Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 1 Mac 2015

BATU SARANG HELANG


Batu Sarang Helang.Dikenali juga sebagai Geliga Burung Helang.

Berasal dari daerah Ranau dan diambil dari sarang burung helang di pokok yang tinggi. Dalam sarang helang yang besar ditemui tiga item mistik iaitu Batu Sarang Helang, Bulu Perindu Sarang Helang dan Kayu Manang Sarang Helang.

Batu Sarang Helang digunakan oleh Ibu Helang dan anak burung helang bagi mengasah paruh mereka agar mudah menangkap mangsa, digeruni mangsa dengan bunyi paruhnya yang tajam bagai pisau, sensitif pada sasaran serta berbisa.

Batu Sarang Helang berguna dalam dunia mistik sebagai media penggerun dan penunduk mangsa atau lawan kita. Ada orang menggunakan Batu Helang untuk menyabung ayam dan menakutkan ayam pihak lawan sehingga kecut hati dan lari melihat lawannya.

Ada juga orang yang menggunakan Batu Sarang Helang sebagai media pelaris dan pemanggil ghaib pelanggan kedai serta pendinding diri dan premis niaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan