Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 2 Januari 2014

AMBAR RAJA IKAN


Ambar dari Muntah Raja Ikan di laut. Banyak guna dan khasiatnya. Bagi orang-orang Bajau di Sabah, ambar dikatakan harta karun laut kerana banyaknya khasiat dan kegunaannya, ubat bermacam penyakit, penarik gedung rezeki dan kekayaan.Khasiatnya menyamai ular Cintamani kalau berkaitan kerezekian.

Orang-orang Cina pula menjadikan Ambar Muntah Raja Ikan sebagai Raja ubat untuk bermacam-macam penyakit. Harganya sehingga mencecah ratusan ribu sekilogram.

 Ambar Muntah Raja Ikan bukannya batu ambar yang berasal dari pokok tetapi sejenis benda mistik di laut yang menjadi rebutan raja-raja ikan untuk ditelan. Ikan yang menelannya akan menjadi raja di kalangan ikan spesisinya dan pada suatu waktu ia akan memuntahkan kembali untuk menjadi rebutan ikan-ikan lain. Raja ikan akan mati selepas memuntahkan ambar.

Ambar yang dimuntahkan Raja Ikan akan dihurung oleh segala jenis ikan untuk dimakan, dikerumuni oleh bermacam burung laut terutamanya burung camar  untuk dimakan dan menjadi rebutan.

2 ulasan: