Blog ini memaparkan mengenai barangan mistik, antik dan ajaib yang ada di Negeri Sabah seperti geliga, buntat, kayuan, harta karun, barangan mistik dan antik.
Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah
Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH
Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.
Selasa, 26 November 2013
ROTAN PULANGGANI BUNIAN
Rotan Temu Ruas, Tunduk Rukuk, Lingkar Wali, Pulas Buku dan Songsang Buku. Lima jenis rotan mistik dalam satu batang sahaja.Rotan ini dinamakan Rotan Pulanggani berasal dari perkampungan bunian.
Asbab Penunduk ampuh, Pendinding pukau, kecurian dan ilmu hitam,Pelaris dan Pemikat dan sebagainya.
Ada orang menggunakan rotan ini sebagai media petua pemancing ikan, media mendapatkan buruan di hutan, media menawan dan menundukkan hati orang sewaktu berurusan di jabatan, penunduk orang garang dan haiwan ganas.
Ada yang menyimpannya sebagai asab petua pelaris perniagaan dan pemanggil pelanggan secara ghaib, pendinding premis dari kecurian dan serangan ghaib. Ada yang menyimpannya di Rumah Walet untuk tujuan memanggil dan membanyakkan kedatangan burung walet.
Orang-orang Laut yang bekerja sebagai nelayan menggunakan Rotan jenis ini sebagai petua disimpan di Kelong Ikan atau Bubu Ikan untuk tujuan memanggil ikan dan memerangkap masuk ke dalam bubu dan kelong.
Dalam masa peperangan Rotan Lingkar Wali digunakan juga sebagai petua pelimun dan pengabur pandangan mata musuh, pembuka kebal lawan dan penggentar lawan pandang.
Wallahu ahlam, semua denga izin Allah jua.Allah punya kuasa, makhluk cuma sarana mengalirnya Kekuasaan dan Kebesaran Allah.
Jumaat, 22 November 2013
ROTAN SONSANG SAMBUT RUAS
Rotan Songsang Sambut Ruas. Masih asli dan alami, belum dipotong-potong. Rotan yang kuat aura mistiknya, songsang ruasnya, akar dan hujungnya dalam keadaan berlawanan atau saling bersambut ruas.
Banyak kegunaan mistiknya khasnya sebagai penjaga rumah atau premis dari gangguan ghaib, hasad dengki, khianat, niat jahat,pukau dan juga kecurian. Pembalik kiriman sihir dan ilmu hitam, ditakuti jin jahat dan hantu bangkit, pendinding diri,pembisa pukulan.
Akar Rotan Songsang seakan janggut itu menjadi petua pembuka ilmu kebal tembak. Masukkan saja dalam lubang senapang atau sisipkan saja di Kelopak Peluru M16 tu mengikut kaedah dan cara tertentu , lepas tu tembak.... Insya Allah orang kebal tembak akan ditembusi peluru.
Asbab petua yang sangat ampuh dan alami.Tidak perlu apa-apa amalan atau ritual, cuma ikut saja kaedah dan cara penjagaan atau menyimpannya. Kata orang, petua itu lebih tua dari ilmu, ilmu perlu dipelajari dan diamlkan petua cuma perlu diketahui,diikuti dan difahami.
KOTAK GELIGA KULIT LOKAN
Kotak bertutup Kulit Lokan dan berdinding Kulit Tiram, khas untuk menyimpan barangan mistik antik seperti Geliga, Batu Delima, Mutiara, Buntat, Batu Mistik, Besi Kuning atau Keris Kecil dan barangan berkhadam.Bahagian dalaman berlapis kain baldu.
Menyimpan barangan mistik dalam Kotak Kulit Lokan akan menambahkan aura dan power barangan mistik disebabkan Kulit Lokan bersifat alami yang menyerap dan menyimpan aura alami alam yang berguna untuk menghidupkan barangan mistik.
Rabu, 20 November 2013
BAMBU TEMU RUAS
Bambu Temu Ruas. Alami dan asli. Berkhadam alami dan khasiatnya, Insya Allah ada bagi yang mengerti dan memahami kelebihan bambu jenis ini.
KAYU NIMANG PUKI KECIL
Kayu Nimang Puki ni kecil lubangnya berbanding Nimang Puki yang diupload dahulu. Kalau dulu lubangnya besar tapi yang ini kecil saja seakan lubang jarum jahit karung.
Asli dan alami ba, khasiatnya mesti power. Maklumlah, lebih kecil lubangnya lebihlah daya tariknya, lebih kuat khasiat alaminya.
CUCUK SANGGUL ANTIK BUNGA GOYANG
Cucuk Sanggul Antik Bunga Goyang. Tembaga berpintal dengan motif bunga kelapa dan berkaki dua. Ada 3 sahaja. Jika ada yang berminat, sms saja.
Langgan:
Catatan (Atom)