Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Isnin, 13 Januari 2014

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 2014 : MIMPI BERTEMU NABI...ILUSI ATAU NYATA?

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2014 saya ucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat serta semua bloger peminat mistik di manapun berada.

Sempena Hari Kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W sama-samalah kita bersalawat kepada Nabi. Allah menjanjikan satu (1) kali salawat yang diucapkan kepada Nabi Muhamad S.A.W akan dibalas oleh Allah Rabbul Alamin dengan 10 salawat balasan kepada orang yang bersalawat kepada Rasulullah. Allah juga mensyaratkan salah satu sebab makbulnya doa hamba Allah ialah dengan didahului oleh Salawat. 

Bayangkanlah, bagaimana kalau Tuhan sendiri yang bersalawat kepada anda...?

Rasulullah pernah menjanjikan dalam hadisnya  bahawa siapa umatnya yang bermimpi berjumpa dengannya sebelum dan selepas kewafatannya maka mimpi itu adalah benar dan yang dimimpikan itu adalah sebenarnya Rasulullah kerana Iblis, Syaitan dan Jin telah dihijab untuk tidak akan mampu menyerupai atau meniru rupa, gaya, suara hatta bayang-bayang Nabi Muhamad sekalipun. Nabi Muhamad terpelihara daripada sebarang tiruan atau penyerupaan oleh apa-apa makhluk sekalipun.

Justeru itu....sesiapa yang pernah bermimpi berjumpa atau bersua muka dengan Rasulullah, sedikit renungan untuk kita bersama;

1. Rasulullah tidak akan memandang rupa orang yang bermimpi, ia akan menyipi atau mengiringkan pipinya.Selalunya berlaku pada mimpi pertama kali.

2. Jika mimpi berpandang mata atau berhadapan dengan Rasulullah, orang yang mimpi tidak akan dapat menggambarkan sepenuhnya wajah Nabi dalam lisannya ( kecuali dengan izin Allah dan Rasulnya ).

3. Mimpi bertemu Rasulullah adalah satu tanda dan anugerah daripada Allah bahawa orang yang bermimpi adalah hamba Allah dan umat Rasulullah yang diredai dan mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Jadi bersyukurlah banyak-banyak.

4. Orang yang bermimpi akan mendapat sedikit kelebihan sebagai anugerah Allah kepadanya.

Oleh itu, amat bertuahlah orang-orang yang pernah bermimpi bertemu Rasulullah meskipun cuma bermimpi bayang-bayang Nabi sahaja.

Cuba-cubalah goggle dan u-Tube berkenaan dengan mimpi bertemu Rasulullah di akhir zaman ini.

Wallahu Ahlam Bissawab. Segala yang silap adalah daripada saya, segala yang benar daripada Allah.

Bagaimana pula jika bermimpi bertemu dengan Nabi atau Rasul yang lain seumpama Nabi Sulaiman A.S, Nabi Isa A.S, Nabi Ibrahim A.S atau sebagainya...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan