Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 5 Januari 2013

KAYU NIMANG SIMPUL


Kayu Nimang adalah kayu yang berunsur mistik, ganjil dan antara dua hujungnya saling bertemu. Kayu Nimang Simpul ini bukan sahaja antara dua hujungnya saling bertemu ( macam temu ruas juga ) tetapi kayunya bersimpul sebelum bertemu hujungnya.

Kayu Nimang Simpul sangat berkhasiat untuk menjaga rumah, kedai, bangunan, kebun, buah-buahan dan apa-apa harta kita daripada kecurian. Jika pencuri cuba memasuki rumah yang ada Kayu Nimang, Insya Allah pencuri tersebut tidak akan dapat keluar dari rumah yang dicurinya, asyik berjalan pusing keliling tidak ketemu dengan jalan keluar, apa yang dilihatnya hanyalah hutan belantara berselirat akar, sesat keletihan dan lesu kepenatan berjalan dalam hutan wal hal di situ-situ saja, pencuri menjadi sesat dalam bayang-bayang sendiri, tinggal saja panggil Polis suruh tangkap atau ketuk kepalanya dengan senduk nasi barulah dia sedar dari khayalannya.

Kayu Nimang Simpul juga berkhasiat anti pukau, anti sihir dan tolak toyol. Jika Jin Toyol yang mencuri dia akan sesat dan tidak menemui rumah yang hendak dicurinya.

Cara gunanya senang saja, simpan dalam rumah yang baik di atas pintu utama atau di tiang tengah rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan