Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini bank in mahar ke akaun
No.336409990801 Standard Chartered Bank Saadiq atas nama Geliga Kinabalu atau No. 1-10112-0001706-8 RHB Bank dan SMS ke nombor 0128191941 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 1 Mac 2012

ORANG BONGGI


Orang BONGGI atau Banggih adalah suku orang asal yang paling sedikit bilangannya di Sabah. Suku ini juga agak unik dan mistik kerana mereka hanya terdapat di Pulau Banggi sahaja dan bilangan mereka cuma lebih kurang seribu ( 1000 ) orang sahaja. Suku ini tidak terdapat di Tanah Besar Borneo.

Gambar ini diambil pada tahun 1996 sewaktu lawatan Y.B Tan Sri Pandikar Amin Mulia ( Yang Dipertua Dewan Negara pada masa ini ) ke Pulau Banggi. Suku Bonggi selalunya memakai pakaian tradisi yang dipanggil "Santut" atau cawat dan sentiasa membawa sumpitan. Suku ini juga terkenal dengan ilmu menyumpit yang dipanggil "Sandal Sumandal" iaitu ilmu sumpit yang mana bisa racunnya boleh membunuh hingga tujuh ( 7 ) orang cuma dengan satu jarum sumpitan. Adalah dipercayai orang pertama yang terkena racun sumpitan Sandal Sumandal apabila dipegang oleh orang kedua maka orang yang memegangnya akan turut terbunuh. Begitulah seterusnya bisa sumpitan itu akan mengalir dan membunuh hingga 7 orang.

Jadi, jangan kamu kasi katawa orang Bonggi ni, banyak ilmu ni. Diorang juga ada yang memiliki Pugai Balabak. Ba.. awas kamu para sumandak, jangan kasi katawa orang Bonggi yang pantatnya ( punggungnya ) hitam bakilat tu, kadang-kadang kaluar biji lagi dari calah-calah santutnya. Kalau kamu kasi katawa....., alamat nangislah kamu itu, minta kawin sama orang Bonggi. Kamu...maukah...? Susah hatiku kalau kamu yang cantik tu jadi bini si Tiah ( Tiah tu nama panggilan untuk lelaki Bonggi, macam juga istilah si Tompinai ( Dusun ) atau Si Utuh ( Suluk ) nanti simburu pula aku sama yang basalam dengan Tan Sri Pandikar tu ( Sorry ah Pagari, aku kasi masuk gambar mu dalam blog ).

 Aku ada juga dalam gambar tu tapi sudah ghaib, nda kamu nampak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan