Ilmu Istinjah atau Istinjak Awal ( Istinjah Wali ) adalah satu ilmu persucian diri. Ilmu ini adalah warisan turun temurun dari perguruan Wali 7 ( Borneo-Sulu ) dan menjadi amalan Wali-Wali tersohor seperti Syarif Makhdum ( Syariff Awlia ). Menjadi amalan kerabat Raja, KeDatuan dan KeSharifan di Tanah Sabah dan sekitarnya.
Pada mulanya ilmu ini hanya menjadi amalan keturunan dan menjadi pusaka keturunan sahaja. Walau bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan jika ia dibuka untuk dipelajari oleh orang lain jika mereka benar-benar berhajat ( pesanan Guru ).
Ilmu ini jika diamalkan, ia akan mampu membersihkan lahir dan batin, membersihkan roh dan empat anasir ( Tanah, Air, Angin dan Api ) yang menjadi anasir awal kejadian kita ( Zuriat Nabi Adam ). Jika Kesempurnaan Suci telah diperolehi maka ilmu-ilmu berkaitan kebatinan, silat batin, tasauf, laduni, ilmu Kenal Diri,Tarekat dan Ilmu Ketuhanan akan dapat dipelajari dengan mudah dan cepat mendapat hidayah, cepat naik peringkat, cepat dapat petunjuk dan power akan berlipat ganda.
Ilmu ini juga mampu menjadi landasan mengenal ilmu kebal awal, ilmu sahabat awal dan berguna untuk dunia dan akhirat.Ilmu ini menyatukan dan membersihkan syariat,tarekat,hakikat dan marifat.
Pengamal Ilmu Istinjah akan terlindung dari bencana sihir, gangguan Jin jahat,kerasukan dan seumpamanya. Kata orang-orang tua "Junub Istinjah adalah Kepala segala Ilmu". Jika istinjak kita tidak bersih maka ia adalah perkara pertama yang menjadi hisab dan Siksaan Kubur kepada si mati.Justeru itu Rasulullah selalu mengingatkan agar umatnya beristinja sebersih-bersihnya.
Istinja Awal akan membersihkan tempat buang najis depan dan belakang,membersihkan sulbi dan pusat. Setiap satunya ada bacaan ayat ( dibaca dalam hati setelah yakin hilang rupa, hilang bau, hilang rasa dan hilang najisnya, dibaca di tempat yang bersih ).
Selepas itu ada persaksian kebersihan zahir dan batin ( dalam Kalimah Syahadat diisbatkan ). Ada Doa Kesempurna Suci. Kenapa pusat perlu dibersihkan...? kenapa sulbi perlu disucikan dan ada ayat dibacakan, semuanya berkaitan asal-usul kejadian awal dan akhir manusia di alam Rahim, alam dunia, alam kubur dan di alam barzah.
Pusat adalah hubungan saudara awal insan, sulbi pula adalah sumber dibangkitkan insan di yaumil qiamah.
Ilmu ini bukan untuk dijual beli, bukan untuk dimaharkan. Ketika menuntut dahulu kami hanya menyediakan air sembahyang guru, air mandian, beras, lauk, kayu api dan membantu kerja harian guru. Seiring dunia siber maka gantian hadiah ikhlas sebandingnya adalah lebih baik diadakan.
Wassalam..
Blog ini memaparkan mengenai barangan mistik, antik dan ajaib yang ada di Negeri Sabah seperti geliga, buntat, kayuan, harta karun, barangan mistik dan antik.
Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah
Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Selasa, 1 Oktober 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalam Datu Sangkula,
BalasPadamberapakah nilai RM sebagai gantian hadiah ikhlas yg sebandingnya itu?