Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 12 September 2013

CINCIN TERAS NIBUNG TUNGGAL


Cincin permata kayu Teras Nibung Tunggal.Nibung Tunggal adalah kayu mistik yang banyak gunanya dalam kehidupan manusia. Dikatakan Teras Nibung Tunggal menjadi media untuk menakutkan golongan halus, menjadi pembisa yang sangat memudaratkan jika digunakan untuk memukul atau menumbuk orang. Musuh akan lemah anggotanya, lemah dan luntur ilmu dan kekuatannya jika dipukul dengan Teras Nibung Tunggal.

Orang kebal pula akan luntur ilmu kebalnya jika dipukul atau ditusuk dengan Teras Nibung Tunggal. Bagi pengamal susuk, dinasihatkan jangan mendekati Teras Nibung Tunggal kerana bisanya akan mengancam si pemakai susuk.

Teras Nibung Tunggal juga menjadi pendinding serangan ghaib dan ilmu hitam dari jin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan