Blog ini memaparkan mengenai barangan mistik, antik dan ajaib yang ada di Negeri Sabah seperti geliga, buntat, kayuan, harta karun, barangan mistik dan antik.
Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah
Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 15 Oktober 2011
BARUNG BAJAU-SULUK
Barung Bajau Suluk. Barung jenis ini dinamakan Barung Loangan dari jenis Shandigan, Ianya mempunyai lubang di tengah-tengah justeru itu ia dinamakan Barung Loangan. Asli buatan orang suluk Sabah. Barung ini hanya bilahnya sahaja dan dibuat dari besi spring Land Cruiser.Jika ada yang berminat dengan Barung jenis ini atau Barung lain-lain jenis hubungi saja penulis. Sarung dan ulu buat sendiri atau boleh juga ditempah dari penulis. Terdapat beberapa jenis ulu dan sarung antaranya ialah ulu suluk, ulu Bajau, ulu Yakan, ulu kakatua dan ulu Kota Belud. Barung ini dijual RM 250.
Khamis, 13 Oktober 2011
KAYU BALABAK LAM ALIF
Kayu Balabak Si Lampituk.Pernahkah anda mendengar legenda Pugai Balabak dan perempuan yang bernama Si Lampituk?.Si Lampituk adalah seorang perempuan di Pulau Balabak yang mempunyai 7 orang suami.Dialah yang mula-mula menemui kayu Balabak untuk dijadikan minyak pengasih sehingga siapa sahaja yang terkena minyak pengasih Pugai Balabak akan tunduk kasih dan sanggup mati demi orang yang mengenakan minyak pengasih ini.Kayu Balabak amat sukar didapati dan kayu ini penuh mistik dan seribu satu keajaiban.Pokok Kayu Balabak hanya tumbuh di Pulau Balabak dan di Pulau Banggi sahaja, itupun amat sukar untuk dijumpai kerana pokoknya tergolong dalam pokok ghaib seperti juga kunyit hitam.
Ciri-ciri Kayu Balabak ialah ia tumbuh menjalar dan pucuknya akan bertaut semula dengan pangkal akarnya seperti tunduk menyembah bumi menjadi bentuk Lam Alif atau Lam Jalalah. Walaupun ia membesar dan menjalar tetapi pucuknya tetap diakarnya sehingga pokoknya mati. Pokok ini hanya berdaun di hujungnya dan daunnya bujur runcing dan berbunga putih. Pokok Kayu Balabak hanya akan berbunga sekuntum sahaja setiap 10 tahun sekali dan bunganya hanya berputik dan mekar cuma dalam tempoh satu malam sahaja ketika bulan mengembang penuh 15 haribulan. Keesokan harinya, bunganya akan ghaib dengan sendirinya ketika fajar mula menyinsing. Justeru itu, amat sukar untuk ditemui bunga Pokok Kayu Balabak dan sepanjang yang diketahui setakat ini hanya Si Lampituk sahaja yang berjaya memperolehi bunga tersebut dalam keadaan segar. Si Lampituk telah meramu bunga Kayu Balabak bersama akar dan batangnya menjadi minyak pengasih yang amat dahsyat. Ibu minyak Si Lampituk inilah yang diwarisi dari generasi ke generasi dan jika ada yang meminta minyak Pugai Balabak akan diberikan minyak dari ibu minyak Si Lampituk bersama-sama secebis keratan kayu Balabak.Minyak ini walaupun hanya setitis sudah memadai kerana ia akan bertambah dengan sendirinya setiap bulan mengambang penuh dengan syarat ada cebisan kayunya bersama-sama minyak tersebut.Menurut legenda, minyak pengasih yang dipanggil PUGAI BALABAK amat sukar dibawa menyeberang lautan. Jika dibawa menyeberang lautan, maka angin taufan dan ribut akan bertiup dan mengejar si pembawa minyak ini.Segala ikan dan burung juga akan mengikut si pembawa Pugai Balabak untuk merebut Pugai Balabak dan ini termasuklah ikan yu dan burung camar yang berpusu-pusu mengelilingi Pugai Balabak.
Jika disimpan di darat pula semua binatang sama ada burung, haiwan berbisa, semut, lipan dan bermacam-macam lagi binatang akan tertarik kepada Pugai Balabak. Jadi, pantang sekali minyak ini disimpan di rumah kerana ular dan lipan akan selalu menziarah. Si empunya Pugai Balabak jika minat beristeri lebih alamat penuh kuota empat jawabnya. Namum begitu, Pugai Balabak sebenarnya adalah serba guna khasiatnya termasuklah sangat ampuh untuk menarik penyokong bagi ahli politik dan pelaris yang amat dahsyat tergantung niat dan kecendeungan si pemakai. Justeru itu, ramai yang mencari Pugai Balabak untuk diproses Tarik Duit dan kekuatannya melebihi 7 kali ganda Kebal Umum.Keampuhan Pugai Balabak adalah mengikut angin. Justeru itu, Pugai Balabak boleh digunakan walaupun dari jarak jauh melintas lautan. Jika ia dikenakan kepada si mangsa, cukup hanya ambil minyaknya seru nama si mangsa menggunakan jampi Bahasa Balabak si mangsa akan merindu, menangis dan sanggup berenang menyeberang lautan untuk menemui si empunya pugai.
Kayu Balabak di atas adalah Koleksi Peribadi penulis.Ianya belum lagi diproses dibuat Minyak Balabak. Walaupun ianya adalah batang sahaja, tetapi Insya Allah jika kena gayanya..dahsyat juga. Kayu Balabak ini diperolehi sendiri oleh penulis di hutan belantara di Pulau Banggi, tapi silapnya penulis hanya mengambil batangnya sahaja kerana kelam kabut, itupun habis seluruh bulu badan meremang. Kalaulah hari tu aku ambil dalam keadaan hidup bersama-sama akarnya untuk disemai, alamat aku jadi Si Lan Pituk kalaupun bukan Si Lam Pituk...kah..kah..kah...enda maulah tambah-tambah kuota penuh sudah.

CINCIN BESI KUNING
Cincin Besi Kuning. Cincin Besi Kuning yang diikat perak. Besi Kuning ini jenis yang tidak melekat di magnet. Insya Allah, berkhasiat untuk pemais diri, wibawa dan jika dipakai terasa badan bersemangat, hilang lenguh-lenguh dan lemah badan, terasa cergas dan berketrampilan. Berminat, maharnya RM 300.
MUSTIKA PULAU BATU HAIRAN KUDAT
MUSTIKA PULAU BATU HAIRAN
Mustika Pulau Batu Hairan. Mungkin ada pernah mendengar Pulau Batu Hairan, iaitu sebuah pulau kecil sebesar gelanggang bola keranjang yang tiba-tiba muncul di tengah-tengah lautan dalam di perairan Laut Sulu Kudat, Sabah.Fenomena ini pernah mengejutkan negara malahan menjadi berita hangat dalam akhbar di beberapa negara luar. Ajaibnya...pulau ini hanya muncul tiba-tiba cuma dalam satu malam sahaja di bulan ramadan ( kalau tidak silap pada tahun 1988 ) selepas angin ribut yang kuat di perairan Pulau Banggi, Kudat. Kemunculan pulau ini disedari oleh beberapa orang yang kebetulan kapal yang mereka tumpangi berlabuh betul-betul berhampiran dengan lokasi munculnya pulau ini. Ketika berlabuh, tiada sebuahpun anak pulau atau daratan di kawasan itu, tetapi siangnya pulau ini telah berada disitu. Sungguh ajaib dan mistik....
Di tengah-tengah pulau ini terdapat anak perigi yang airnya tawar dan pulau ini dipenuhi batu-batu karang laut yang cantik. Sebelum pulau ini tenggelam semula setelah timbul lebih kurang dua tahun setelah kemunculannya, ramai pengunjung dari dalam dan luar negara yang sempat mengunjungi pulau ini. Ada diantaranya mengambil air dari perigi kecil kerana dipercayai telah menyembuhkan beberapa orang yang mengalami sakit berat.Pengunjung dilarang mengambil sebarang objek kecuali air perigi dari pulau tersebut kerana ditakuti kapal yang meraka tumpangi akan dilanda ribut dan pengunjung ditimpa bahaya.Wallau ahlam bissawab...
Mustika yang dipaparkan di sini telah diperolehi oleh Guru Utama Persatuan Persaudaraan Seni Silat Awal ( Silat Awal ) Tuan Guru Adam Bin Yarija dan diberikan kepada penulis pada tahun 1989 sebagai koleksi peribadi. Khasiatnya ....nda payahlah dikasi tau di sini.
BUNTAT KUNYIT HITAM
BUNTAT KUNYIT HITAM. Buntat ini diperolehi bulan syawal yang lalu dari celah-celah isi Kunyit Hitam yang ditanam di rumah penulis. Penulis telah mencari buntat ini setelah mendapat petunjuk ghaib agar diambil suatu barang sebelum ianya diambil orang.Setelah discan secara batin bayangan kunyit hitam kelihatan dengan jelas.Esoknya penulis mencari benda yang dimaksudkan dan menemui buntat ini. Bila dipegang auranya meresap keseluruh badan dan ada jalaran mengalir dari jari yang memegang memenuhi badan . Khasiatnya... boleh pandang tembus dan melihat orang halus.Disimpan sebagai kenangan dan koleksi peribadi.
Rabu, 12 Oktober 2011
KETURUNAN DATU PADUKA MAT SALLEH
Keturunan Datu Paduka Mat Salleh. Semua orang Sabah kenal Datu Paduka Mat Salleh, tapi tahukah anda siapa nama sebenar Datu Paduka Mat Salleh. Ke manakah perginya keturunan beliau? benarkah bapanya cuma Ketua Kampung? dan ibunya orang Bajau?.Kenapa pemberontakan Datu Paduka Mat Salleh menguasai 90% Negeri Sabah. Benarkah beliau terkorban di Tambunan?, siapakah gurunya?.
Sejarah Sabah banyak dikelirukan dan disembunyikan fakta sebenarnya. Beliau juga disebut Datu Ahmad Salleh dan menggunakan nama timangan atau nama samaran Tuan Syeikh Abdul Salam. Ayahandanya adalah anakanda Sultan Iskandar Qudratullah Untong Muhammad Jamalul Azam (1830-1854) Sultan Magindanao. Ibunda Datu Paduka Mat Salleh ialah Pangeran Siti Aishah Binte Pangeran Abdul Rauf ( Raja Karambunai iaitu cicit Sultan Omar Ali Saifuddin 1 (1740-1778) Sultan Negara Brunei ). Ibunya dipelihara oleh orang Bajau Inanam.
Ayahanda Paduka Mat Salleh adalah Datu Butoh@ Haji Abdul Salleh bin Untong. Datu Untong kemudiannya menaiki takhta dengan gelaran Sultan Iskandar Qudratullah Untong Muhamad Jamalul Azam.
Isteri Datu Paduka Mat Salleh ada 3 atau 4 orang. Antaranya ialah sepupunya sendiri iaitu Dang Bandang binti Datu Makbul yang mempunyai kaitan dengan Sultan Jamalul Alam dan Sultan Syakirullah Sultan Sulu, moyang kepada Tun Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah. Oleh itu, Datu Paduka Mat Salleh adalah keturunan 3 kesultanan besar dari pancar 3 orang daripada Shariff 7 ( Wali Tujuh penyebar agama Islam pertama di Brunei, Sabah, Sulu, Mindanao, Sulawesi dan Kalimantan ).
Keturunan Datu Paduka Mat Salleh daripada isterinya yang pertama hingga terakhir banyak terdapat di Kampung Parapat Laut Kudat, di daerah Kudat, di Kota Marudu, di Pitas dan di Kota Kinabalu. Kesemua anak-anak Datu Paduka Mat Salleh telah disembunyikan dan dipelihara oleh sanak saudara terdekat untuk mengelakkan mereka diburu oleh pihak penjajah British.Malahan kesemua anak-anaknya tidak lagi memakai gelaran DATU atau SHARIFF dan bersembunyi hingga beberapa keturunan bercampur dengan orang kebanyakan dan orang ramai.
Sejarah dan pihak British telah mengakui Datu Paduka Mat Saleh telah terbunuh di Tambunan. Sebaliknya orang-orang Sabah mempercayai bahawa beliau telah ghaib dan tidak terbunuh.Sejauhmana kebenarannya biarlah ia menjadi cerita dan rahsia. Bagi yang mempercayainya tidak menjadi satu kesalahan kerana sejarah membenarkan kematian Datu Paduka Mat Salleh di Tambunan. Sebaliknya bagi yang mempercayai ia telah ghaib dan pernah bertemu dengannya sama ada secara life atau di alam halus juga tidak menjadi kesalahan kerana majoriti rakyat Sabah mempercayainya. Bagi hamba, kedua-duanya adalah logik tetapi jika dibuat undian hamba akan memilih yang kedua.
Bagi semua keturunan Datu Paduka Mat Salleh yang telah terputus susur galurnya, bolehlah menghubungi penulis. Darah keturunan anda selain boleh diuji dengan ujian DNA ( buat sendiri ), jika anda benar-benar waris yang sah datanglah berjumpa penulis. Insya Allah aura, darah, bulu roma, sinar wajah dan gerak tingkah laku anda akan memberitahu sama ada anda adalah keturunan Datu Paduka ataupun bukan.Jika perlu, rujuk kepada yang empunya keturunan......Ingatlah apakah ciri-ciri Ahlul Bait yang telah disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Selasa, 11 Oktober 2011
BARUNG PUSAKA " SAMPANG MANGAYAU" PANDAI BERDIRI
Barung Pusaka Pandai Berdiri. Barung adalah senjata ikon orang-orang Suluk dan Bajau. Barung ini dinamakan BARUNG SAMPANG MANGAYAU dan barung ini pernah digunakan dalam beberapa siri peperangan terbuka oleh pemilik asal senjata ini.Keistimewaan barung ini ialah Pandai Berdiri di lantai Meja Batu Mar-Mar.Ia juga boleh bergerak sendirinya dalam masa-masa tertentu. Matanya sangat tajam dan boleh memutuskan paku 2 inci. Hanya untuk tatapan mata sahaja.Koleksi Peribadi.
Langgan:
Catatan (Atom)