Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 7 Ogos 2014

CINCIN DELIMA MERAH






Tiba masanya untuk dilepaskan kepada yang berminat menyimpannya. Asli batu Delima. Batu ini telah diuji oleh seorang Tukang Cincin ( Pakar Batu ) di Tuaran Sabah, dapat menggerakkan batu geliga badar yang diletakkan dalam gelas berisi air.

Video tidak ada, ajukan saja cincin di jari ke arah batu geliga dalam air di gelas, batu geliga bergerak dan berputar macam gasing dalam air, turun naik, pusing kiri kanan ikut arah cincin ini diunjukkan.

Jika dibawa tidur, Insya Allah kiriman sihir dan jin syaitan macam bunyi ranting patah saja, tidak memberi kesan cuma seakan ada letupan kecil di telinga sebagai tanda kiriman ilmu jahat musnah sendirinya.

Jika dipakai, hati akan tenang, stress akan hilang dan ada kedamaian di hati, lebih-lebih lagi jika diiringi zikir Qalbi oleh si pemakai. Banyak lagi kelebihannya yang tidak dapat diceritakan di sini.

Batu ini jika diteteskan sedikit air di permukaannya, air akan melekat tidak jatuh mengalir.Warna Batu Delima ini adakalanya berubah-ubah kadang kala merah sirap, kadang kala merah jernih bercahaya, kadang kala merah warna delima mengikut masa dan bulan tertentu.

Saiz 8.5, ikat dari logam syiling lama yang padu.


2 ulasan:

  1. Batu delima merah telah diuji mampu memerahkan air dalam gelas boleh datang sendiri untuk menguji kepada yang serius untuk memilikinya..0137641874 whatsapp only...area sabah

    BalasPadam