Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 5 Januari 2013

KAYU TONGKAT SUNAN BONANG WALI SONGO


Kayu Tongkat Sunan Bonang Wali Songo ini berasal asli dari Jawa. Kayu jenis ini pernah digunakan oleh Sunan Bonang sewaktu bertemu dengan Sunan Kalijaga. Sunan Kali Jaga diminta oleh Sunan Bonang untuk menjaga sebatang tongkat yang ditancapkan di tepi sebuah sungai ( Kali dalam bahasa Jawa ) selama berpuluh tahun, hinggakan badan Sunan Kalijaga ditumbuhi dan diselaputi lumut. Permintaan ini adalah sebagai syarat jika Sunan Kalijaga ingin menjadi murid Sunan Bonang.

Sunan Kalijaga mendapat gelaran Kali Jaga ( Penjaga Sungai ) kerana ketekunannya menjaga Tongkat Sunan Bonang di tepi sungai.

Kayu ini, Insya Allah mempunyai keistimewaan sebagai pelaris ampuh, pengikat langganan, pengikut ramai dan setia, penunduk umum dan penjaga diri dari serangan ilmu ghaib, kecurian dan niat jahat musuh.Sangat baik disimpan di premis kedai, pejabat dan rumah kediaman atau dijadikan tongkat biasa untuk dibawa jalan-jalan.

Sangat baik juga untuk dimiliki oleh orang yang bergiat aktif dalam bidang politik dan pimpinan yang memerlukan ramai pengikut dan mentegarkan kesetiaan orang terhadapnya.

Bayangkanlah, sedangkan Sunan Kali Jaga sanggup dan terpukau oleh Tongkat Sunan Bonang ( jenis kayu yang sama ) sehingga sanggup duduk menjaga tongkat seperti ini selama berpuluh tahun, apa lagi orang biasa.

1 ulasan: