Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 9 Oktober 2011

TANDA LAMBANG HARTA KARUN JEPUN

                                                         Lambang SEGITIGA
                                                       Lambang TAPAK KAKI

Pernahkan anda melihat lambang seperti ini...?.Tahukah anda apa maknanya...?.Jika tidak tahu maknanya dan tidak pernah melihatnya cuba-cuba anda search di goggle atas nama YAMASHITA TREASURE atau YAMASHITA SIGN.

Lambang ini diScan sendiri oleh penulis menggunakan Ilmu Tapak Tangan Ghaib. Ilmu ini adalah milik asli penulis dan diajar secara ghaib oleh seorang Guru Ghaib yang menguasai dan mengetuai alam ghaib di negeri Sabah.Ilmu ini diperolehi pada tahun 1996 dan ianya mampu mengesan keberadaan harta karun di sesuatu lokasi, mampu mendetek benda-benda ghaib dan bermacam lagi kegunaannya. Ketika menemui lambang di atas penulis telah terdetek suatu timbunan harta di sebuah Pulau ketika penulis dan rakan-rakan membuat trip mengembara di lautan menggunakan bot nelayan. Penulis mengarahkan bot mendarat di pulau tersebut dan tapak tangan penulis bergetar membawa penulis mengarah ke sebuah anak bukit sehinggalah  tangan penulis berhenti betul-betul di atas Lambang Tapak Kaki. Penulis belum pernah berkunjung ke Pulau ini dan trip hari itu adalah yang pertama kali penulis menjejakkan kaki di situ.Masya Allah, Allah itu maha besar penulis dan rakan-rakan yang membontot di belakang menemui pula lambang Segitiga di bawah sedikit lambang Tapak Kaki. Lokasi pulau tersebut biarlah rahsia ....( kata Datuk Siti Nurhaliza ).

Sebenarnya peristiwa di atas adalah sebahagian dari pengalaman penulis. Penulis pernah membawa GOLD DETECTOR ke beberapa lokasi yang sebelumnya telah discan oleh penulis menggunakan Tapak Tangan Ghaib. Sungguh mengejutkan... semua lokasi yang dikenalpasti oleh penulis disahkan secara tepat dan benar mengandungi simpanan emas atau emas dan intan oleh mesin pengimbas emas. Saya berani bertaruh dengan anda dua ekor karabau ( kata lagu si John ) negeri Sabah banyakkkkkk lokasi harta karun Jepun dan harta karun tenggelam di lautan.Nak dibuktikan..? kau datanglah bawa Gold Detector saya kasi tunjuk satu saja.

Mungkin anda bertanya, kalau kau tahu di situ ada emas kenapa kau tidak korek?.Jawapannya..... mampukah tenaga empat kerat mengorek lubang yang dalamnya berpuluh kaki ?, bagaimana ongkosnya...?, bagaimana halangan-halangan dari dalam tanah seperti air, tanah runtuh, halangan ghaib, kesepakatan hati..?. Jika anda bersedia dengan COBAAANN yang disebutkan dan saanggggaatlah berminat, ayuhhh Join-Venture dengan saya. Ada rezeki dari Allah, anda akan kayaaaaa.

Mungkin juga anda bertanya, kalau kau pandai kenapa tidak kau tarik kasi timbul saja harta itu.?..Jawapannya, kepada Kiai-kiai dan guru-guru yang dia rasa mempunyai kebolehan untuk menimbulkan harta karun Jepun, mari-mari....bergabung dengan saya mencari rezeki dari Allah Yang Maha Kuasa. Saya memerlukan bantuan dari anda guru-guru, kiai-kiai, sepuh-sepuh, bomoh-bomoh dan seumpamanya. Cuma, kalau pakai jalan syirik minta maaflah saya nda mau bersekongkol.

Maaflah... ye.. macam-macam pula saya cakap. Tapi jika anda serius dan ada modal yang mencukupi, jangan segan-segan dan malu-malu. Kita jumpa di sana...

7 ulasan:

  1. salam, saya mau menuntut ilmu tapak tangan ghaib tuan, boleh?

    BalasPadam
  2. saya mau join venture bole.....

    syakwa87@yahoo.com

    http://www.facebook.com/akwa87

    BalasPadam
  3. inaan tu no kok patai kam memia bongon emas laat gipun tu...hehehe...kalau terjumpa sedekah la sama anak yatim....

    BalasPadam
  4. iyan lagi agad ta, memia kita emas gipun...dong kam kurung-kurung jo dokon karabau malas.

    BalasPadam
  5. Tulung email saya...ada tempat mau cek ada emas kh tidak..lokasi kota belud..nazri_pl@yahoo.com

    BalasPadam
  6. Let me tell you guys. Pasal harta karun ni.. im from S******* Sabah. Rumah nenek aku terletak dibawah kaki sebuah bukit. And rumah nenek aku ni telah pun d 'scan' oleh org2 yg boleh melihat bangsa2 jin (wallahualam) dan disekeliling rumh nenek aku ni ada bermacam2 penunggu. Dan masa dahulu, sebelum rumah nenek aku d buat, atok aku ni siap berhubung dgn jin area tu. Dulu zaman jepun banyak sgt tembak menembak. So.. atok aku sudah pun memberi arahan kepada penunggu supaya kawal rumah dan keturunannya sampai bila2 di situ. So, pada zaman skrng ni, tak tau la masih ada or tak penunggu2 d rumah tu. Apa yg hairannya.. ada orang datang konon2 nak tgok area tu. Agak terperanjat apabila orang2 yg datang ni siap brhubung dengan jin kawasan tu. Tanya pasal harta karun. So org yg brhubung dgn jin ni pun ckp kat atas bukit ada gua and batu berbentuk segi tiga. Gua tu kecil and terletak dibawah pokok. Penunggu yang menjaga harta karun ni ialah seekor ular besar. Siapa2 yang mahu harta karun tu mesti bagi ular tu satu benda. Korang nak tahu apa? Ular tu nak benda tak berbulu. Benda hidup yang tak berbulu. Korang tahu ka apa tu benda tak berbulu? This is true story. Aku yg dah lama tggal sana pun baru tahu ada harta karun sana. Dan dsebabkan syarat yang sgt bertentang dengan agama dan juga sifat manusia, tak ada orang berani bagi benda yang penunggu tu nak. So.. harta karun tu stay sana. Hanya manusia berhati binatang yang boleh bagi penunggu tu benda yang dia nak. Siapa yang ada cara lain nak runding penunggu ni leh contact aku. Azmeer14@yahoo.com

    BalasPadam
  7. cerita pasal harta Karun tu memang betul saudara sekalian.kenapa sia ckp bgtu sbb sia sda pernah cari harta karun tersebut sda pernah korek tp tiada nasip sbb bnyk kacau..tanda2 mmg sda jmpa..mcm2 tanda yg dibuat oleh askar jepun..tu lah sebabnya jangan hairan klu ramai pelancong jepun melawat di Sabah..dorang datan sni bukan melawat sahaja tetapi dorang cari tu harta Karun sbb dorang ada pegang peta tu harta..ramai sda org yang dapat tu harta dan ramai jg yg cedera/maut ketika cari tu harta..penjaga (penunggu) tu harta mmg kuat..alang2 sj semangat akn mengundang bahaya..so klu sesiapa yg berminat mencari harta Karun tersebut kna berhati-hati..

    BalasPadam