Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 14 Januari 2013

MINYAK SERAT JIWA SI ABOK ABOK


Minyak Serat Jiwa Si Abok Abok ini pusaka orang tua-tua dari Daerah Segaliud Sabah. Minyak ini bertindak sebagai Ibu Pengasih dan Penarik Jiwa sekalian hamba Allah. Sangat mudah untuk digunakan, hanya perlu simpan di rumah atau bawa bersama ke mana pun kita pergi, Insya Allah orang akan kasih, senang dan mesra dengan kita, tarik rezeki, tarik kawan dan menjauhi lawan.Orang yang terkena aura minyak ini akan sentiasa ingat, rindu muka kita dan senang dengan kita.

Sangat sesuai untuk mereka yang bekerja Makan Gaji atau mereka yang selalu bertemu dengan khalayak ramai khususnya orang politik agar disenangi rakyat dan orang ramai, apa lagi bos kita nda akan senang duduk kalau nda nampak muka kita, kalau kita nda dia nampak rasa macam makan lauk tidak bergaram, hilang rasanya hilang serinya, dunia rasa hambar, alam rasa tawar.

1 ulasan: