Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 22 September 2013

VIDEO UJIAN BENDA KEBAL UMUM




Kebal Umum sehinggakan rambut dipotong dengan pisau cukur tak putus. Lengan dihiris dengan pisau cukur tapi tak lut, leher ditoreh dengan pisau cukur tapi tak luka. Itulah antara kandungan Video rakaman Ujian Benda Kebal Umum yang dipaparkan di atas.

Tiga benda kebal telah diuji secara berganti-ganti oleh 3 orang penguji yang masing-masing dihiris lengan dan urat leher mereka dengan pisau cukur yang baru dibeli, dipotong rambut berkali-kali tapi sehelai pun tak putus. Disimpul lagi rambut dan dipotong juga tidak putus sehinggakan Tukang Uji kejemuan menghiris dan memotong lengan, rambut, pipi dan disembelih dengan pisau cukur.

Video rakaman ini sangat menyeramkan, mendebarkan dan menakjubkan. Dibuat di Kota Kinabalu Sabah bagi membuktikan wujudnya benda Kebal Umum.

Video ini dijual kepada peminat dan pencari benda kebal umum, maklumlah setakat cerita saja orang tak akan percaya, jadi saksikan dulu video ini lepas tu anda buat penilaian sendiri. Jika nak berurusan benda Kebal Umum dapatkan dish ini dan saksikan dulu video rakaman ini sehingga anda benar-benar puas hati.

KUNYIT HITAM


Kunyit Hitam yang baru sahaja dituai kerana ditebus mahar oleh seorang peminat mistik.Isinya telahpun menghitam manakala anak tunas masih kelihatan pada ubi kunyit. Kunyit masih hidup dan basah. Dah rezeki pemahar yang bertuah tu.Nak tunggu ubi matang akan mengambil masa yang lama lagi.

Mudah-mudahan Kunyit Hitam ini akan membawa tuah pada si penebus walaupun mahar tebusnya sangat murah tapi dah rezeki dia, kita reda saja.

CINCIN PERMATA BATU SERAI KUNING




Cincin Permata Batu Serai. Batu Serai Kuning yang telah siap dipotong ini adalah berasal dari rumpunan serai berbunga.Permata Batu Serai ini menempel pada cermin iaitu ciri khas permata batu serai asli.

Hasil ritual dari rumpun serai berbunga. Khasiat utama Batu Serai adalah sebagai pemanis diri, pengasihan umum, tarik rezeki dan membuang aura jahat dalam diri serta pendinding diri dari gangguan halus.

Isnin, 16 September 2013

BINTIL TAPAI RUSA


Bintil Tapai Rusa ditemui dalam perut rusa. Berguna untuk mengubati penyakit sawan kanak-kanak, gila babi dan serangan angin ahmar.

GELIGA PENYU



Geliga Penyu. Sangat sukar diperolehi dan menjadi buruan peminat barangan mistik. Khasiatnya sebagai penarik rezeki di laut, pendinding diri, penolak angin dan pemukau pandangan orang.

CINCIN GALIH KELOR


Cincin Galih Kelor Hitam. Galeh Kelor yang cukup matang sehingga hitam legam. Kegunaan dan kemistikan Galeh Kelor tidak asing lagi bagi peminat mistik antik. Pendinding diri dari angkara sihir dan racun, gangguan halus dan guna-guna, selusuh dan penawar gigitan binatang berbisa, penawar serbaguna.

Di Indonesia, Galeh Kelor digelar juga Raja Teras Kayu kerana keampuhannya dan khasiatnya yang amat banyak.

Khamis, 12 September 2013

GELIGA BURUNG MERAK


Geliga Burung Merak. Koleksi peribadi yang ingin ditukar milik. Diperolehi secara mistik di sebuah masjid ketika sedang beruzlah dan berzikir di masjid. Batu ini terbang jatuh secara ghaib dan tiba-tiba berada di tepi sejadah.

Khasiatnya memudahkan segala urusan harian, disayangi dan dikasihani orang, dikagumi dan diminati ramai, penunduk umum, percakapan dan pidato kita didengar orang serta menjadi daya tarik pelanggan.