Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Jumaat, 1 Februari 2013

DUIT SYILING BESI KUNING ALAM GHAIB RAJA BERSIONG



Duit Syiling Alam Ghaib Raja Bersiong. Duit Syiling ini di muka hadapan ada tulisan jawi berbunyi RAJA BERSIONG dan gambar seorang manusia yang bermuka lonjong, berselendang dan bertongkat Cokmar sedang berdiri. Ada gambar Singgahsana Raja di belakang Raja Bersiong.

 Pada muka belakang duit syiling ini ada gambar Meriam Beroda dan gambar gunung-ganang dalam ukiran timbul ( gunung-ganang dan Meriam Beroda ini ada rahsia dan maknanya yang terpendam ), ada tulisan jawi berbunyi RAJA BERSIONG.

Duit syiling ini berwarna keemasan, melekat kuat pada magnet setelah diuji dan kandungannya dari besi kuning asli dan berkhadam, ada lingkaran dot di sekeliling kedua-dua belah duit syiling.

Adakah anda warisan keturunan Raja Bersiong di Kedah Tua itu?....Jika ya, mungkin duit syiling ini mencari warisnya atau darah keturunan Raja Bersiung. Duit Syiling ini berdasarkan pemberitahuan yang diperolehi boleh digunakan sebagai Media Penarik Khazanah Lama milik Raja Bersiong....Nak cuba...? Ada beberapa syaratnya;

1. Anda adalah waris keturunan Raja Bersiung
2. Keturunan anda ada hak untuk memiliki dan mewarisi khazanah tinggalan Raja Bersiong yang terpendam
    di bumi atau berada di alam ghaib
3. Sifu anda orang yang berkebolehan dalam bidang tarik khazanah
4. Anda mencari Juru Kunci Khazanah Raja Bersiong
5. Anda seorang yang jujur dan berhati mulia

atau  anda menyimpan saja duit syiling Raja Bersiong ini sebagai Penarik rezeki, Ibu Duit Ghaib, pelaris, pembuka ilham mengenai khazanah ghaib dan pendinding diri dari gangguan sihir, hasad dengki dan niat jahat makhluk dengan izin Allah jua.


7 ulasan:

  1. Gambar bukit saya tahu tempatnya berdasarkan mimpi dan mungkin ada kaitan dgn Raja Perlis. Moyang saya bernama Aishah dkatakan keturunan Sultan Kedah dulu yg mempunyai Cucuk sanggul emas.

    BalasPadam
  2. x salah saya pintu semua alam malayu ni tlah dkunci .. dan syarat pun tlah diketat kan hanya btul btul ktrunang dan mgluar atas sbab tentu baru leh kluarkan harta .... tsbut tsalah guna maut yg mnanti... hanya tuhan saje yg tahu akan kbnaran nya

    BalasPadam
  3. Saya ada duit raja bersiung...sama dlm gambar tu

    BalasPadam
  4. Keturunan raja bersiong memang masih ada.

    BalasPadam
  5. satu cerita menarik, ada juga diceritakan nenda saya

    BalasPadam
  6. Kalau syiling tembaga yang saya ada,depan ada gambar bintang 7 penjuru serta gambaran gurun dan tulisan jawi bertulis "BINTANG AHAD" dan bahagian belakang pula tulisan jawi yang bermaksud "A'HAQIM","CAHAYA BAK TIKAM CAHAYA,JADI DIJADIKAN SEBIJI BINTANG AHAD TUJUH WARNA",dalam tulisan jawi dan bahagian bawah sekali no.190
    Permukaan keliling licin.
    Syiling atau pun pingat medal?? Kompius pulak.

    BalasPadam