Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 7 Januari 2018

CINCIN KAYU MALING


Cincin Kayu Maling. Khas untuk membentengi diri dari pencarian musuh, mengelak diri dari bahaya dan mendinding diri pemakai dari pandangan orang yang berniat jahat menganiayanya, perabun dari penglihatan musuh dalam masa pertempuran atau peperangan, penglias sihir, mengaburi pandangan penagih hutang yang berniat jahat dan mengamalkan riba ( Along ) sehingga sukar dijumpai, menjadi selisih dan ghaib dari musuh.

Membentengi rumah, diri dan harta benda pemakai dari pandangan pencuri, pendinding dari kehilangan wang secara misteri, pendinding dari perbuatan toyol yang mencuri duit dan mengelak premis dari aktiviti tarik wang ghaib menggunakan Jin dan ilmu hitam.

Wallahu Ahlam. Semua izin Allah jua dan setiap kayu-kayuan dan batuan ada fungsinya seperti mana Rasulullah menganjurkan penggunaan Daun Bidara dan Batu Akik serta Firus oleh umatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan