Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 13 Oktober 2011

MUSTIKA PULAU BATU HAIRAN KUDAT


                                               MUSTIKA PULAU BATU HAIRAN

Mustika Pulau Batu Hairan. Mungkin ada pernah mendengar Pulau Batu Hairan, iaitu sebuah pulau kecil sebesar gelanggang bola keranjang yang tiba-tiba muncul di tengah-tengah lautan dalam di perairan Laut Sulu Kudat, Sabah.Fenomena ini pernah mengejutkan negara malahan menjadi berita hangat dalam akhbar di beberapa negara luar. Ajaibnya...pulau ini hanya muncul tiba-tiba cuma dalam satu malam sahaja di bulan ramadan ( kalau tidak silap pada tahun 1988 ) selepas angin ribut yang kuat di perairan Pulau Banggi, Kudat. Kemunculan pulau ini disedari oleh beberapa orang yang kebetulan kapal yang mereka tumpangi berlabuh betul-betul berhampiran dengan lokasi munculnya pulau ini. Ketika berlabuh, tiada sebuahpun anak pulau atau daratan di kawasan itu, tetapi siangnya pulau ini telah berada disitu. Sungguh ajaib dan mistik....

Di tengah-tengah pulau ini terdapat anak perigi yang airnya tawar dan pulau ini dipenuhi batu-batu karang laut yang cantik. Sebelum pulau ini tenggelam semula setelah timbul lebih kurang dua tahun setelah kemunculannya, ramai pengunjung dari dalam dan luar negara yang sempat mengunjungi pulau ini. Ada diantaranya mengambil air dari perigi kecil kerana dipercayai telah menyembuhkan beberapa orang yang mengalami sakit berat.Pengunjung dilarang mengambil sebarang objek kecuali air perigi dari pulau tersebut kerana ditakuti kapal yang meraka tumpangi akan dilanda ribut dan pengunjung ditimpa bahaya.Wallau ahlam bissawab...

Mustika yang dipaparkan di sini telah diperolehi oleh Guru Utama Persatuan Persaudaraan Seni Silat Awal ( Silat Awal ) Tuan Guru Adam Bin Yarija dan diberikan kepada penulis pada tahun 1989 sebagai koleksi peribadi. Khasiatnya ....nda payahlah dikasi tau di sini.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum... Siapa pula guru kpd adam garija ya? :) :)

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam.

    Guru Adam Garija adalah guru utama atau maha guru Silat Awal. Silat ini berasal dari Sulu dari seorang manusia legenda yang sukar utk dijelaskan di sini. Manusia yang menurunkan Silat Awal asal-usulnya dari alam bunian dan akhirnya kembali ke alam halus setelah tinggal dan menjadi imam di kalangan manusia biasa.Manusia ini keluar dari jantung pisang, menjadi manusia biasa, sangat handal dan tinggi ilmu kebatinannya. Sukar untuk diterima akal, tetapi benar dan nyata dengan kuasa Allah Swt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalamualaikum...tuan,siapakah pengasas silat awal yang sebenarnya
      ?

      Padam
  3. Sykur Alhamdulillah... Ada kebenarannya ulasan saudara itu. Itu sbb la dipantangkan kpd murid2 agar tidak sesekali memakan jantung pisang & menjauhi segala amalan yang bercanggah dengan hukum agama Islam. Pakaian seragam seni silat awal tersebut pada mulanya ialah berwarna seakan-akan warna jantung pisang (maroon & kuning). Setelah Guru Adam mendapat mandat utk mengajar daripada 'GURU TUA', baru la pakaian rasmi SILAT AWAL berwarna hitam & jalur kuning digunapakai. 'IMAM' di kalangan manusia lagenda yang saudara maksudkan itu punya talian darah dgn .... Saya rasa tak perlulah saya nyatakan di sini. Biarlah saudara menilai & mengkaji sendiri melalui ilmu pengetahuan yang saudara miliki. Silat ini adalah berpaksikan kpd kebenaran di sebalik kalimah LAAILAHAAILLALAH... "Ya Allah, Tuhan Maha Besar lagi Maha Mengetahui, jauhkanlah kami dari sifat takbur & kufur.." Kalau benar darah yang mengalir dalam tubuh ini adalah darah warisan sebenar, saudara akan dapat juga merasainya... Salam persaudaraan dari saya...

    BalasPadam