Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Rabu, 6 November 2013

KAYU BERPELUK


Kayu Berpeluk. Kayu yang berlainan jenis tetapi berpeluk dan saling merangkul antara satu sama lain, macam orang sedang berasmara dan main seks sehingga tidak mahu berpisah. Ibarat Romeo dan Juliet kayu ini seakan saling mengasihi dan menyayangi, tidak mahu berpisah.

Kayu Berpeluk sering diburu orang kerana banyak kegunaannya terutamanya untuk memikat kekasih, merangsang nafsu seks, merukunkan isteri-isteri yang bermadu, pembirahi,pekasih dan mengikat pasangan yang liar agar melekat dan berbalik kasih.

Kayu ini dimaharkan secara berpasangan jantan dan betina atau laki-laki dan bini-bini.

BAMBU JALU TEMU RUAS



Bambu Jalu Temu Ruas. Khasiat adalah untuk kedarjatan, dipandang dan dihormat orang, pemanggil walet, pelaris dan memudahkan urusan harian, Insya Allah.

Sabtu, 2 November 2013

ROTAN SONGSANG TEMU RUAS


Rotan Songsang Temu Ruas. Asbab pelaris, pemikat, penunduk manusia dan memudahkan urusan harian. Pendinding pencuri, pukau dan ilmu hitam.

Ada juga menjadikan Rotan Songsang Temu Ruas untuk mendamaikan orang bermadu.

KAYU HUNGKUNG MAMATAI



Kayu Hungkung Mamatai. Kayu yang berasal dari Daerah Matunggong Kudat. Digunakan sebagai media untuk memamah kaca. Kayu ini dikunyah sedikit dan lepas tu makanlah kaca seumpama gelas atau cermin, macam makan kerupuk saja. Kaca jadi lembut dimulut dan mudah dikunyah oleh gigi tanpa melukakan mulut si pemakan.

Jika makanan mengandungi racun, Insya Allah gelas minuman akan pecah dengan sendirinya.Hanya perlu dibawa dalam poket sahaja.

GELIGA LEBAH



Geliga Lebah. Koleksi lama untuk dimaharkan. Geliga Lebah menjadi media pelaris yang ampuh serta permanis diri bagi si pemakai. Terhad 2 biji sahaja.

CUPU TEMBAGA HIJAU





Cupu Tembaga Hijau.Barang pusaka lama.Berguna untuk menjadi media Tarik Duit Ghaib. Cupu ini dibuat dari tembaga hijau jenis tebal, saiz mulut cupu ini sebesar duit syiling RM 50 sen atau sama saiz dengan duit syiling Rupiah 500.

Banyak geng-geng tarik mencari Cupu Tembaga yang mulutnya sebesar duit syiling 50 sen bagi urusan kewangan di bank ghaib.

CINCIN PERMATA MANI GAJAH




Cincin Permata Mani Gajah. Asbab pengasihan dan penunduk.