Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Jumaat, 1 Februari 2013

CINCIN TERAS GEMUNGGAL RAJA CENDERAWASIH



Cincin Teras Gemunggal Raja Cenderawasih ini berwarna dwi warna iaitu coklat hitam kekuningan dan ada jaluran halus pada permukaan permata cincin seakan bulu burung cenderawasih.

Uniknya, pada permata cincin ini ada imej Burung Cenderwasih pada permukaan permata, ia alami dan wujud dengan sendirinya tanpa rekayasa.

Cincin ini saiznya 19/20 dan telah diikat dengan Perak Bali. Permata Teras Gemunggal Raja Cenderwasih ini berkhadam alami dan segala khasiat teras gemunggal terkandung di dalamnya iaitu sebagai anti sihir, ditakuti makhluk halus, pendinding diri dari racun, pembuka kebal dan pembuang saka, perubatan berkaitan gangguan halus dan sihir.

Cincin ini juga berkhasiat sebagai penunduk umum, pelaris diri dan wibawa Raja.

1 ulasan: