Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 12 Januari 2014

MARJAN MERAH COMBONG


Batu Marjan Merah yang masih dalam keadaan asli, belum dicanai lagi. Combong di tepinya dan permukaannya kasar dan alami.

Pokok atau Batu Marjan Merah hanya tumbuh dan hidup di lautan dalam sahaja. Marjan sangat banyak gunanya terutama sebagai pendinding diri, menakluk dan memasung jin jahat. Jin jahat yang terlibat dalam jenayah alam ghaib yang terpasung oleh batu atau pokok Marjan boleh dialihkan dan dimasukkan dalam botol atau seumpamanya, tanam dalam tanah atau buang saja ke laut.

Pada zaman Nabi Sulaiman A.S, Batu Marjan digunakan untuk memenjarakan para jin yang jahat. Jin yang dihukum diikat di pokok Marjan di dalam lautan, justeru itu Jin sangat fobia dengan Marjan kerana sumpahan Nabi Sulaiman A.S.

Batu Marjan juga boleh menjadi media untuk mengelak pukau dan gangguan makhluk halus.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan