Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 3 Januari 2013

GIGI PETIR


Gigi Petir atau dikenali juga sebagai Gigi Guntur oleh orang-orang Sabah sememangnya terkenal tetapi amat jarang diperolehi di Negeri Sabah. Mereka yang memiliki dan menemui Gigi Guntur dianggap amat bertuah kerana Gigi Guntur memiliki 1001 kelebihan dan kegunaan melebihi dari Batu Petir.

Kebiasaannya Gigi Petir digunakan sebagai Penunduk Paling Ampuh yang mampu menundukkan makhluk ghaib dan makhluk alam nyata, Pendinding diri dan penolak dari segala macam gangguan zahir dan batin serta asbab pemberani dan penggentar orang garang.

Orang yang memiliki Gigi Petir jika dia bersuara dan menyergah orang, mangsa atau lawan akan menjadi kecut, terdiam dan terpaku tanpa suara, gentar dan tidak akan berani memandang muka pemilik Gigi Petir.

Sangat baik digunakan dalam lawan bicara dan mengamankan pergaduhan atau pertelingkahan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan