Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 22 November 2012

GELIGA AIR HUJAN


Geliga Air Hujan sangat jernih dan kecil sahaja lebih kurang 2 kali saiz beras. Bentuknya macam jantung pisang atau benyuk titisan air. Kalau dipegang sangat sejuk dan mendamaikan, sejuknya naik ke sekujur tubuh badan.

Cuba kamu tengok dalam geliga tu? apa kamu nampak....? ada kalimah Allah muncul dalam refleks geliga, Subhanallah....sudah ku katakan dulu, bayangan kekuasaan Allah ada di mana-mana.

Geliga ini berkhasiat untuk penyejuk rumah tangga, peredam rasa marah orang, ketenangan dan ketenteraman jiwa, tarik rezeki, pelaris umum, penakluk hati orang ramai, dikasihani orang ramai dan meredam aura panas dari sebarang geliga atau benda mistik lain.

Dari segi perubatan, Insya Allah apa sahaja penyakit berunsur panas seperti gangguan jin syaitan, panas badan, kataguran, histeria dan kasarungan, buatan orang, penyakit giap ( kudis ular berbentuk melingkar ), melecur, kena semaie ( racun kulit paling ditakuti di Sabah yang diperbuat dari air nanah orang mati dan beberapa racun gatal seperti rebung buluh,getah rengas,ulat bulu,air busuk ular dan beberapa campuran lain ) dan penyakit kulit akan dapat ditawar (diubati ) dengan Geliga Air Hujan.

1 ulasan:

  1. salam tuan...berapa mahar ni...elok untuk demam panas tak?anak saya selalu demam panas
    email leenaz_2003@yahoo.com.my

    BalasPadam