Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Rabu, 24 April 2013

KELEWANG ATI-ATI



Kelewang Besi Ati-Ati ini dibuat daripada besi ati-ati hitam iaitu salah satu campuran besi timbul yang sangat berkhasiat dalam dunia mistik. Kelewang Mini ini fungsi utamanya ialah sebagai pendinding diri, penakluk jagat, ditakuti jin jahat, pengasihan umum dan berguna dalam perubatan mistik berkaitan mahkluk halus.

Sarung Kelewang ini diperbuat dari akar bahar dan Kelewang jenis ini kadangkala dikenali sebagai Kelewang Dewa.Pamor Kelewang ini adalah Pamor Air Mengalir yang berkaitan dengan aliran kerezekian dan tuah kehidupan manakala pada bilah kelewang terdapat 4 lubang kecil yang melambangkan 4 anasir Combong Alam ( iaitu tanah, air, angin dan api ). Unsur Combong Alam dikaitkan dengan tuah dan telaga kerezekian serta pertahanan diri yang bersumber segalanya dari kejadian 4 anasir alam dan 4 anasir kejadian insan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan