Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Ahad, 10 Ogos 2014

PASAK RAJA KAYU

Pasak Raja Kayu Sabah. Dari teras Raja Kayu. Kebiasaannya Raja Kayu tidak berteras tetapi keganjilan berlaku mungkin satu dalam sejuta apabila dalam Raja Kayu ditemui Pasak Raja Kayu yang mengalir seperti air tapi mengeras seperti batu.

Pasak Raja Kayu berwarna putih adalah keras seperti batu sewaktu cuaca sejuk, lembut seperti tepung roti martabak ketika cuaca panas, boleh menempel seakan gam jika diletakkan pada benda mistik tapi tidak tumpah seperti air dan tidak melekat di tangan.Memang ganjil dan mistik.

Boleh dibuat permata cincin jika dicanai. Pendinding angkara jahat manusia dan makhluk jahat, ditakuti jembalang dan jin hutan, bakar sikit di rumah maka hantu syaitan akan menyingkir.

Boleh mengubati orang kerasukan, sihir,keracunan,kena pelalau, kena pembenci, kena pugai,kena sawan,gila babi,gatal-gatal.

Boleh mengubati orang kena Semai (sejenis racun diperbuat dari bermacam benda gatal,bisa binatang dan air mayat, jika terkena kulit akan mengelupas macam berkurap,gatal,bersisik dan mengerutu).

Boleh mengubati orang kena Lontong (sihir buncit perut seperti orang mengandung yang diperbuat dari air mayat dan beberapa ramuan jahat,jika termakan perut akan membesar boroi dan akhirnya meletup atau mangsa maut).

Boleh jadi penunduk dan penyejuk hati orang marah dan garang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan