Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 8 Februari 2014

WAFAK KULIT KIJANG PUTIH



Wafak Kulit Kijang Putih. Panjang Kulit Kijang Putih lebih kurang satu kaki.Wafak yang ditulis adalah Wafak Nur Buat ( Cahaya KeNabian ), Wafak Zulfakar dan Wafak Nabi Daud.

Wafak yang ditulis dengan tinta Zafaron ini berfungsi untuk Kebal sewaktu perang ( Insya Allah ), Pelias Perang, Penakluk dan Penunduk Musuh, Pendinding sihir, Pemberani, Penggentar lawan, dipandang mulia oleh lawan dan kawan.

Wafak Nur Buat adalah ayat al-Quran yang terukir di bahu Rasulullah berupa tanda lahir baginda sejak dalam rahim ibunya lagi. Ayat ini menandakan dan sebagai bukti KeRasulan Nabi Muhamad, justeru itu ia dikenali sebagai Nurun Nubuwwah yang bererti Cahaya KeNabian.

Wafak Zulfakar pula mengambil sempena Pedang Rasulullah, Zul Fakar yang dihadiahkan kepada Saidina Ali. Pedang ini mampu memenggal 50 kepala musuh sekaligus sewaktu Perang Badar sehingga Allah memuji Zulfakar dan Saidina Ali sebagai gandingan terbaik. Pedang ini menjadi Simbol Jihad Akhir Zaman dan telah dighaibkan.Dipercayai Pedang Zulfakar bakal dimiliki oleh Imam Mahdi di Akhir Zaman bagi memenggal kepala Dajjal.Wallahu Ahlam.

Wafak Daud pula berupa kesimpulan Ibu Besi yang menjadi Muzijat Nabi Daud. Nabi Daud mampu melunakkan atau melembutkan besi dan menjadi asal-usul timbulnya ilmu Kebal Besi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan