Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 10 Ogos 2014

PUGAI MADU PUSAKA


Pugai Madu.Khas untuk mendamaikan dan merukunkan isteri-isteri yang dimadu, sama ada madu 2,madu 3 atau full madu 4.

Jika terkena semua isteri boleh tidur sebelah menyebelah, tidak bertumbuk berabut laki dan tidak berani main pisau walaupun marah. Madu-madu tidak betarik rambut dan bagogol gulik-gulik di tanah macam dalam Filem Madu Tiga P.Ramlee. Mustajab dan mujarab sampai mati.

Isteri-isteri akan semakin sayang menyayangi.Anak-anak dijaga bersama, si No.1 jaga anak si No.2 dan si No.2 jaga anak si No.1. Kalau sakit saling kasi minum ubat bukan kasi minum racun.Kalau jauh saling berkirim salam,berfacebook dan bersms.Kalau dekat saling jalan beriringan dan dukung mendukung anak,Laki lenggang-lenggang kangkung jalan sambil siul-siul walaupun banyak utang dan tanggungan, tidak stress dan gerigitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan