Ciri-ciri Kayu Balabak ialah ia tumbuh menjalar dan pucuknya akan bertaut semula dengan pangkal akarnya seperti tunduk menyembah bumi menjadi bentuk Lam Alif atau Lam Jalalah. Walaupun ia membesar dan menjalar tetapi pucuknya tetap diakarnya sehingga pokoknya mati. Pokok ini hanya berdaun di hujungnya dan daunnya bujur runcing dan berbunga putih. Pokok Kayu Balabak hanya akan berbunga sekuntum sahaja setiap 10 tahun sekali dan bunganya hanya berputik dan mekar cuma dalam tempoh satu malam sahaja ketika bulan mengembang penuh 15 haribulan. Keesokan harinya, bunganya akan ghaib dengan sendirinya ketika fajar mula menyinsing. Justeru itu, amat sukar untuk ditemui bunga Pokok Kayu Balabak dan sepanjang yang diketahui setakat ini hanya Si Lampituk sahaja yang berjaya memperolehi bunga tersebut dalam keadaan segar. Si Lampituk telah meramu bunga Kayu Balabak bersama akar dan batangnya menjadi minyak pengasih yang amat dahsyat. Ibu minyak Si Lampituk inilah yang diwarisi dari generasi ke generasi dan jika ada yang meminta minyak Pugai Balabak akan diberikan minyak dari ibu minyak Si Lampituk bersama-sama secebis keratan kayu Balabak.Minyak ini walaupun hanya setitis sudah memadai kerana ia akan bertambah dengan sendirinya setiap bulan mengambang penuh dengan syarat ada cebisan kayunya bersama-sama minyak tersebut.Menurut legenda, minyak pengasih yang dipanggil PUGAI BALABAK amat sukar dibawa menyeberang lautan. Jika dibawa menyeberang lautan, maka angin taufan dan ribut akan bertiup dan mengejar si pembawa minyak ini.Segala ikan dan burung juga akan mengikut si pembawa Pugai Balabak untuk merebut Pugai Balabak dan ini termasuklah ikan yu dan burung camar yang berpusu-pusu mengelilingi Pugai Balabak.
Jika disimpan di darat pula semua binatang sama ada burung, haiwan berbisa, semut, lipan dan bermacam-macam lagi binatang akan tertarik kepada Pugai Balabak. Jadi, pantang sekali minyak ini disimpan di rumah kerana ular dan lipan akan selalu menziarah. Si empunya Pugai Balabak jika minat beristeri lebih alamat penuh kuota empat jawabnya. Namum begitu, Pugai Balabak sebenarnya adalah serba guna khasiatnya termasuklah sangat ampuh untuk menarik penyokong bagi ahli politik dan pelaris yang amat dahsyat tergantung niat dan kecendeungan si pemakai. Justeru itu, ramai yang mencari Pugai Balabak untuk diproses Tarik Duit dan kekuatannya melebihi 7 kali ganda Kebal Umum.Keampuhan Pugai Balabak adalah mengikut angin. Justeru itu, Pugai Balabak boleh digunakan walaupun dari jarak jauh melintas lautan. Jika ia dikenakan kepada si mangsa, cukup hanya ambil minyaknya seru nama si mangsa menggunakan jampi Bahasa Balabak si mangsa akan merindu, menangis dan sanggup berenang menyeberang lautan untuk menemui si empunya pugai.
Kayu Balabak di atas adalah Koleksi Peribadi penulis.Ianya belum lagi diproses dibuat Minyak Balabak. Walaupun ianya adalah batang sahaja, tetapi Insya Allah jika kena gayanya..dahsyat juga. Kayu Balabak ini diperolehi sendiri oleh penulis di hutan belantara di Pulau Banggi, tapi silapnya penulis hanya mengambil batangnya sahaja kerana kelam kabut, itupun habis seluruh bulu badan meremang. Kalaulah hari tu aku ambil dalam keadaan hidup bersama-sama akarnya untuk disemai, alamat aku jadi Si Lan Pituk kalaupun bukan Si Lam Pituk...kah..kah..kah...enda maulah tambah-tambah kuota penuh sudah.
Jadi, di mana ada tu pugai balabak si Lampituk ah?
BalasPadamada...kau mau? sana dalam kubur salampituk.Pigi ambil lah di Pulau balabak sana.
BalasPadamsaya tingu macam Ratna Wali atau Arat Nuali saja ni. Rasanya pahit macam akar Tongkat Ali... macamana pula jadi Pugai Balabak.macam2 saja kamu ni..
BalasPadamArat Nuali memang pahit, bikin ubat malaria,buang lemah dan ubat darah tinggi.Batangnya berduri bukan berbuku,uratnya lurus bukan berpulas, tumbuh memanjang bukan menunduk dan berpulas balik. Kayu ni tidak ada rasa pahit dan telah diuji bawa ke laut.Cuba kamu search di goggle dan bandingkan Arat Nuali/Patawali dengan kayu ni.Kalau ko barani ko bawa Arat Nuali ko tu dan ambil gambar gandingkan dengan Kayu ni atau susah2 saja, nanti aku upload Arat Nuali dlm blog.
BalasPadamjadi macam mana mau beli ni? masih ada jual ka? kalo mau jampi tu macam mana? buleh ka jampi kalo kita bukan dukun?
BalasPadamSaya ada minyak balabak baru beli kamarin ditamu kk,dan kayu balabak pun ada.takut juga ni kalau menyeberang lautan atau simpan di rumah macam0macam datang dan taufan,aku tanya juga sipenjual dia bilang tiada pantang,penipu lh org tu
BalasPadamSeorg ibu dri kg balabak ada bg Mmg mujarab... inshaaAllah klau di gunakan untuk hal yg baik
BalasPadam