Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Rabu, 10 Oktober 2012

SHARIFF USMAN MARUDU DAN SANDOKAN

                                                        KUBU SHARIFF USMAN 1845
                                                      WATAK SANDOKAN 1847

Shariff Usman adalah Sultan Marudu yang berperang dengan British dan James Brooke, Raja Sarawak pada tahun 1845. Beliau dianggap Ketua Lanun Paling Bahaya di Asia. Pihak British menganggap Shariff Usman sebagai ancaman kepada Kerajaan British dan Raja Brooke Sarawak.

Shariff Usman juga adalah tokoh kontroversi yang dianggap Pejuang Pertama di Sabah yang berani menentang dan mencabar pertuanan British di Sabah.Beliau adalah pemerintah Marudu di Utara Negeri Sabah. Isterinya yang pertama bernama Dayang Cahaya iaitu kerabat atau anak Sultan Sulu, seorang wanita cantik yang putih melepak. Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang Cahaya sebagai berikut " apabila dia makan nasi, nasi akan nampak lalu masuk dalam kerongkongnya". Bayangkanlah putihnya Dayang Cahaya ini.

James Brooke sewaktu berperang dengan Shariff Usman pernah meminta Shariff Usman agar memperlihatkan wajah Dayang Cahaya sebagai syarat damai gencatan senjata. Shariff Usman enggan dan sebaliknya hanya memperlihatkan tangan Dayang Cahaya dari sebalik dinding istananya.

James Brooke sebenarnya mencari seorang wanita Inggeris iaitu adik ipar Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) di India yang didakwanya disembunyikan oleh Shariff Usman.

Pangeran Yusop ( bapa mertua Sultan Brunei ) di Kimanis adalah sahabat baik Shariff Usman dan terlibat sama menentang penjajahan British di negeri Sabah bersama-sama Shariff Usman.

Shariff Usman dikatakan terbunuh di Kubu Marudu tetapi mayatnya gagal ditemui. Ada pendapat mengatakan beliau tidak terkorban sewaktu perang Marudu 1845 dan makam yang ada di Kubu Marudu adalah makam Shariff Merum, anak Shariff Usman. Laporan British hanya menyebutkan antara yang terbunuh di Kubu Marudu  ialah tiga orang keturunan Arab ( Syariff ) dan Syariff Usman hanya cedera. Pihak British mendakwa Shariff Usman akhirnya akan mati berdasarkan maklumat seorang perempuan yang  ditemui dalam keadaan lemah di Kubu Marudu. Perempuan itu mendakwa Shariff Usman cedera dan telah dibawa keluar dari kubu oleh pengikutnya.Hingga sekarang hanya ada tiga nisan lelaki dan satu nisan perempuan terpacak di Kubu Marudu.

Persoalannya? benarkah Shariff Usman terbunuh di Marudu? dan siapakah Dayang Cahaya? dan kenapa James Brooke beriya-iya ingin melihat wajah Dayang Cahaya ?

Sandokan pula adalah watak utama Novel Sandokan yang akhirnya difilemkan yang amat popular di Eropah khususnya di Itali, Jerman, Perancis dan negara-negara lain. Novel Sandokan ditulis oleh Salgari seorang penulis Itali pada tahun 1883-1884. Kisah Sandokan adalah berkisar kepada seorang hero yang akhirnya menjadi lanun kerana negerinya MALLUDU ( MARUDU ) telah dimusnahkan oleh Inggeris pada tahun 1845. Sandokan adalah anak kepada Sultan MALLUDER ( MALLUDU ).Sandokan juga dikenali sebagai The Tiger Of Malaya.

Sandokan mempunyai seorang sahabat karib yang sama-sama menentang Inggeris yang dianggap dalam novel ini sebagai penjajah dan watak jahat. Dalam novel ini, watak Raja James Brooke, Raja sarawak juga menjadi musuh utama Sandokan.

Sandokan mencintai seorang wanita Inggeris yang merupakan anak saudara kepada Raja James Brooke Sarawak. Banyak kisah-kisah pengembaraan Sandokan dan sahabatnya ke serata pelusuk dunia.

Persoalannya?, kenapa latar cerita kedua-duanya adalah merujuk kepada negeri yang sama iaitu MARUDU yang sekarang dikenali sebagai Kota Marudu. Jalan cerita, watak-watak, latar masa, latar tempat semuanya adalah sama atau hampir sama. Ini bererti Novel Sandokan adalah merujuk kepada watak Shariff Usman Marudu.

Justeru itu, kalau orang Eropah mendewa-dewakan dan mengagumi Sandokan, kenapa kita masih meminggirkan dan tidak mendaulatkan perjuangan Shariff Usman?. Shariff Usman masih dianggap lanun sehingga waris keturunannya pun menyembunyikan identiti diri.

Ramai waris Shariff Usman di Kota Marudu, di Sugut, di Kudat, di Kinabatangan dan di serata negeri Sabah seakan melupakan perjuangan moyang mereka.

Ada juga pihak di negeri Sabah mendakwa bahawa Sandokan adalah moyang mereka dan mereka mengakui bahwa watak dan nama Sandokan sebagai wujud dan benar-benar ada. Sandokan dipercayai berasal dari Marudu dan berhijrah ke Melapi, Kinabatangan. Peliknya novel ini memasukkan nama Limau-limauan di Teluk Marudu dalam Novel Sandokan yang menjadi Pusat Pemerintahan Marudu selepas era Shariff Usman.

Jadi?... adakah Sandokan itu adalah nama lain kepada Shariff Usman? tepuk dada tanya warisnya.
Adakah Shariff Merum atau Shariff Rum yang terkorban di Kubu Marudu adalah Shariff Usman yang sebenarnya?.Adakah Dayang Cahaya yang menjadi isteri Shariff Usman adalah orang yang sama iaitu wanita Inggeris yang menjadi isteri Sandokan?.

Kamu ah....budak-budak UMS, buatlah kajian betul-betul dan selongkar sejarah negeri Sabah ni. Siapa lagi kalau bukan kamu? kamu mau tunggu urang putih lagi buat kajian.

Banyak lagi aku mau cerita ni.... lain kalilah....

36 ulasan:

  1. Saya setuju.sejarawan sabah mesti kaji soal benda ni...sebab org italy jadikan dia sbgi hero...kita sbgi orang borneo xendah kan pun

    BalasPadam
  2. Sharif Usman + Dayang Cahaya = Syarif Merum @ Rum ... Dayang Cahaya = Kerabat @ Anak Sultan Sulu ... Pangeran Yusop = Bapa Mertua Sultan Brunei .. Raja James Brooke datang bertemu Syarif Usman dan mendakwa adik ipar kepada Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah disembunyikan oleh Syarif Usman... Dalam catatan cerita hasil karangan penulis itali, Salgari menyatakan Sandokan mencintai seorang wanita Inggeris iaitu anak saudara kepada Raja James Brooke Sarawak... Banyak Persoalan Yang Boleh Dikemukakan....

    1) Adakah wanita Inggeris yang dicintai oleh Sandokan itu juga adalah Adik Ipar Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ?

    2)Syarif Merum @ Rum Adalah Sandokan?

    3)Raja James Brooke merupakan pangkat Mentua Kepada Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), kerana "wanita Inggeris" merupakan anak saudara kepada Raja James Brooke dan adik ipar Kepada Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Ada kaitan keluarga ...?

    4)Syarif Usman Adalah Sandokan, Dayang Cahaya adalah wanita inggeris keturunan sultan sulu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SAMA WARIS 8, cuba pula kaji nama seorang lagi tokoh yang amat dikagumi oleh Inggeris iaitu Shariff Yassin. Syariff Yassin berpindah ke Sugut setelah kejatuhan Kerajaan Marudu dan memungut cukai di Sugut. Kegagahan dan kepahlawanan beliau melawan Ketua Lanun bernama MEMADAM yang merampas sebuah kapal Inggeris di perairan Sugut. Syariff Yasin merampas kapal tersebut dan menyelamatkan tawanan berbangsa Inggeris. Peristiwa ini disiarkan oleh akhbar-akhbar dunia ketika itu di Britain, Hong Kong dan Singapura.

      Satu rahsia yang tidak diketahui Inggeris, Shariff Yassin dikatakan oleh Inggeris sebagai pengikut Syariff Usman, wal hal beliau sebenarnya adalah anak Syariff Usman yang berpindah ke Sugut dan menjadi Ketua atau pemerintah di Sugut.

      Shariff Yassin di hari tuanya telah kembali ke kampung halamannya di Marudu dan meninggal di Tandek.Tempatnya di Sugut digantikan oleh anak sulungnya juga seorang Syariff.....lain kali aku sambung cerita jika ada waris dari Sugut yang memberi ulasan.

      Padam
    2. Assalamualaikum Datu...nama saya Sharif Satria bin Sh.Hassan bin Sh.Yassin bin Sh.Hussin bin Sh.Yassin...rasanya Sharif Yassin yang tuan maksudkan ialah moyang saya...saya ingin sekali mengetahui tentang sejarah beliau...boleh hubungi email saya ryeefria@gmail.com...saya akan berikan no. telefon melalui email nanti, terima kasih

      Padam
    3. History repeats itself . A Muslim saint Sheikh Akbar in the 12th century once said in an ecstasy that “ When S enters Sh , the grave of Mohyuddin will be discovered.” Fortunately , when Sultan Salim II assumed as Sultan based in Egypt 300 hundred years later , said Sultan or [letter S] was told by a sufi to go to Sham or Sh and further discovered said grave which came true as prophesied . Another anecdote about North Borneo Sultan / Rajah based in Kota Marudu in the mid-19th century who happened to be a Naqhsbandi , Samani and Qadiri Sufi of high caliber in the person of Brunei Pengiran Wan Sharif Osman who once ruled North Borneo up to Palawan , Balabac and Cagayan de Tawi Tawi of the Philippines , if we may recall , said in ecstatic manner “ That a great leader from his 7th generational heirs will emerge to enlighten the public about his reality and further continue to pursue his political aspiration and religious/spiritual campaign .” His prediction was realized after 130 years from 1886 through his 7th heir Naqhsbandi , Qadiri , Idrusi , Rifai , Samani , Alwi , and Chisti sufi ; Tabligh preacher ; and Sultan Muhammad Ali Yasin II Nasiruddin Al Jilani of the Hashimite Sultanate of Pagayawan , Lanao Del Sur and Norte , now in the Philippines . Please , make a lot of prayers or dua for the new Sultan to serve the people of Sabah in the near future with the pleasure of Allahu Rabbol Izzat. Allahu Akbar 3 times. Ameen.

      Padam
  3. siapaka warisnya itu?saya anak jati sugut yang hanya mengetahui sejarah sugut bermula tahun 50 an sahaja.kalau boleh datuk nukilkan sejarah sugut dan kepentingan sugut.

    BalasPadam
  4. Menurut warga tua di kota marudu, syarif yasin bersaudara dengan syarif usman (sumber: syarif Madun).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam salasilah Shariff Usman berdasarkan Kesultanan Sulu dan rekod British, Shariff Yassin adalah anak Shariff Usman,.Terima kasih

      Padam
  5. dalam salsilah warisan sharif usman kelahiran di negeri kampar dan ayah beliau membwnya ke marudu melalui pintu masuk brunei. sehabagian keluarganya dtg dr terengganu lalu ke marudu dan tidal d catat beliau lahir d sulu hatta keturunan bajau sulu ataupun keturunan sultatan sulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejarah mencatatkan, " 1851, six years after..battle of Marudu, Syariff Usman son Hassan give to the British..St John a list that show how many families.....of Syariff Osman". Catatan ini menyebutkan bahawa rekod Salasilah dan keluarga Syariff Usman telah diserahkan kepada British dan masih dalam simpanan rekod sejarah di London.

      Isteri lain + Syariff Usman + Puteri Sulu ( anakanda Sultan Pulalun ) isteri pertama Syariff Usman.

      1.Syarifa Loya ( Lauyah ) anak perempuan syariff Usman

      2.Syariff Hassan anak Syariff Usman yang menyerahkan rekod keluarga kepada British.

      3.Syariff Yassin anak syariff Usman yang berkahwin dengan anak Sultan Sulu iaitu adik perempuan Sultan Jamalul Alam.

      Syariff Yassin mempunyai 4 isteri, anaknya Syariff Hussin berkahwin dengan anak Syariff Datu Mohamad Israel ( Ketua Penguasa di Sungai Sugut ). Syariff Yassin telah menjadi Ketua di Sugut selepas era perang Marudu menggantikan bapa mertuanya. Sewaktu di Sugut, Syariff Yassin telah merebut sebuah kapal British yang dirompak oleh Mamadam dan menyelamatkan beberapa orang British. Syariff Yassin telah menyimpan kapal tersebut di sungai Sugut dan menyerahkannya berserta anak kapal yang selamat dengan baik kepada British.

      Nama Syariff Yassin terkenal di serata Nusantara dan dilaporkan dalam beberapa akhbar di London, Singapura dan Hong Kong.

      Syariff Yassin akhirnya berpindah ke Talaga di Pitas Teluk Marudu. Ketua Pemerintah di Marudu diambil alih oleh Haji Abdul Rahim ( keluarga ) di Limau-Limauan Kudat, Ketua Pemerintah di Sungai Sugut diambil alih oleh Syariff Hussin anak Syariff Yassin.

      Ramai waris Syariff Usman di Kudat, Kota Marudu, Sugut, Sandakan dan Pitas.

      Siapakah bapa...Syariff Usman...?

      Bolehkah seorang penghijrah dari luar ruang lingkup kekuasaan Kesultanan Borneo-Sulu-Magindanao khususnya dari Perak atau Malaya mampu membentuk sebuah "Marudu Empire" hanya dalam beberapa tahun sahaja ?,

      Adakah Kesultanan Borneo begitu lemah dan bolehkah orang-orang Bajau-Suluk-Sungai-Dusun dan lain-lain suku bangsa yang menjadi tentera dan Panglima Perang Syariff Usman menerima orang Perak sebagai Raja mereka atau "King Of Marudu Empire"?.

      Berdasarkan kajian saya, memang ada seorang Usman yang berasal dari Perak yang datang ke Kota Marudu, tetapi Usman ini telah berhijrah ke Kota Marudu lebih kurang 50-60 tahun selepas era Perang Marudu. Beliau tidak ada kaitan dengan Syariff Usman Marudu.

      Dalam huraian akan datang, saya akan dedahkan siapa ayahanda atau bapa Syariff Usman, bagaimana hubungan keluarga Syariff Usman dengan Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Magindanao.

      Ampun maaf,jika bahasa saya menyinggung perasaan pembaca sekalian.

      Sekian, selamat mengkaji.

      Padam
    2. Sultan Pulalun adalah Sultan Sulu dan anak Sultan Jamalul Kiram 1 Sultan Sulu keturunan Brunai.Jadi ertinya Syariff Usman adalah menantu Sultan Pulalun dan Syariff Yassin pula ipar Sultan Jamalul Alam, Sultan Sulu yang menandatangani Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan Baron Overbark dan Alfred Dent.

      Padam
    3. Dalam Cerita Lagenda Syariff Usman yang diturunkan secara turun temurun dan disampaikan oleh Orang Kaya Kaya OKK Ali Yassin ( Allahyarham ), mantan Ketua Daerah Kota Marudu pada tahun 1997, Syariff Usman disebutkan sebagai berketurunan Bajau dan berusia lingkungan 40an sewaktu Perang Marudu 1846. Syariff Usman disebutkan seorang yang berkulit hitam manis dan tingginya dalam 6' 2". Suaranya keras dan garang..... ( sambung kemudian ).

      Padam
  6. merujuk sumber arkib negeri sabah syarif usman bin ali betul ka tn geliga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biar waris terdekat syariff usman di Marudu dan lain-lain kawasan di Sabah bersuara dan mengulas dulu, barulah saya jelaskan.

      Apa yang ada direkodkan, Syariff Ali adalah salah seorang Ketua di kawasan Bandau (Marudu ) selepas era Perang Marudu 1846. Setengah sumber mengatakan Syariff Ali adalah anak Syariff Shee. Syariff Shee adalah antara para Syariff yang terkorban dalam Perang Marudu dan ada makamnya di kawasan Kubu Marudu. Syariff Shee adalah sahabat karib Syariff Usman dan antara sahabat dan Panglima Kanan Syariff Usman.

      Ada 10 orang Panglima Kanan atau Ketua Perang Syariff Usman sewaktu Perang Marudu dahulu.

      Padam
  7. DATU SANGKULA : Apa kampar yang di maksudkan sebagai negeri asal Syarif Usman itu Kampar, Riau, Sumatera, Indonesia? Kerana lewat 1830an-1840an itu ramai sekali para syarif dari sana berhijrah menuju ke kawasan sulu dan salasatu persinggahannya juga di Marudu? Maaf sekiranya menyinggung atau apa yang saya nyatakan ini menyentuh beberapa pihak.. Penghijrahaan itu dibantu oleh suku Iranun yang berada di sekitar siak dan biasa mudik ke Tempasuk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampar yang dirujuk sebagai Negeri Syariff Usman tu adalah satu lokasi di Marudu. Letaknya di Tepi Sungai Kampar pertemuan dengan Sungai Besar. Sekarang kawasan tu dah di tenggelami pasir dan anak sungai Kampar masih dirujuk sebagai Sungai Kampar oleh orang-orang Kota Marudu. Sungai Kampar salah satu cabang Sungai Langkon, Sungai Marudu dan Sungai Balagaton.

      Padam
    2. Kampar yang dimaksdukan sebagai negeri asal Syariff Usman bukanlah Kampar di Perak atau Kampar di Riau Sumatera tetapi Kampar di Marudu. Sehingga sekarang nama Kampung Kampar masih ada di Kota Marudu dan antara Kampung yang terletak dalam kawasan Zon Perang Marudu era Syariff Usman.

      Padam
    3. Peranan Suku Kaum Ilanun dan Bajau dalam abad ke 17-19 malahan lebih awal dari itu di Asia tenggara memang besar. Mereka terlibat dalam banyak aktiviti perang laut sehingga ke Siak,Sulawesi,Selat Melaka, Kepulauan Sulu,Borneo malahan sehingga ke sempadan Burma, Siam dan India. Malahan Raja Kecil Besar Siak ( Waris Sultan Melaka ) pernah bergabung belayar bersama orang Bajau.Kesultanan Johor juga disebutkan ada seorang Raja Bajau bernama Yam Tuan Muda Raja Bajau yang berperang dengan Raja Kecil Besar berebutkan seorang Puteri.

      Justeru keganasan dan kehandalan mereka di lautan maka muncullah istilah LANUN dan BAJAK LAUT dalam perbendaharaan Bahasa Melayu yang merujuk kepada orang Ilanun dan Bajau Laut yang bermaharaja lela dan mengganas di Lautan Asia tenggara.

      Padam
  8. Menurut sumber dari kg. Sebayan,syarif usman dan syarif syekh adalah bersaudara. Sewaktu syarif usman ditentang Oleh pihak british, syarif syeh telah menyelamatkan anak syarif usman lalu dibawa ke terusan sugut. Adapun sejarah keluarga ini berhijrah dari riau lalu masuk terengganu dan hingga kota Marudu melalui pintu masuk kesultanan brunei. Nama kampar di kota marudu adalah sebagai nama kampung asal keluarga sebagai tanda memperingati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama Kampung Kampar diambil sempena nama Sungai Kampar di Marudu.Nama Sungai Kampar telah wujud lebih awal dari SYariff Usman.

      Menurut sumber dari Kg.Marudu ( Karuput dan Aliyassin ) iaitu keturunan Syariff Usman yang menjaga Makam Syariff Usman turun-temurun, Syariff Usman berasal dari Kagayan/Sulu. Syariff Sheh berasal dari Arab dan menjadi guru agama ( Mubaligh ) serta sahabat Syariff Usman. Mereka berdua masuk ke Borneo ( Sabah ) melalui Sugut.

      Nama asal Syariff Usman ialah Syariff Usman Indal Lana.Beliau mempunyai seorang adik bernama Syariff Syariff Kaldi Indal Lana.Kedua beradik ini mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan pahlawan yang gagah berani.

      Padam
  9. Siapakah 10 panglima perang syariff usman tn telaga?

    BalasPadam
  10. 1.Syariff Shee
    2. Syariff Yassin
    3.Syariff Hassan
    4.Syariff Pompugan
    5.Syariff Hassan Tabasan
    6.Syariff Ali
    7.Syariff Merum

    lain-lain 3 orang tu kasi rezab dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam datu, adakah di sebut nama syarif abdullah juga membantu syarif usman dalam berperang di marudu?

      Padam
    2. Walaikum Salam.Ya, nama Syariff Abdullah ada ikut berperang di Marudu bersama-sama Syariff Usman.

      Padam
  11. Assalamualaikum tn geliga,

    Saya ingin berkongsi fakta bahawa syarif yasin teluk telaga bukan anak syarif usman pahlawan marudu. Adapun nama sebenarnya syarif yasin bin syarif jaafar. Beliau adalah sepupu sekali dengan syarif idrus. Adapun anak syarif usman pahlawan marudu itu bernama syarif umar. Tk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak Syariff Usman ada ramai Tuan Telaga. Mengikut cerita lisan, ada 24 orang isteri Syariff Usman. Catatan British merekodkan bahawa Syariff Yassin pernah tinggal di Telaga sebelum balik ke Tandek. Makam Syariff Yassin perlu dikaji sama ada di Tandek atau di Torong Sepongoh.Wallahu ahlam.

      Padam
  12. Assalamualaikum Datu'...
    - Saya sangat berminat dengan sejarah Sh.Osman, kalau boleh saya ingin sekali mengetahui siapa ayah Sh.Osman dan dari mana asal beliau utk kajian silsilah keluarga saya.
    - Mengikut cerita penduduk tempatan Sh.Yassin telah meninggal akibat dibunuh ketika sedang berdagang di Teluk Marudu dan dikebumikan di Kg.Telaga.
    - Adakah 10 org panglima ini mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Sh.Osman...siapa 3 org lagi yg tidak disenaraikan.

    Terima kasih.

    -sharifsatria@gmail.com-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, semua 10 orang atau lebih Syariff-syariff tu ada kaitan keluarga dengan Syariff Usman. Salah seorang dari 10 orang itu ialah Syariff Idrus bapa mertua Syariff Yassin.

      Ada orang pernah bertemu secara alam ruh dengan Syariff Usman menggambarkan bahawa Syariff Usman seorang yang tinggi lampai, berkulit hitam manis ( Irom atau Ma Irom bilang bahasa Bajau/Kagayan/Suluk ),matanya garang, keningnya lebat, mukanya lonjong atau panjang,misainya tebal melentik, bajunya lengan pendek seperti jaket, di lengannya ada ikatan kain, bertanjak dan berseluar ala gaya Suluk.Syariff Usman diiringi oleh seorang lelaki lain bertubuh sedikit rendah. Beliau bertemu selepas menziarahi makam Syariff Usman yang terletak beberapa ratus meter dari kawasan kuburan di dalam Kubu. Mungkin ada nak cucunya yang seiras dengan gambaran yang saya berikan.

      Ertinya makam Syariff Usman bukan di dalam Kubu Marudu. Wallahu ahlam.

      Padam
  13. assalamualaikum dan slm sejahtera. sy seorg pljr yg sdg mmbuat kajian tugasan mengenai syariff usman. disini sy ada mngemukakan persoalan.
    1. diamanakah terletaknya lokasi sebenar makam syariff usman?
    2. adakah syariff usman terbunuh /terselamat dlm peristiwa hitam marudu 1845?
    3. adakah syariff merum/rum yg terbunuh di kubu marudu dan makam yg terletak disana kepunyaan siapa?
    4. adakah sandokan nama lain untuk syariff usman?
    5. adakah sandokan benar2 wujud?
    6. mengapakah latar cerita dlm novel sandokan sama sepertimana latar cerita syariff usman?

    terima kasih

    BalasPadam
  14. As salam ... Mohon bantuan ... Baru mau mencari asal usul nenek moyang. Nama bapa shariff mohamad japara bin shariff abu bakar bin shariff abdullah bin shariff sheikh (tuan). Stop sampai sini jak tau. Kalau sesiapa ada maklumat termasuk Datu, mau jugak tau nama kabilah... Asal nenek moyang dari Kampung Tatagan Semporna . Terima kasih dan tolong hantar ke email saya sekiranya ada sebarang maklum balas . bb_280400@yahoo.com

    BalasPadam
  15. Assalammu'alaikum... Saya mahu bertanya sesuatu mengenai salasilah keluarga saya dan berasal daripada kabilah mana. Nama bapa saya ialah Shariff Mohamad Japara Bin Shariff Abu Bakar Bin Shariff Abdullah Bin Shariff Seikh (Tuan) .untuk makluman,bapa saya berasal dari Pulau Tatagan Semporna. Itu saja maklumat yg saya ada. Saya memohon pertolongan jika ada sebarang maklumat ataupun saranan sumber yang boleh membantu menjawab persoalan ini.

    BalasPadam
  16. sangat minat cerita ni .. tlg sambung cerita ni lagi

    BalasPadam
  17. dimana nak dapat buku yang berkaitan dengan Syariff Osman ?

    BalasPadam
  18. yang pasti syariff usman tidak meninggal semasa perang di Marudu.Keturunannya juga sengaja menyembunyikan identiti..

    BalasPadam
  19. Baru terbaca blog ni....assalamualikum,menarik sbb ada cerita dari ayah...yg memberitahu telah dipelihara oleh sharif ali dari kecil kerana sering sakit(tingal area sugut)...merngikut cerita sh.usman,sh.ali dan sh.shee ini adalah adik beradik

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum W.B.T,

    Tuan2, saya pernah mendengar kisah ayah kepada syarif Osman ialah Syarif Muhammad @ Syarif Muhamad Nur @ Habib Muhammad
    Berasal dari Pulau Kagayan. Syarif Osman pernah bernikah di Pulau Kagayan dan mempunyai zuriat keturunan hingga sekarang. Keturunan Beliau ada menetap di Sabah.

    Syarif Osman ada memiliki adik beradik lain bernama Syarif Ahmad.

    Ayahnya Habib Muhammad Nur beristeri lebih dari seorang.

    Walahualam

    Untuk perbincangan lanjut tuan2 - asmadnoor@gmail.com.my

    BalasPadam