Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Rabu, 26 Februari 2014

KAWASAN TANAH UNTUK JOINT VENTURE SELUAS 499 EKAR UNTUK TUJUAN TANAMAN RUMPAI LAUT/AKUATOURISM DI PULAU BALAMBANGAN


Salam, Kawasan Tepi Laut untuk Joint Venture bagi perusahaan tanaman Rumpai Laut atau membuat chalet atau pelancongan atau tujuan ternakan Balat.

Lokasi : Teluk Lung,Pulau Balambangan, Banggi
Luas   :  499 ekar
Syarat Hak Milik  :  T.O.L
Spesifikasi Kawasan  :  Kawasan telah pernah diusahakan dengan tanaman Rumpai Laut dan terbukti sukses serta sesuai  100%. Kawasan terlibat juga sesuai untuk menternak Balat ( Sea Cucumber ), lokasi terlindung dari tiupan angin serta mempunyai pantai yang cantik, indah serta menarik. Kawasan juga boleh dimajukan untuk ternakan ikan sangkar dan berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.


Khamis, 20 Februari 2014

KOLEKSI SET BULU/BULUH PERINDU




Set Bulu/Buluh Perindu bagi yang berminat memilikinya sekaligus. Dalam set ini terdapat;

1. Buluh Perindu Kinabalu
2. Bulu Perindu Helang Rajawali
3. Bulu Perindu Burung Naggur Daha
4. Kayu Manang Cintamani ( hadiah tambahan )

KULIT PELANDUK PUTIH



Kulit Pelanduk Putih. Koleksi peribadi. Berasal dari Pulau Balambangan, Banggi. Pulau Balambangan memang terkenal sebagai pulau yang banyak pelanduk. Kalau mau tangkap pelanduk di Pulau ini, umban dan pukul dengan kayu pun boleh dapat, memang jinak dan banyak.

Dalam banyak pelanduk, terdapat seekor yang bebulu putih mulus. Ditembak berkali-kali dalam jarak dekat, peluru senapang melias,Pelanduk Putih seakan dapat melencongkan arah peluru. Al hasil, Pelanduk akhirnya dibubut ( dikejar ) hingga kepenatan. Pulau Balambangan adalah pulau yang rata perpasir dan bersemak kecil, apa lagi Pelanduk Putih dihalau ke kawasan rata dan akhirnya berjaya ditangkap.

Hanya ini kulitnya yang tinggal dah dibagi-bagi pada kawan. Antara yang memilikinya ialah seorang Pegawai Tinggi Polis di Tanduo Lahad Datu berpangkat SUPT.

Mistiknya, bulu pada Kulit Pelanduk Putih ini pandai memanjang dengan sendirinya seakan hidup. Auranya memang power, apa lagi dipasangkan dengan Tanduk Pelanduk.

Asbab pelias peluru yang ampuh, pelaris ampuh,dihormat orang, pendinding diri dan diikuti oleh orang banyak.

Jumaat, 14 Februari 2014

BAMBU HARIMAU SHARIFF USMAN


Bambu Harimau Poleng Tumpat. Koleksi mistik unik dari Kubu Keramat Shariff Usman Marudu. Bambu ini dikenali juga sebagai Bambu Harimau Berduri. Tumbuh melegenda tepat di tiang bendera Kubu Shariff Usman 1846. Bendera dan Lambang Shariff Usman adalah Kepala Harimau dan Bambu ini sinonim dan misteri Tiang Keramat Bendera Kubu Shariff Usman.

Shariff Usman menjadi Legenda Marudu dan terkenal hingga hampir ke seluruh Eropah khususnya di negara seperti Itali, England, German dan juga di Nusantara. Beliau diabadikan dalam Novel Terkenal karya Penulis Itali di Barat sebagai SANDOKAN THE TIGER OF MALAYA. Di Malaysia, Filem animasi SANDOKAN yang ditayangkan di TV3 adalah menceritakan legenda Shariff Usman.

Di Marudu, legenda Shariff Usman dikatakan seorang yang Kebal, Gagah Berani,Mampu Berjalan di atas air dan Boleh memanggil hiduapan air seperti ikan, udang, kerang dan ketam masuk ke Pelusuk Teluk Marudu.

Bambu ini Tumpat, Temu Ruas, Poleng Belang, Berduri Tajam dan Berkulit Keras. Pokok Bambu ini sentiasa berbunyi dan menderu seperti ngauman Harimau walaupun tiada angin yang bertiup.

Asbab Pembuntu Tembak,Pelias Peluru, Pendinding ghaib dari serangan ilmu hitam, Penunduk orang, Pemikat, Perindu,Pembuka Kebal orang dan pemakai menjadi Kebal darurat.Insya Allah.

DUIT SYILING ONE CENT KING EDWARD 1903



Duit Syiling Straits Settlements King Edward VII tahun 1903. Sesuai untuk koleksi atau disimpan sebagai Ibu Duit.

ROTAN TEMU RUAS


Rotan Temu Ruas. Masih baru dan alami, bukan bambu temu ruas yang digam dan rekayasa.

Kegunaannya untuk pelaris,pemudah urusan, penunduk pelanggan,tarik hati dan sebagai sarana serat jiwa manusia dan haiwan.

CINCIN MUSTIKA SIPUT



Cincin Mustika Siput. Menambah wibawa diri, pendinding dari serangan ghaib,pembuntet peluru di medan perang dan untuk perubatan gangguan makhluk halus seperti keteguran, gangguan jin sewaktu tidur dan histeria.