Blog ini memaparkan mengenai barangan mistik, antik dan ajaib yang ada di Negeri Sabah seperti geliga, buntat, kayuan, harta karun, barangan mistik dan antik.
Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah
Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Ahad, 5 Januari 2014
TANDUK PUPUL RUSA PUTIH
Tanduk Rusa Putih yang Pupul atau Jatuh sendirinya. Sesuai untuk dibuat permata cincin, ulu senjata dan seumpamanya. Banyak kegunaan mistik-antiknya
KAYU LINGKAR TEMBUS
Kayu Lingkar Tembus. Banyak dicari oleh orang lama kerana dianggap daya mistiknya yang kuat bagi tujuan pemikat dan kerukunan suami isteri, pengasih dan perukun orang bermadu atau orang yang bersengketa sesama sendiri,pelaris dagangan dan pemikat lawan jenis.
Baik untuk disimpan di rumah dan dibuat koleksi mistik - unik.
AKAR NIMANG KEMBAR LAM ALIF
Akar Nimang yang berkembar dan melingkar bersimpul membentuk huruf LAM ALIF atau LAM JALALAH. Beginilah kekuasaan Allah, asma dan hurufnya ada di mana-mana sahaja, terpulanglah kepada manusia untuk menghayati, memikirkan dan menginsafi keBesaranNYA.
Akar yang mistik, ajaib dan unik. Banyak kegunaannya. Hadiah dari alam bunian.
KULIT KIJANG EMAS KENCANA
( Perbandingan warna Kulit Kijang Emas Kencana dan Kulit Kijang biasa )
Kulit Kijang Emas Kencana. Kijang Emas adalah haiwan mistik yang dianggap mempunyai aura dan daya mistiknya. Kijang Emas adalah Kijang Putih yang menjadi Raja segala Kijang di sesebuah wilayah hutan atau Negeri. Kijang Emas atau Kijang Putih menjadi haiwan peliharaan golongan orang Bunian, justeru itu ia mempunyai daya mistik dan keajaiban.
Hanya ada satu dalam sejuta. Ratu Kijang yang berwarna putih pada awalnya, apabila telah dewasa warna bulunya akan bertukar keemasan dan dikenali sebagai Kijang Emas Kencana. Kulit Kijang Emas kencana dianggap mengandung banyak khasiat mistik, antaranya;
1. Pelaris dan Penunduk ampuh. Dibawa berniaga, langganan akan ramai.Dibawa berjumpa orang berpangkat, Insya Allah tunduk dan hormat kepada kita.
2. Pelaris ikan kepada si pemancing. Jika dibawa memancing, Insya Allah akan berjaya mendapat banyak ikan.
3. Pelaris buruan. Jika dibawa memburu, akan didatangi oleh haiwan buruan dan dapat haiwan buruan
4. Pendinding diri.
5. Disukai dan dikasihi orang dan golongan bunian.
Ada juga yang gunakan Kulit Kijang Kencana sebagai media pelet,ibu duit.
Kulit Kijang Emas Kencana ini berasal dari daerah Ranau, di kawasan pergunungan Kinabalu.
Khamis, 2 Januari 2014
AMBAR RAJA IKAN
Ambar dari Muntah Raja Ikan di laut. Banyak guna dan khasiatnya. Bagi orang-orang Bajau di Sabah, ambar dikatakan harta karun laut kerana banyaknya khasiat dan kegunaannya, ubat bermacam penyakit, penarik gedung rezeki dan kekayaan.Khasiatnya menyamai ular Cintamani kalau berkaitan kerezekian.
Orang-orang Cina pula menjadikan Ambar Muntah Raja Ikan sebagai Raja ubat untuk bermacam-macam penyakit. Harganya sehingga mencecah ratusan ribu sekilogram.
Ambar Muntah Raja Ikan bukannya batu ambar yang berasal dari pokok tetapi sejenis benda mistik di laut yang menjadi rebutan raja-raja ikan untuk ditelan. Ikan yang menelannya akan menjadi raja di kalangan ikan spesisinya dan pada suatu waktu ia akan memuntahkan kembali untuk menjadi rebutan ikan-ikan lain. Raja ikan akan mati selepas memuntahkan ambar.
Ambar yang dimuntahkan Raja Ikan akan dihurung oleh segala jenis ikan untuk dimakan, dikerumuni oleh bermacam burung laut terutamanya burung camar untuk dimakan dan menjadi rebutan.
KEMENYAN LAUT
Kemenyan dari laut. Banyak kegunaan mistiknya bagi yang mengerti dan memerlukannya.Jika dibakar, aromanya menusuk jiwa dan merangsang rasa mistik, meremangkan bulu roma.
Mungkin ada guru-guru tarik atau paranormal mistik yang menghendakinya.
SELAMAT TAHUN BARU 2014
Semoga tahun baru 2014 menjanjikan hari yang baik dan bertuah untuk semua. Sama-samalah kita berusaha meneruskan kehidupan seharian, jauhilah pertelingkahan, fitnah memfitnah, rasa permusuhan dan saling curiga.
Semoga kita semua mendapat ganjaran dari Allah S.W.T dan sentiasa mendapat rezeki, pertolongan dan kasih sayangNya serta segala harapan dan doa kita dimakbulkan Allah.
Jangan...lupa.., Tunaikan Zakat Perniagaan dan bayar Cukai Pendapatan, Perbaharui Lesen Perniagaan dan banyakkan Doa dan Tawakkal kepada Allah.
AMIN.
Langgan:
Catatan (Atom)