Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 13 Oktober 2012

KUNYIT HITAM DUA ALAM


Kunyit Hitam Dua Alam. Lain sikit namanya, tapi memang begitulah.Kunyit Hitam ini isi dan kulitnya kehitaman. Apabila ditanam kunyit ini akan mengeluarkan dua jenis ubi iaitu kunyit yang ubinya hitam macam arang dan ubi kunyit yang hitam kecolaklatan. Jadi sebab itu namanya dua alam.

Jika ubi warna hitam yang keluar, batangnya juga akan kehitaman atau coklat kehitaman mana kala daunnya hijau kecoklatan atau hijau kehitaman. Jika ubi kunyit yang dihasilkan berwarna hitam legam, baa... jaga-jagalah kamu, bunian akan mengintip dan mau merebutnya. Maklumlah Kunyit Hitam ni di alam bunian adalah harta kemewahan yang paling berharga, lebih bernilai dari intan berlian dan emas di alam kita. Kunyit Hitam di alam bunian adalah penanda sempadan kekuasaan wilayah bunian. Kononnya Kunyit Hitam bagi golongan bunian adalah melambangkan kekuasaan dan kesaktian alam bunian. Sebab itulah bunian tergila-gilakan Kunyit Hitam, macam kita juga ba maukan Kunyit Hitam kono untuk bikin proses tarik duit dan ibu duit.

Macam-macam saja manusia dan bunian ni. Tapi kannnn... kalau kunyit yang keluar ubi, daun dan batangnya keseluruhan warna hitam maka itulah Raja Kunyit yang paling berkuasa di alam bunian dan alam nyata. Raja Kunyit Hitam ini akan menjadi rebutan di alam bunian, sampai sanggup raja-raja bunian  berperang berebutkan seketul kunyit.Ada bunian yang sanggup bertukar harta alam bunian dengan  memiliki Kunyit Hitam yang dimiliki manusia.

Kunyit Hitam jenis ini pandai ghaib sendirinya jika kita tidak jaga, diambil oleh orang bunian. Jadi kalau tanam kunyit ini mesti ada kunci dan petuanya supaya jika yang keluar ubi hitam, bunian nda dapat curi atau rabut dari kita. Antara caranya ialah sewaktu menanam kunyit jenis ini tanam sedikit cebisan emas dan ada lagilah beberapa barang...Rahsia ba, nanti bunian marah sama aku. Kalau bunian merajuk...bukan senang mau pujuk, nda mau dikasi duit atau dikasi apa-apapun, kecuali kunyit....

Pernah kamu nampak Kunyit Putih?...cuba kamu tanam, apa yang keluar...? mesti ada Kunyit warna puple yang keluar di kalangan Kunyit Putih tu.. Nda percaya...? cuba kamu tanam.Macam ini juga baka Kunyit Hitam Dua Alam ini.

Kamu minat...? maharnya nda boleh cakap sini, kamu sms atau email takut bunian tau.


7 ulasan:

  1. kalau kena dgn maharnyaya, boleh sms sy 0133339871-shah..

    BalasPadam
  2. Kalau di semananjung Malaysia dan Patani selatan Thailand kunyit hitam di cari-cari oleh orang untuk memanggil wang, syaratnya ada lagi: iaitu keris berdiri apabila di bangkit, permata kebal, kalau kita dapat tiga-tiga ini kita boleh menjadi kayaraya, lagipun berhajat kepada tukang memanggil duit atau harta koron.
    Betulkah semua ini ? atau semata mata khayal.

    BalasPadam
  3. ada ni kunyit hitam tp tak pernah tahu untuk apa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. klau ada kunyit hitam and daunnya pun hitam pm saya roslieborhan@gmail.com saya akan bantu utk mndapatkan duit

      Padam
  4. Aq jg punya tp tau apa gunanya

    BalasPadam
  5. Kami ada kunyit putih dan berbunga purple. Aku sudah minum airnya.badan terasa sehat dan segar,cergas

    BalasPadam