Rantai Bumi kebal rambut 5 sambung. Kebal umum walau 3 orang bersambung tangan, rambut tidak putus bila dipotong dengan pisau gelet. Gambar belum dapat diup load, barang asli dan telah diuji cuba. Video rakaman belum dapat aku up load talampau sibuk ba.
Banda ni parnah sudah dibawa batimbak lawan sama askar Jepun, orang baris di belakang semua jadi kebal, peluru rasa macam kana umban sama tepung martabak saja, nda ada rasa apa-apa.Pusaka katurunan tapi sudah nda mau simpan, mau jual saja supaya capat kaya. Kebal pun nda ada guna kalau nda kaya. Apalah gunanya badan jadi kabal, nda mampan peluru, nda luka ditatak tapi nda kaya. Sudahpun nda kaya, nda ensom lagi badan pun ada kurap sikit-sikit bilang urang Kurap Ilmu kono.
Jika ada yang minat, benda ni mau ditukar milik dalam kiraan RM juta. Bila-bila saja boleh test tapi, bawa duit terus atau bukti kemampuan buyer. Barang gerentee ada dan dijamin asli urijinal 100% bukan isian.
Rupa barang ni macam kayu, macam besi. Bersambung-sambung gelungnya macam rantai ada 5 lubang. Kalau dipegang ada gatal-gatal sikit, makin digaruk makin sadap. Kalau dikasi jatuh dalam mangkuk ada bunyi teng..., tapi macam kayu.
Blog ini memaparkan mengenai barangan mistik, antik dan ajaib yang ada di Negeri Sabah seperti geliga, buntat, kayuan, harta karun, barangan mistik dan antik.
Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah
Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Selasa, 4 September 2012
Jumaat, 29 Jun 2012
PUGAI PUTAR JANTUNG
Pugai Putar Jantung ini kalau bikin kasi kana sumandak, buleh naik gila talanjang bulat mambubut sama tariak-tariak mamanggil nama si pamugai. Jadi nda buleh main-main nanti bikin kawin sama bikin gaduh ni.
Kalau sumandak takana, jantungnya macam dicucuk jarum, tabalik jantungnya ingat gila suka kasarungan sama kita.Makan minum tidur jalan birak kancing tengok tv tengok intenet semua dia ingat kita. Jadi lama-lama nangis sandiri nda manahan menanggung asmara.Last-last lari cari kita minta.... jadi pandai-pandailah bawa jumpa imam tarus nikah gantung, baru kau tau, ini kalilah.....siapa suruh kau sumbung.
GELIGA UMANG DARAT
Kalau kamu kaki pancing, ngam betul ni Geliga Umang Darat tapi kalau kamu urang nalayan, aku timbang juga kasi murah maharnya sama kamu. Tapi kalau untuk bawa pertandingan memancing, aku kasi mahal maharnya. tapi buleh runding baa...
GELIGA KIMA HITAM
Geliga Kima Hitam ini adalah dari dalam kerang besar ( spesis kerang terbesar di dunia) yang disebut Kima ( Sabah ). Asli dan satu saja. gunanya untuk pelaris niaga dan bawa mamancing ikan. Geliga ini hidup dan pandai membesar.
Kalau bawa mangurat kidum-kidum saja urang nda tantu pasal sama kita.Lain-lain guna nantilah kasi tau. Kalau dibuat permata cincin atau buah kalung ngam betul ni, macam di KK.
DUIT YASSIN SEMBILAN KEBAL KULIT
Duit Yassin 9 Nabi Khidir ini dibuat dari besi kuning. Kebal kulit, rambut tiada test.Malas mau test-test nda ada kawan mau mamutung rambut.Kulit kalau dicucuk jarum macam baladar, malumpat jarum tu. Aku tau ramai yang minat ini barang, kalau ngam cerita ok juga tapi kalau nda ngam jangan mimpi.
Duit ni berkadam, tapi jangan cuba-cuba tarik kadam nanti kadapatan kamu, masalah lagi. kalau mau runding baik-baik jangan main balakang, haram....
TERAS GEMUNGGAL MARUDU
Teras Gemunggal atau Teras Kelor Marudu ini telahpun dicanai sebagai permata cincin. Nda payahlah aku kasi tau guna teras gemunggal atau teras kelor ini sebab memang famos sudah urang tau. Sukang racun, sukang sihir, tahan asid, ular dan binatang bisa nda barani gigit, nda kana kalau dipugai urang.
Kalau perempuan yang pakai dipirik pun nda dia kana sanyum-sanyum saja apa lagi kalau satakat pengodan dan ondab-ondab ( ilmu sihir urang Sabah), semai dan lontong pun nda kana kalau pakai cincin teras gemunggal ini.
Kalau urang ada ilmu kebal, kamu tarailah pakai cincin teras gemunggal atau genggam di tangan saja dan kamu parang urang kabal tu, mesti tambus punya. Jadi kalau ada ilmu kabal tu jangan cuba-cuba minta puji atau tunjuk-tunjuk nanti sandiri yang naas.
Selasa, 26 Jun 2012
KAYU MANANG JADI BATU
Kayu Manang Jadi Batu ini adalah fosil kayu yang telah menjadi batu. Urat dan ira kayunya masih jelas kelihatan. Beratnya mau 2 kilogram dan masih asli belum dipotong atau dicanai lagi. Bilang orang khasiat Kayu Manang Jadi Batu ini amat banyak sekali antaranya untuk bawa bicara akan manang, bawa apa-apa pertandingan boleh manang, antu syaitan takut, orang akan hormat dan segan sama kita kalau kita bawa ( bawa saja 2 kilo ni pigi mahkamah atau jumpa bos, gerentee urang akan takut dan segan sama kita, takut kana umban sama banda ni ). Bikin parmanis dan palaris diri, pelaris niaga dan macam-macam lagilah. Tapi yang paling baik ialah dibikin cincin dan bawa jalan-jalan jumpa martua, mesti dia kalah sama kita dan ikut saja cakap kita. Baru kau tau....
Langgan:
Catatan (Atom)









