Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 14 Mac 2015

PAMPAN MALING


Pampan Maling. Khas untuk melindungi rumah daripada kecurian sama ada oleh manusia ataupun Jin Toyol.

Set Pampan Maling mengandungi Kayu Nimang, Tali Rabun Maling dan Wafak Rajah Maling.

Insya Allah rumah terlindung daripada kecurian.

Kayu Nimang Maling : Jika pencuri memasuki rumah kita, dia tidak akan mampu mencari jalan keluar dan seolah-olah berada dalam hutan dan sesat tidak mampu mencari jalan keluar.Hanya mampu mundar mandir macam orang hilang akal dan kebingungan.

Tali Rabung Maling : Orang yang hendak mengkhianati atau hendak mencuri rumah kita akan tertahan hasratnya dan jika hendak memasuki rumah kita, pencuri akan menjadi rabun matanya, tidak dapat melihat rumah yang hendak dicurinya. Jika dapat masuk rumah mungkin kerana ilmu yang diamalkannya, dia akan sesat dan tidak nampak jalan keluar.

Wafak Rajah Maling : Pencuri yang dapat memasuki rumah kita akan melekat tangannya pada barang yang dicurinya, akan berenang lemas dan kepenatan di lantai rumah seolah-olah dia berada dalam laut atau air sehingga kesiangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan