Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 20 Februari 2014

KULIT PELANDUK PUTIH



Kulit Pelanduk Putih. Koleksi peribadi. Berasal dari Pulau Balambangan, Banggi. Pulau Balambangan memang terkenal sebagai pulau yang banyak pelanduk. Kalau mau tangkap pelanduk di Pulau ini, umban dan pukul dengan kayu pun boleh dapat, memang jinak dan banyak.

Dalam banyak pelanduk, terdapat seekor yang bebulu putih mulus. Ditembak berkali-kali dalam jarak dekat, peluru senapang melias,Pelanduk Putih seakan dapat melencongkan arah peluru. Al hasil, Pelanduk akhirnya dibubut ( dikejar ) hingga kepenatan. Pulau Balambangan adalah pulau yang rata perpasir dan bersemak kecil, apa lagi Pelanduk Putih dihalau ke kawasan rata dan akhirnya berjaya ditangkap.

Hanya ini kulitnya yang tinggal dah dibagi-bagi pada kawan. Antara yang memilikinya ialah seorang Pegawai Tinggi Polis di Tanduo Lahad Datu berpangkat SUPT.

Mistiknya, bulu pada Kulit Pelanduk Putih ini pandai memanjang dengan sendirinya seakan hidup. Auranya memang power, apa lagi dipasangkan dengan Tanduk Pelanduk.

Asbab pelias peluru yang ampuh, pelaris ampuh,dihormat orang, pendinding diri dan diikuti oleh orang banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan