Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 6 Jun 2016

LUGU KAYU KELOR GEMUNGGAL



Teras Inti atau dikenali sebagai Lugu Kayu Kelor Gemunggal. Dijamin asli dan kuat powernya. Berasal dari Kayu Kelor Gemunggal yang mati beragan dan tua. Kayu mereput setelah sekian lama menjadi abuk tetapi yang tinggal adalah Teras Inti atau dikenali sebagai Lugu Kayu. Alami berlubang dan masih dalam keadaan asal.

Insya Allah pendinding sihir yang ampuh, digeruni jin jahat. Jika dibawa bersama maka pukau, santet, sihir, racun ghaib, racun, kelulut, semai, pugai akan jadi tawar atau Libas bilang orang Sabah. Syaitan, Saka, Jin Penunggu, Jin Laut dan Jembalang akan menyingkir dan lari menjauh dari si pemakai Lugu Kelor Gemunggal.

Ditakuti haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala. Mengubati dan menawarkan bisa gigitan dan sengatan haiwan berbisa.Jika tersengat atau tergigit haiwan berbisa, rendam dan minumkan pada si mangsa. Jika kanak-kanak atau orang dewasa terkena gangguan jin dan sihir, minumkan air rendaman,Insya Allah pulih.

Melindungi rumah dan penghuninya dari serangan dan gangguan jin, syaitan, toyol, jembalang, polong, pukau dan sebangsa dengannya.Rumah dan penghuninya terdinding dari serangan guna-guna dan sihir hitam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan