Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 1 September 2014

GELIGA DONGOR



Geliga Dongor. Kira mau simpan untuk kegunaan sendiri, sebab yang lain dah dimaharkan, tapi oleh kerana ramai yang tanya dan minat, jadi Pat-Pat Siku Lipat Siapa Cepat Dia Dapat.

CINCIN GELIGA KELAPA


Cincin Geliga Kelapa. Koleksi peribadi yang telah lama disimpan. Khas untuk yang berminat memilikinya.Kegunaannya banyak macam terutama untuk pelaris dalam berjualan,pertahanan diri, menghilangkan aura bau dalam badan, melambatkan basi makanan, penawar keracunan dan sihir.

GELIGA BUAYA DAN TARING BUAYA GERGASI


Geliga Buaya. Lama sudah aku simpan-simpan, pusaka orang Sagaliud.Tiba masa untuk dilepaskan.Banyak kegunaanya terutama untuk kekuatan tenaga dan ketahanan badan.

Jika ada yang berminat, boleh dimaharkan sekaligus. Kata petua lama, taring buaya boleh digunakan sebagai media daya tahan seks di ranjang. Geliga Buaya pula jadi rebutan jika di Kalimantan Indonesia.

MINYAK COBRA


Minyak COBRA khas untuk membesar dan memanjangkan senjata sulit lelaki. Sapu dan urut selama 21 hari jadi panjang dan besar, kepalanya macam Ular Cobra, kalau mangana....mangajan si kawan merah mukanya manahan kabasaran, langap-langap mulutnya kasadapan, mangirik kagalian, malenggang-lenggang nda katantuan, sasak nafasnya, panuh ba mulut atu.

Urut saja, nampak terus batangnya mangaras, saiz membesar, kapalanya mangambang macam Cobra. Untuk lelaki sahaja, perempuan tidak boleh guna untuk urut nenen, nanti jadi panjang dan basar gantung-gantung, kalau jalan lugai-lugai. Lelaki, O.K boleh guna. Kalau sudah pakai minyak ni barang pun tahan lama kalau ba antam.

Ahad, 10 Ogos 2014

PUGAI MADU PUSAKA


Pugai Madu.Khas untuk mendamaikan dan merukunkan isteri-isteri yang dimadu, sama ada madu 2,madu 3 atau full madu 4.

Jika terkena semua isteri boleh tidur sebelah menyebelah, tidak bertumbuk berabut laki dan tidak berani main pisau walaupun marah. Madu-madu tidak betarik rambut dan bagogol gulik-gulik di tanah macam dalam Filem Madu Tiga P.Ramlee. Mustajab dan mujarab sampai mati.

Isteri-isteri akan semakin sayang menyayangi.Anak-anak dijaga bersama, si No.1 jaga anak si No.2 dan si No.2 jaga anak si No.1. Kalau sakit saling kasi minum ubat bukan kasi minum racun.Kalau jauh saling berkirim salam,berfacebook dan bersms.Kalau dekat saling jalan beriringan dan dukung mendukung anak,Laki lenggang-lenggang kangkung jalan sambil siul-siul walaupun banyak utang dan tanggungan, tidak stress dan gerigitan.

PASAK RAJA KAYU

Pasak Raja Kayu Sabah. Dari teras Raja Kayu. Kebiasaannya Raja Kayu tidak berteras tetapi keganjilan berlaku mungkin satu dalam sejuta apabila dalam Raja Kayu ditemui Pasak Raja Kayu yang mengalir seperti air tapi mengeras seperti batu.

Pasak Raja Kayu berwarna putih adalah keras seperti batu sewaktu cuaca sejuk, lembut seperti tepung roti martabak ketika cuaca panas, boleh menempel seakan gam jika diletakkan pada benda mistik tapi tidak tumpah seperti air dan tidak melekat di tangan.Memang ganjil dan mistik.

Boleh dibuat permata cincin jika dicanai. Pendinding angkara jahat manusia dan makhluk jahat, ditakuti jembalang dan jin hutan, bakar sikit di rumah maka hantu syaitan akan menyingkir.

Boleh mengubati orang kerasukan, sihir,keracunan,kena pelalau, kena pembenci, kena pugai,kena sawan,gila babi,gatal-gatal.

Boleh mengubati orang kena Semai (sejenis racun diperbuat dari bermacam benda gatal,bisa binatang dan air mayat, jika terkena kulit akan mengelupas macam berkurap,gatal,bersisik dan mengerutu).

Boleh mengubati orang kena Lontong (sihir buncit perut seperti orang mengandung yang diperbuat dari air mayat dan beberapa ramuan jahat,jika termakan perut akan membesar boroi dan akhirnya meletup atau mangsa maut).

Boleh jadi penunduk dan penyejuk hati orang marah dan garang.

KERIS PASAK HARIMAU



Keris Pasak Harimau. Keris lama yang unik dan mistik. Keris yang tiada belalai gajah atau gereneng,diperbuat dari besi padu, tajam tanpa perlu diasah. Tiga Lok, tanpa sarung dan ulu, mata bilah kehitaman tapi bukan karat.

Ditarik dari makam lama. Gaya buatan lama ala Sabah menampakkan keaslian Keris Sabah yang tidak sama dengan buatan lain-lain tempat.Khas untuk keris tempur, libas dan tikam.