Kenapa pula Pugai Balabak Amat berat untuk dibawa sehingga kapal yang membawanya boleh karam atau kereta yang membawa orang yang membawa Pugai Balabak tidak dapat bergerak, enjin rosak atau tayar pamcit?, sebab Pugai Balabak dijaga oleh Kadam Tanah yang tentunya berat. Kenapa pula kenderaan atau bot yang membawa Pugai Balabak akan cepat panas enjinnya sehingga boleh rosak, terbakar atau meletup? sebab Kadam Api ada bersamanya.Terdapat lagi Kadam-kadam lain yang turut menjaga Pugai Balabak Asli termasuklah Kadam Pokok Balabak ( bukan seorang....) dan terdapat beberapa Ramuan Rahsia Pugai Balabak Asli ini yang agak sukar untuk ditemui.
Tujuan Ramuan Rahsia ini untuk menyatukan 4 Kadam 4 anasir dalam satu ramuan sahaja.Cara mengambil dan mengenal bahan-bahan yang dijaga atau menjadi ikutan kadam 4 anasir ini ada petua, masa mengambilnya dan bacaannya. Setelah semua ramuan ini diperolehi barulah Pugai Balabak diproses dengan dibacakan jampi seruan Pembangkit Pugai Balabak. Jampi ini dalam bahasa Balabak Kuno dan tidak semua waris balabak mempunyai jampi ini. Justeru itulah ramai yang mencari Pugai Balabak Asli yang power kononnya untuk Proses Menarik Wang tetapi gagal menemuinya walaupun sampai ke Pulau Balabak.
2. Pugai Balabak Api
Warnanya merah. Dibuat dari campuran getah Kayu Balabak.Dijaga oleh Kadam Api dan lain-lain Kadam Pengiring.
3. Pugai Balabak Tanah
Diramu dari campuran Tanah tempat rahsia di Pulau Balabak dan akar Kayu Balabak ( Jenis akarnya juga adalah yang terpilih dan bukan sebarang akar ) . Dijaga oleh Kadam Tanah dan lain-lain Kadam terpilih.Warnanya seakan-akan tanah kecoklatan tergantung jenis campuran ramuannya.
4. Pugai Balabak Air
Diramu dari Air Embun bersama Bunga Pokok Balabak. Amat sukar dicari dan hanya terdapat pada waris asli Silampituk sahaja. Selalunya tidak akan ditukar milik atau diberikan kepada sebarang orang, kecuali orang-orang yang bernasib baik dan Ketua pemimpin politik. Dicampur dengan air mata terpilih...Dijaga oleh Kadam Air dan beberapa Kadam terpilih.
5. Pugai Balabak Angin
Berupa jampi seruan Kadam Angin Pugai Balabak. Jampi ini dalam bahasa Balabak Kuno dan ada nama-nama angin dan nama kadamnya dalam bahasa Balabak Kuno. Jampi inilah yang amat mujarab dan jika diseru di angin, si mangsa akan mabuk kepayang walaupun di tanah seberang sanggup dia berenang, biarpun ditelan ikan jaws....kah-kah...kah.Kau rasalah, biar kau baranang.
6. Pugai Balabak Kayu
Kayu Balabak sahaja. Ada caranya menjinakkan si mangsa cuma dengan menggunakan kayu Balabak sahaja tanpa apa-apa bacaan atau ramuan lain. Si mangsa akan sanggup sehidup semati, tidur berbantalkan lengan kita, bagai belangkas sepasang atau bagai romeo dan juliet. Jagalah kau nda mau beranggang dari kita, jalanpun susah si dia membuntut. Eh... ntahlah Ba.. Jangan kasi abis dulu rahsia, lain kalilah.
Blog ini memaparkan mengenai barangan mistik, antik dan ajaib yang ada di Negeri Sabah seperti geliga, buntat, kayuan, harta karun, barangan mistik dan antik.
Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah
Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Isnin, 2 Januari 2012
JENIS-JENIS PUGAI BALABAK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kalau mau bawa ini pugai merentasi lautan caranya kasi masuk dalam buntut ayam
BalasPadampugai balabak ni termasuk dlm jampi kh .
BalasPadamem...??
BalasPadamd mna bleh dapat tue heheh..
Mcm mana mo kasi ilang itu tekana pugai?
BalasPadamAk ada minyak pugai belabak pninggalan arwah atok ak..minyak blabak ni atok ak dpt dr moyang ak yg asal minyak ni mmng dr bangi..mnyak pugai belabak yg ak pegang ni tdk buli naik apa oun jenis kapal samada kpl air atau udara..campuran mnyak pugai balabak ak ni kayu balabak..bulu perindu dgn air mata duyung tp ak nda taw..unsurnya apa..cuma yg ak tau gunanya dgn niat sapu mnyak ni d jari manis palit kn d kening..renung mata irg tu trs org tu jatuh cina.. klu org tu d sebetang sungai taruh d saput tangan lambaikan org tu trs lompat d air betenang ke tpt pmaikainya...
BalasPadamBohong lah..sains pun x dpt membuktikan kewujudan duyung..moyang kamu senang2 je dpt air mata duyung..mcm cerita pirates and caribean da..kakakaka
PadamPegi buang jauh2 minyak balabak kau tu..