Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 8 Ogos 2013

BATU BERTULISAN AYAT AL QURAN DI TEMUI DI SUNGAI KAINGARAN, RANAU SABAH ( BATU BERSURAT KEINGARAN RANAU )





Hari ini akhbar Borneo Post memaparkan penemuan Batu Berukir ayat al Quran iaitu Bismillahir rahmanir rahim diulangi sebanyak 24 baris.Tulisan ini diukir pada seketul batu bulat berukuran 50sm dan ukur lilit 132sm seberat 35kg. Penemuan ini berlaku di penghujung bulan Ramadan 2013  di Sungai Kaingaran, Ranau.

Batu ini ditemui oleh dua orang pelajar sekolah agama yang mandi-manda di sungai Kaingaran, Ranau hanya 7Km dari Pekan Ranau dan terletak di kawasan pergunungan Gunung Kinabalu. Penduduk Ranau adalah terdiri dari suku Kaum Dusun yang sebahagiannya beragama Islam. Mereka mula  memeluk agama Islam sekitar tahun 1900-1970an sahaja.

Jika Batu Ukiran ini satu penemuan sejarah, maka ujian Karbon untuk mengesahkan tarikh usia batu ini perlu dilakukan oleh Pihak Muzium atau lain-lain pihak pengkaji sejarah. Kemungkinan jika usia batu ini mencecah ribuan atau ratusan tahun, maka ia akan mampu mengubah sejarah kedatangan Islam ke negeri Sabah dan Tanah Borneo.

Mungkinkah dahulu kawasan lereng Gunung Kinabalu dan kawasan sungai sekitarnya adalah tempat yang pernah diduduki oleh masyarakat beragama Islam ribuan tahun yang silam?, mungkinkah juga batu bersurat ini ada kaitan dengan gunung Piramid di kawasan Kinabalu?, mungkin juga batu bersurat ini ada kaitan dengan anak Maharaja China Ong Sum Ping dari Dinasti Ming yang beragama Islam yang berkahwin dengan Kerabat Sultan Brunei lebih kurang 600 atau 700 tahun yang silam? atau mungkin batu ini ada kaitan dengan anak Maharaja China yang berebut mendapatkan Gemala Naga Gunung Kinabalu ratusan  tahun yang silam?

Segala-galanya akan terjawab dengan mengesahkan tarikh usia Batu Bersurat Kaingaran ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan